Ubi Ketuk


Kali pertama makanan benda ni 'ubi ketuk' ada juga yang panggil ubi getuk. Tak kisah apa namanya yang pasti yang pasti makanan ni sedap.

Petang tadi balik dari rewang-rewang, tengok bini pokcik sedang dok proses ubi ni (menghancurkan isinya).. dengan kudrat tangan kiri yang tak segagah mana kerana tangan kanannya yang patah belum sembuh lagi. Pokcik tanya apa yan nak dibuatnya sampai ubi tu tu dipenyek semacam je.

"Tengok dulu dan tolong uli ubi ni pastu kita pakat makan" gesa bini pokcik.

"Jangan dibazir ubi ni nak dilenyek buat apanye nak makan pun dah tak tergamak kalau dilenyek seperti tu" marah pokcik kat bini. Nak tak endak pokcik tetap tolong juga, binilah katakan. Kalau marah-marah nanti tak ada rezekinye pulak kita ni 

Dalam hati tetap tertanya-tanya, lepas tu dimintanya pokcik ni parut kelapa yang isinya agak muda. Dimintanya pokcik ni gaul kelapa parut tadi bersama ubi yang dilenyek. Ulilah pokcik ni kelapa tadi dan ubi tu sampai sebati, dimasukkan gula secukup rasa dan garam , dimintanya uli lagi... lagilah pokcik uli.. 

Sambil dok uli tu pokcik tengok bini pokcik buka tepung gandum @ tepung beras tak perasan pulak pokcik tadi. Tidak terlintas hendak tanya. Bini pokcik minta pokcik kepal bulat-bulat ubi tadi.. pokcik ni kan jenis baik turut je kehendak bini, lagi pun kita sendiri yang nak makan.

Ubi yang telah dikepal tadi bini pokcik  ambil lalu masukkan dalam tepung yang dibuatnya tadi, lalu digoreng... oooo,.. macam goreng pisang gitu.. jadilah rupanya ubi ketuk... hmmm, ok jugak, sedap. 

Tapi pokcik ni jenis tak makan banyak, Kalau takat sepuluh biji tu tak cukup, masuk lima belas biji pokcik dah rasa muak mungkin kerana ianya bergoreng.. tu yang jadi muak..

Yang ditinggalkan dengan penuh kenangan


2017 yang ditinggalkan penuh dengan kenangan. Tahun ini banyak peristiwa suka dan duka mewarnai iklim disekolah pokcik. Pertukaran keluar dan masuk guru dan staff merupakan perkara biasa.  Walaupun siapa yang menjadi ketua kerja buat kita tetap sama cuma arahan yang diterima sedikit berbeza tetapi tetap tidak mengubah hala tuju pendidikan itu sendiri.

Oktober 2017 mantan Guru Besar En. Rahim b. Yusof telah berpindah ke sekolah baru dan tempatnya digantikan dengan Tuan Hj. Khalib b. Muda. Disember 2017 GPK Pentadbiran Tuan Haji Mat Saud b. Abdullah menamatkan tugasnya sebagai penjawat awam (Bersara pilihan). Kedua-dua mereka ini amat rapat dengan pokcik. 

Alhamdulillah Guru Besar yang ada sekarang pun tidak kurang hebatnya. Cuma sekarang menantikan GPK Pentadbiran yang yang baru pula bagi mencukupkan norma perjawatan disekolah pokcik.

Sesungguhnya 2017 yang ditinggalkan penuh dengan kenangan berbanding dengan tahun sebelum ini dan 2018 akan ditempuhi dengan seribu harapan. Semoga kecemerlangan sentiasa mengiringi diri ini dan kita juga semuanya.

Johan bola tampar sawah


Petang tadi, persatuan belia kat kampung pokcik mengadakan Program Jom Berkubang. Program ini dijalankan dikawasan sawah padi. Acara yang dijalankan tidaklah banyak, antaranya Bola Bayang, Tangkap Ikan dan bola tampar. 

Tanpa dirancang tadi pokcik telah menyertai acara bola tampar dan menjadi johan. Penat memang penat bila bermain dalam selut ni.

