Langkau ke kandungan utama

Menu Kari Kepala Ikan Kantin Sekolah

Rehat tadi pokcik pergi kantin sekolah, hajat hati nak minum teh je. Tapi bila sampai je dekat pintu kantin, bau kari dah semerbak satu ruang. Pokcik hidu-hidu… eh, ni bau kari kepala ikan ni.

Kak Wan, pengusaha kantin, tengah sibuk cedok lauk.

“Hari ni kita masak kari kepala ikan Pokcik, ada orang tempah awal tadi,” katanya sambil senyum.

Pokcik pun senyum balik. Dalam hati dah mula rasa lapar.

Tak lama lepas tu, Ustaz Wadi datang duduk sebelah pokcik. Dia pandang meja lauk dan cakap,

“Sedap bau… kepala ikan ke tu?”

“Haah ustaz, ni lauk bahaya ni. Boleh buat lupa janji diet,” balas pokcik.

Kami dua-dua ketawa kecil. Pokcik pun ambil pinggan, letak nasi sikit, curah kuah kari. Tak ambil kepala pun ambil isi yang tengah badan, kuah dan bendi pun dah cukup 

Cikgu Rosmawati lalu belakang kami bawa pinggan penuh kepala ikan jenahak, katanya ditempah untuk pegawai pemantau dari PPD. Besar sungguh kepalanya, kuah pun nampak pekat.

“Masak macam ni, ingat mak kat kampung…” dia cakap sambil letak pinggan.

Lauk pagi tu memang sedap. Tak banyak cakap, semua makan. Masing-masing nikmati rasa kari, mungkin sambil teringat lauk rumah sendiri.

Pokcik rasa bersyukur… walau kerja di sekolah, kadang-kadang rasa macam duduk rumah. Ada kawan, ada gelak tawa, dan ada kari kepala ikan yang boleh jadi kenangan.


Ulasan

Suria Amanda berkata…
Rindu plak kari kepala ikan arwah mak masak...kalau makan boleh menangis ni..tersingkap kenangan...
adnil linda berkata…
Linda tak mahir masak kari nie...
MOHAMAD TAUFIK berkata…
bahagian kepala ikan memang sedap cuma isi nya tak berapa banyak
Penghuni 60 berkata…
bau sedapnya sampai ke Indonesia... hehe... sampai ke hidung saya. Sudah tidak ragu lagi melihat gambarnya saja pasti sedap banget rasanya. Salam perkenalan dari saya, ijin saya follow blognya.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu