Langkau ke kandungan utama

Menu makan malam

Pokcik nak tanya…

pernah tak makan malam lauk macam ni je?

Takde lauk lain. Takde sup. Takde ayam masak merah. Cuma nasi panas, ikan cencaru yang digoreng garing dengan kunyit dan garam…dan sayur keladi yang direbus bersama bawang putih.

Kalau kamu pernah makan macam ni… kita geng. Sebenarnya pokcik jarang makan malam..  petang tadi balik kebun pokcik penat, rasa lapar sangat. 

Pergi belakang rumah ambil sepohon keladi minyak.. minta mokcik buat sayur air jer.. dah memadai buat alas perut malam ni.

Ulasan

Kakmim berkata…
Bagi famili kami biasa je lauk kering mcm tu pokcik.. kami biasakan jugak anak² mkn lauk kering dan simple mcm ni... paling simple nasi panas letak planta pastu tuang kicap, goreng ikan bilis.. itu je.. pun masih berselera makan... masa mkn tu time kami laki bini bg nasihat, in case kalau pergi rumah org, org hidang mcm ni makan jer, kita ni pun x selalunya di atas, in case bila berada di titik terendah, x lah anak² terasa terbeban & memilih sgt
AMIIZAA@Mieja berkata…
sedapnya lauk macam ni...sulur keladi dgn ikan grg jaket
MOHAMAD TAUFIK berkata…
waktu taufik susah. memang hanya sekadar nasi dan kicap sahaja..itu pun sudah memadai untuk kenyang...tapi bersyukur

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...