Bengkel Modul Pengurusan Prestasi (SKT & LNPT) HRMIS

Dah lama pokcik tak berbengkel. Hari dapatlah menghadiri Bengkel Modul Pengurusan Prestasi HRMIS. Bengkel yang diadakan hari ini adalah dua sesi, sesi sebelah pagi yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tenghari sebanyak 34 buah sekolah terlibat manakala sesi petang pula sebanyak 35 buah sekolah yang terlibat.

Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Besut. Oleh kerana ramai yang terlibat dan menggunakan perkhidmatan rangkaian internet yang sama maka berlakulah kelembaban. Rasanya tadi ramai yang tidak dapat menyiapkan tugasan. Ada yang buat kerja-kerja ni kat rumah


Dengan bengkel macam nilah kami semua dapat berjumpa dan bertukar pandngan pasal kerja-kerja yang berkaitan. Dah tengok rupa mereka tu semua cam happy je kan..


Projek Mega - 2 unit Banglow


Perbualan bersama isteri dua tiga hari lepas.

"Abang ingat nak bina dua unit banglow sehari dua lagi"  Aku kerling mata kat bini disebelah sambil pandu kereta.

"Biar betul abang ni, banyak benar ke duit ada" Kata isteri dengar nada terkejut.

"ialah kita ni mana ada agi tanah kosong, abang dapat kat mana duit tu sampai dua unit nak binanya" Sambung isteri lagi. Sah dah isteri aku ni memang dah terkejut sakan.

"Nak bina banglow ni tak semestinya ada duit banyak, tanah yang luas" aku cuba berlawak dengar isteri aku ni. Aku tau dia dah serius gila tika ini.

"abang buat pinjaman ke" soal isteri ku lagi.

"Pinjaman apanya. Abang tak buat pinjaman" Tegas ku lagi.

"Tapi dari mana abang dapat duit tu. Sampaikan dua unit sekaligus abang nak buat" soal dia lagi dengan penuh tidak sabarnya.

"Duit abanglah. Yang abang nak bina ni bukan untuk kita duduk tapi itik dan ayam tu yang nak tinggal kat situ" Kataku sambil ketawa.

"Abang ni. Kita ni bukan main serius dia pulak senang-senang buat lawak.. heeeii geram nya" isteri aku buat muka retak seribu.


Bukan mengail pun

Agak sudah lama pokcik tidak kesini, kalau dulu disinilah padang pancingan pokcik samaada sebelah petang sehingga ke malam kekkadang hingga mencecah ke pagi sinilah tempatnya. Benteng di muara Sungai Besut, bersebelah dengan LKIM Kuala Besut.




 Niat dihati bukan sekadar untuk mengail, hanya aktiviti bersama keluarga. Tapi sayangnya tidak semua anak yang mahu turut serta. Dua anak lelaki yang dah menjinjak usia remaja tidak mahu turut serta kerana terlibat dalam pemilihan pasukan bola sepak kampung.



Aktiviti.... hmmm... BBQ sekor ayam dua tiga ekor ikan dan sotong dan nasi ayam....cukup ler tu empat orang makan. asyik memancing.. tak sedar pulak ayam dah hitam... nasib baik hanya kulit ayam tu jer yang hitam.

  
 Selesai makan, sambung balik aktiviti memancing... anak laki pokcik yang baru lepas UPSR baru-baru ni dapat sekor ikan kerapu sebesar dua jari. Tu lah satu-satunya rezeki petang ni. Si adik dia yang beria sangat nak bergambar.


Sementara bini pokcik pula layan game atau wasap ke apa mende nya pun tak tau. sambil tunggu pokcik dok ngail. Bukan mengail pun, kalau nak mengail sungguh pokcik akan bersama rakan-rakan ke tengah laut sewa bot lagi best lagi... layan ikan besar-besar dan layan mabuk free puas-puas. ni aktiviti santai petang minggu.