Program tadi walaupun sederhana tetapi meriah. Pokcik nak belanja beberapa keping gambar peristiwa yang berlaku petang tadi.. jom tengok..
















 

Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac

http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/12/segmenbloglist-new-year-januari-hingga.html
Segmen bermula dari 24 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017 jam 8 malam. Bagi yang belum join tu pokcik jemputlah join sama segmen ni.. hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Klik banner atas tu
 

Cenderahati dari London


Tadi pagi sempat berbual dengan sahabat, Penolong Kanan Pentadbiran sekolah pokcik yang akan bersara pilihan dari arena perkerjaan yang disandangnya selama bertahun-tahun. Tarikh persaraannya adalah pada 1Januari 2018.

Sedikit perkongsian darinya yang baru pulang dari percutian luar negara. London, Poland dan Perancis selama seminggu..  Keseronokan beliau bermain salji di pergunungan Poland. 

Sejam berbual dengan beliau akhirnya beliau membuka satu bungkusan dari plastik ditangannya dan meminta pokcik membuat pilihan mana satu berkenan dihati. Satu bungkusan plastik mengandungi keychain.

Pilih punya pilih pokcik berkenaan pada huruf 'Z' kerana ianya merupakan huruf permulaan nama pokcik. Biasa dapat cenderhati dari dalam negara, kali ini cenderahati dari London pula.

TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ

http://www.tengkubutang.com/2017/12/tengkubutangs-giveaway-happy-birthday.html

HADIAH WANG TUNAI YANG DITAJA ADALAH BERJUMLAH RM200 LEBIH UNTUK DIMENANGI.. SESIAPA SAHAJA BOLEH JADI PEMENANG!! JOM JOIN!

GIVEAWAY terbuka kepada semua rakan blogger di Malaysia. GIVEAWAY bermula pada  20/12/2017 sehingga 31/12/2017 (jam11.59 malam)

Jom join giveaway ni.. klik..klik banner atas tu

Bagaimana boleh terjebak ni?..


Bagaimana boleh terjebak ni?..Novel cinta ni bukan termasuk dalam novel pokcik minat untuk membacanya. Novel-novel yang menjadi minat bacaan pokcik adalah seram, thriller atau apa saja bentuk novel yang tidak menjadikan cinta sebagai teras utama pada novelnya.

Tapi novel ini Kapcai Biru Kenari Kuning menarik minat pokcik untuk meminjam dari perpustakaan awam hari tu. Dah tiada novel lain sangat untuk dipinjam.. terpaksalah pokcik ambil.

Dari satu bab ke bab pokcik ralit membacanya.. ooo, jadi patut remaja-remaja suka sangat membaca novel cinta-cintun ni, perasaan seakan dibuai.. hmmm terasa pokcik nak jadi muda semula.

Yang pastinya novel cinta ini mampu menarik minat pokcik yang dah tua bangka ni untuk membacanya. Terjebak pokcik dengan novel ni

Gambar hari rabu #41 - Musim baru


Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com




Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2017, iaitu tepat jam 6.00 petang sehingga hari esok, 6.00 petang 20 Disember 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2017.



Bunga Raya


Tadi,  pokcik dok ngendap-ngedap depan rumah emak pokcik tiba-tiba terpandang satu kuntum bunga pada satu pokok. Hanya satu kuntum saja. Pokcik nak pastikan bunga apa, sebab tengok macam bunga raya je.

Bila tengok lagi lama dan bila perhatikan dengan lebih teliti, memang daunnya seperti daun bunga raya tapi pokoknya sangat kecil dan bunganya pun kecil. Memang tak salah confirm bunga raya. 

Bunga raya kat Malaysia ni banyak jenis dan sebab tu dulu pemimpin kita yang terdahulu bila nak pilih bunga untuk dijadikan sebagai bunga kebangsaan, maka bunga raya ni terpilih secara rasminya dan kini bunga raya melalui evolusinya yang tersendiri.

Bunga kertas kat Malaysia ni pun banyakkan, pelbagai jenis dan warna dan kedua-duanya tidak mengeluarkan bau tapi kenapa bunga kertas tak terpilih sebagai bunga kebangsaan kan?..



Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
sejuksedap lawa cara moden
SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]
Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 
sejuksedap lawa cara moden
Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 
Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.

Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 
TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.

hmmmm... ok le tu

Kredit gambar : Bernama

Semalam Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman membentangkan Bajet 2018. 

Apa yang baiknya dan menariknya pada pokcik...

Berita baik untuk tahun 2018 ini, syarat kelayakan untuk pendapatan bagi mereka yang layak menerima Dana Raya Aidilfitri akan dinaikkan daripada 2,500 ringgit kepada 3,000 ringgit. Gerenti tak dapat punya.

Dengan kenaikan syarat pendapatan ini, bilangan penerima dianggarkan meningkat kepada 264,294 Ketua Isi Rumah, menjadikan peruntukan keseluruhan Kerajaan Negeri kepada rakyat melalui Dana ini ialah sebanyak 99 juta ringgit.

Yang menariknya buat pokcik..

MB Terengganu kata, bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, kerajaan negeri akan memberikan bekalan air percuma bagi penggunaan domestik sehingga 20 meter padu dengan peruntukan sebanyak RM6.3 juta yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 buah kediaman.... Alhamdulillah


Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018

Temujanji Cabut gigi


Dua tiga hari yang lalu, bila tiba malam yang dingin. Sakit giginya bukan alang kepalang, menyucuk sehingga ke tulang hitam. Menantikan hari temujanji bagi sesi cabut gigi bagaikan penantian yang amat panjang. Cukup menyeksakan hanya berbekalkan ubat penahan sakit.

Pagi ini, alhamdulillah sakitnya dan reda. Temujanji yang sudah termeteri dengan doktor gigi yang dicintai dipenuhi.. Seorang doktok wanita, cantiknya doktor tidak terperikan disebalik topeng muka. Dua suntikan bius yang menyerikan diberi, sedikit menyakitkan. Sementara menanti bius memberi kesan, selama dua minit pokcik direhatkan.

"Dah selesai" Kata doktor.

"Cepatnya" kata pokcik sambil mengigit mengetatkan kapas digigi. Tidak terasa sedikit pun gigi yang dicabut tadi.

"Terima kasih doktor" kata pokcik dengan nada suara yang tidak jelas kerana mengigit kapas yang berada didalam mulut.

Selepas sejam setengah barulah pokcik terasa kembali sakit bila kesan bius mulai menghilang... aduuuii, sakitnya bukanlah sesakit dua tiga hari yang lalu tapi bolehlah tahan... siapa-siapa yang pernah merasai sakit gigi dan cabut gigi tahu bagaimana sakitnya.

Ubi jari buaya - Serangan ulat daun kali kedua


Ini merupakan kedatangan kali kedua ulat-ulat pemakan daun ini selepas kunjungan kali pertamanya pada november tahun lepas.. Sekali datang bukan sedikit kesan yang ditinggalkan oleh sang ulat dan tenteranya.

Pokok tanaman lain tidak berkenan dihatinya hanya daun ubi ini sahaja yang berjaya mencuri hatinya. Bukan setakat mencari makan sahaja siap dibiaknya generasi penerus warisannya bangsanya.Kalau tidak dicegah awal-awal habislah ubi jari buaya pokcik yang tinggal nanti hanya sulur-sulur yang membelit dikayu tunggul.
 

Ada juga sahabat pokcik tanya apa kegunaan ubi ini kalau isinya tidak dapat dimakan. Memang isi ubi ini tidak dapat dimakan seperti isi ubi keledek atau kayu atau juga ubi badak. Isi ubi ini dihiris nipis-nipis dikeringkan dan dijadikan sebagai minuman untuk sakit jantung, hati dan asma itu dakwa seorang sahabat pokcik yang juga pesakit jantung yang membuat pokcik tertarik hati untuk menanam ubi ini

Gambar Hari rabu #39 - Sakitnya hingga menitis airmata


Merasai pengalaman Meragau ikan


Petang tadi pokcik pergi ronda-ronda bersama ister3 pokcik kat sawah bendang.. Sekarang ni, musim menuai. 

