Sembang santai fotografi

Sembang santai fotografi  telah diadakan pada petang sabtu selepas solat zohor bertempat di Pantai Bukit Keluang Besut..



Sembang santai bersama dengan penuntut-penuntut IPGSM Sultan Mizan itu memfokuskan teknik posing dan fotografi headshoot kali ini disampaikan oleh Cikgu Yusri..
 

Seramai hampir dua puluh orang peserta yang hadir pada sembang santai kali ini....Banyak ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh beliau kepada peserta sembang santai kali ini.


Pokcik ni seperti biasa, hanya sebagai pembantu sahaja... atas dasar minat dan ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang diketahui dan ingin belajar juga sesuatu dari para peserta ini..


Untuk mencari model tidaklah susah kerana ada diantara peserta ini yang secara sukarela menawarkan diri...


Memandangkan model kali ini tidak berpengalaman... jadi banyaklah tunjuk ajar yang diberikan oleh Yusri....lepas ni... bengkel photoshop

Menyampaikan sumbangan dari sahabat-sahabat buat rakan yang memerlukan



Petang tadi pokcik bersama beberapa rakan-rakan bekas pelajar tingkatan enam PPK  telah berkunjung ke rumah salah seorang rakan kami yang mengalami strok untuk menyampaikan sumbangan kewangan.

Duit sumbangan dari rakan-rakan ini tercetus dari perbualan group whatsaap... dan sahabat pokcik Zainuddin Ismail diberi amanah untuk menerima sumbangan dari sahabat-sahabat yang lain..

Alhamdulillah.. petang tadi  wang yang diamanahkan oleh rakan-rakan dari seluruh atau serata Malaysia ini dapat diserahkan kepada saudara Rosli.... Diharap sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan beban beliau..


Saudara Rosli merupakan rakan serumah sewa pokcik pada tahun 1991. Diserang strok pada tahun 2008. Pernah membuat pembedahan dikepala... mempunyai tujuh orang anak.

Selepas sedar dari koma selama dua bulan sahabat pokcik ini tidak dapat bercakap melayu sehingga menyukarkan komunikasi dengan keluarganya.. kerana bahasa yang dikuasainya selepas sedar ialah Bahasa Inggeris.. 

Tiga bulan selepas itu baulah dia dapat menguasai bahasa melayu semula.. itu pun lebih bahasa inggerisnya dari melayu sehinggalah sekarang


Bila rumput mulai kemerahan



Bila rumput mulai menguning dan kemerahan itulah tandanya tanah-tanah mulai kekeringan air. Dan itulah juga tanda-tanda kebesaran tuhan yang maha Esa yang menjadikan langit dan bumi ini dengan aturannya.

Tiada apa yang hendak dinafikan lagi bahawa Malaysia kini sedang dilanda musim panas dengan suhu yang agak tinggi. Ada disesetenga tempat tu sehingga melebihi 35 darjah celcius dengan bahang udara haba yang panas... dengan bahasa mudahnya orang kampung pokcik sebut angin panas..

Tadi pokcik pergi jalan-jalan kat ampangan jajar yang tak jauhlah sangat dari kampung pokcik.. air ditakungan masih banyak untuk kegunaan sawah padi.. air dialiran sungai dibawah takungan  pula susut.

Tapi yang menarik perhatian pokcik bila lihat rumput-rumput yang kemerahan yang mulai mati kekeringan akibat panas cahaya mentari.. jadi untuk kita semua sebagai ingatan bersama. Kurangkan aktiviti diluar rumah sebagai mana yang disarankan oleh pihak kerajaan dan banyakkan meminum air.. iyalah panas ni pokcik pun nak minum air ni.. bestkan kalau dapat minum cendol atau ABC time-time gini..



Bila itik diserang penyakit


Kelmarin tiga ekor itik pokcik mati.. Masuk hari ni dah lima ekor itik pokcik yang mati. Dua tiga hari lepas pokcik perasan bila itik-itik ni lembik dan tidak boleh berjalan. Kata orang itik ni diserang oleh penyakit lembik.

Kalau berterusan macam ni rasanya boleh mati kesemuanya itik peliharaan pokcik ni. Kalau sebelum ini tidak pernah pula itik peliharaan pokcik diserang oleh penyakit seperti ini walaupun ramai jiran tetangga yang mengalaminya. 

Kata jiran ubat yang paling mujarab bagi penyakit ini ialah dengan memberi makan siput sawah atau kecar atau juga gondang sawah... Pokcik tengah fikir ni mana dah nak cari siput sawah musim ni bila siput dah banyak mati bila masuk musim meracun oleh pesawah-pesawah kampung pokcik ni.

Pagi kelmarin dah ke pejabat veterinar daerah, berjumpa dengan pegawai disana minta pandangan dan nasihat berkaitan perkara ini.... sambil-sambil tu bertanya khabar tentang bantuan penternakan itik. Manalah tau kot-kot lepas ni boleh jadi penternak itik sepenuh masa.. 