Renew Domain



Alhamdulillah petang tadi sempat pokcik renew domain blog pokcik ni... walaupun dah jarang sangat pokcik kesini tetapi rasa sayang sangta pada domain ini. Jadi dari biarkan dia berkubur begitu sahaja lebih baik kekalkan. Ada ketika rasa rajin dan kelapangan masa bolehlah sekali sekala menjenga kesini.




Terima kasih tidak terhingga pada rakan-rakan blogger yang sudi singgah kesini...

Keratan ubi jari buaya


Ini hasilnya.... beberapa minggu lepas pokcik ada menyemai ubi jari buaya batang atau sulurnya itu pokcik kerat-kerat dan pacakkan dalam tanah di polibeg. Tak sangka sungguh hanya beberapa hari ianya terus bertunas.

Kerana khasiatnya, pokcik ingin menanam sebanyak mungkin pada ruang yang terhad untuk kegunaan masa akan datang atau untuk kaum keluarga dan sahabat handai.. sesungguhnya tidak ramai yang mengetahui khasiat tumbuhan ini.

Perjalanan yang tak dirancang awal

Kekadang pokcik suka membuat kejutan.. isteri terkej, anak-anak pun turut terkejutkan... supriselah katakan..

Khamis lalu tergerak hati untuk ke KL, tiket pergi dan balik pun dah beli untuk seoarang diri. Tiba-tiba tergerak dihati untuk membawa keluarga sama.Pokcik cuba jual balik tiket tu.. walaupun yakin tiket tiu tak laku.


Maklum pada isteri tentang niat tu.. nak ikut.. katanya.. tunggu anak balik sekolah. beritahu pada anak tentang niat tu ... terkejut pulak anak.. jam enam petang pokcik bertolak ke KL dan sampai sana jam satu pagi... bawa kereta sambil main-main... tiada apa yang nak dikejarkan masa tu



Keesokan paginya...(jumaat) jam sebelas pagi bertolak ke Melaka dan sampai di Batu Berendam jam 4 petang.. berehat di rumah sepupu pokcik disana..sebelah malam pusing-pusing bandar hilir melaka sampailah jam sebelas malam.. keesokkan paginya sambung lagi pusing bandar melaka sehinggalah jam dua petang barulah bertolak ke Johor Bharu


Hampir jam lima petang pokcik sampai ke rumah kakak di kampung Ulu Pulai, Johor. Malam tu pusing-pusing bandar johor Baharu sekejap bersama-anak-anak sebelum bertolak balik ke Terengganu pada pagi keesokannya. Perjalanan yang tidak dirancang.. sebelum ini perjalanan yang dirancang semuanya tidak menjadi tapi kali ini tidak dirancang awal dan menjadi kejutan pulak buat anak-anak dan isteri...










Ubi Jari Buaya

Dah lama pokcik menghilang.. rasanya abaikan sahaja ayat itu. Apa yang pokcik nak bercerita ni tentang Ibu Jari Buaya... Nama pokok ni pun kali pertama pokcik dengar.. dari mana pokok ubi ni dapat nama rasanya pokcik dah dapat tahu... rasanya mungkin dari daunnya yang seakan jari buaya. Pokok ini pernah pokcik temui ditepi sungai dibawah naungan tumbuh-tumbuhan lain.


Sesungguhnya sebelum ini pokcik tidak mengetahui tentng khasiat tumbuhan yang satu ini sehinggalah pokcik bertemu dengan seseorang yang lebih arif berkenaannya atau lebih tepat lagi seorang yang telah mengamalkannya. Beliau mengatakan khasiat pokok ini cukup baik untuk penyakit jantung. Beliau telah mengamalkan meminum air rebusan ubi ini setelah beliau terkena serangan jantung dan Alhamdulillah penyakit jantungnya semakin beransur baik...



Kata sahabat ini tadi, bahawa ubi ini perlu dihiris nipis-nipis seperti asam keping dan dikeringkan. Untuk segelas air panas cukuplah direndamkan satu keping sahaja sehingga air berubah warna... selepas itu bolehlah diminum...