Alhamdulillah dua tiga hari ni cuaca kat kampung pokcik ni elok, jadi masyarakat kampung disini boleh meneruskan aktiviti menuai padi. Ada beberapa rakan sekampung pokcik yang mana padi mereka beberapa hari lalu ditengelami air banjir mengalami kerugian.

Tapi yang menarik perhatian pokcik tadi, ada seorang jiran pokcik bersama dengan cucu-cucunya sedang meragau ikan. Sekarang ni musim cuti sekolah, rumahnya meriah dengan kehadiran cucu-cucunya yang sedang bercuti, boleh dikatakan kesemua anak cucunya ini pengemar ikan darat...  Anak cucunya ini tinggal dinegeri lain

Jadi jiran pokcik ni mengajak cucu-cucunya sama sama merasai bagaimana pengalaman meragau ikan dibaruh. Kalau tengok dalam gambar ini hanya dua sahaja tapi dibahagian petak sawah yang lain ada dalam lima enam orang  lagi. Walaupun tinggal dibandar, cucunya ini tetap ingin merasai pengalaman ini. 

Inilah yang terbaik , tahu dimana asal-usulnya...

dah lama tak edit gambar


Rasanya dah agak lama pokcik tidak menggunakan software Adobe Lightroom. Kalau edit foto untuk sekeping dua tu pokcik lebih selesa guna Photoshop dan kalau setakat untuk upload kat facebook pokcik gunakan Photoscape. Bila beratus keping begini pokcik selesa gunakan Adobe Lightroom berbanding photoshop.

Tadi sahabat pokcik minta setiap gambar majlis persaraan beliau yang elok-elok dan mana yang cantik tu dicetak (cuci kedai). Banyaknya gambar yang pokcik rakam tu bukannya sepuluh dua tapi beratus beratus keping. 

Maka tadi bermulalah sesi pemilihan gambar. Selepas dipilih dan tapis akhirnya seratus lapan puluh sembilan keping berjaya menarik hati sahabat pokcik dengan tiga keping gambar yang ingin dibesarkannya dan siap diframekan.

Sahabat pokcik ni minta pokcik siap susun dalam album, tentang harga dia tidak kisah.. bagi tahu sahaja nanti.. dia bayarkan. Teringat pokcik satu ketika dahulu waktu pokcik bergiat dalam photo wedding.. waktu tu pakai kamera yang guna filem.. meriah tempahan waktu tu.

Sebenarnya dah lam pokcik tinggalkan kerja edit mengedit gambar ni... selamat mengedit gambarlah buat pokcik..

Rezeki musim hujan...

Rezeki musim hujan. Sekarang ni kat kampung pokcik musim hujan.. air di alor dan air di sawah-sawah mulai mememenuh kata orang sini. Bila air menuh ikan-ikan menjadi galak. Bagi mereka yang rajin ketika inilah ikan darat ini menjadi sumber rezeki sama ada dijadikan sebagai lauk makanan keluarga atau dijual.


Bagi yang tidak alah pada sejuk ketika inilah mereka akan mencari kawasan-kawasan yang dijankgakan menjadi laluan-laluan ikan ini. Termasuk pokcik.. tadi pokcik bersama seorang anak lelaki pokcik memukat kawasan bendang. Satu utas pukat pokcik 'tahan' dikawasan sawah dan satu utas lagi pokcik letakkan dalam alor depan rumah.

Alhamdulillah, petang tadi bila diangkat pukat dua utas tu dapatlah beberapa ikan puyu, haruan, ikan kawan dan lampam merah.Bila balik ke rumah tengok-tengok kat dapur isteri pokcik bawa balik kulat sisir atau cendawan kukur. Isteri pokcik kata, cari kat belakang rumah aje... tak jauh pun..


Alhamdulillah,  itulah rezeki namanya kan bila kita rajin bukan susah mana pun nak makan.. Malam ni keluarga pokcik meriah makan, cukup berselera makan. Dari satu pinggan kedua dan ketiga pinggan.. pokcik makan malam ni..

Ikan puyu bakar tawar cicah budu, kulat sisir goreng dan ikan haruan gulai kadok... fuuh.. terangkat beb menu malam ni..