 




Sungai Besut - Pangkalan Kampung Darau

Khamis yang lalu (17 Mac 2016).. Akhirnya berpeluang memancing di sungai Besut iaitu bermula di Pangkalan Kampung Darau sehingga ke Kampung Durian Telur. 

Biasanya pokcik melihat persekitaran kampung ini dari daratan tanpa menyedari kecantikan kampung ini bila di lihat dari atas bot atau lebih tepat lagi melihat sudut kampung ini dari atas air.

Bertolak jam 5.00 petang ke tempat pancingan di anak sungai kampung Durian Telur dengan jarak tidak sampai 15 minit dengan bot berinjin galah yang dikemudikan oleh sepupu pokcik.... Perjalanan ke medan pancingan yang ternyata berbaloi dengan hasil pancingan sebanyak 19 ekor ikan patung.

Macam biasa pokcik nak belanja beberapa keping gambar sepanjang perjalanan itu.. jom nikmati keindahannya.


Dalam perjalanan ke tempat pancingan pokcik disajikan dengan pandangan yang indah.. hampir tersasar niat sebenar bila melihat pemandangan yang indah ini.




Menyusup bawah jambatan sehingga terpaksa meniarap atas bot.

 Nelayan yang bergantung sumber rezeki pada sungai
 

 Dicelah-celah kayu yang tumbang dan rumput inilah menjadi lubuk tempat ikan patung bermain

 5 kali umpan gewang disambar toman... tapi tiada rezeki





GIVEAWAY DAN SAMPLE PERCUMA

http://irismyra.blogspot.my/2016/03/giveaway-dan-sample-percuma.html

Tamat
29/3/2016

Segmen Blogwalking + Bloglist #3

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


(klik banner kalau nak join)

Selamat Pengantin Baru Adib & Shahiras

Tahniah dan juga selamat pengantin baru buat Adib & Shahiras ... Kelmarin pokcik dah dapat anak sedara baru.... Yang pengantin perempuan tu adalah anak sedara pokcik.

Pokcik pun dah tak ingat... ini kali yang ke berapa dah pokcik meraikan perkahwinan anak sedara..anak-anak kakak pokcik..dah tak ingat cucu-cucu sedara ada berapa orang.

Pokcik belum lagi merasa suasana meraikan perkahwinan anak sendiri.. anak-anak pokcik yang sulong, kedua, ketiga, keempat semua lelaki... yang kelima perempuan tu je bongsu. Yang sulong tu masih lagi belajar.. Kata orang, anak lelaki ni lambatlah sikit nak dapat menantu berbanding anak perempuan... Betul ke?



Dah lama pokcik tinggalkan fotografi perkahwinan.. atas permintaan anak sedara ni pokcik terpaksa tunaikan juga.. dah banyak pose-pose yang pokcik lupa...semuanya telah selesai.. hanya outdoor yang belum dilakukan lagi.. dan lepas tu edit... bab edit tu yang pokcik malas sikit.. .. dalam malas terpaksalah buat juga demi permintaan..

Gerhana Matahari.

Pagi tadi. Sempatlah juga pokcik rakam sekeping dua gambar peristiwa gerhana matahari. Peristiwa yang jarang-jarang berlaku.

Nikon D60 yang sentiasa ada dalam bonet kereta menjadi mangsa pokcik untuk snap gambar ni... mula tu pokcik guna lens nikkor 18-105mm.. tak puas hati pokcik tukar lens.. 70-300mm..

Nak capai capai kamera lain, dua lagi ada kat rumah... diguna bila betul-betul ada program atau majlis saja...

jadi macam biasa pokcik belanja sekeping dua gambar ....





Kabus Tebal




Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja (sekolah) kabus amat tebal. Jarak penglihatam agak terhad dengan jarak lebih kurang beberapa meter sahaja. Maklum aje lah tempat pokcik bertugas ni sekolah pendalaman. Jadi cuaca begini sudah menjadi suatu kebiasaan.

Cuaca sejuk nyaman dan suasana yang sunyi...

Bengkel Pengemaskinian data HRMIS

Sejak akhir-akhir ini mood berblog pokcik jatuh merudum. Disebabkan kekangan waktu dan kesibukan tugas dan aktiviti harian.

Pagi tadi pokcik ke SK Alor Lintah bagi menghadiri Bengkel Pengemaskinian Data HRMIS. Seperti biasa bila berbengkel begini kami rakan-rakan sejawatan dapat berjumpa dan bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan bagi bidang tugas kami.

Bengkel tadi adalah bagi mengemaskini data perjawatan dengan lebih tepat. Bengkel berakhir jam 1.00 petang dan pada jam 2.30 petang pokcik menghadiri pula Taklimat Kemasukan Ke Tahun 1 2017 di Pejabat Pelajaran Daerah..

Seperti biasa pokcik belanja sekeping dua gambar....