Dah masuk bulan februari dan agak lama pokcik menyepi tanpa sebarang cerita yang dipaparkan. Tadi pokcik masuk masuk hutan, mendaki sedikit bukit kecil bagi mendapatkan sekeping kulit pokok gonggang untuk dibuat ubat. Pokok ini tumbuh dialam kebun getah pokcik. Pelbagai usaha pokcik lakukan sebelum ini untuk mebiak dan memperbanyakkan lagi pokok ini tetapi idak berjaya. Pokok gongganng ini mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan tradisional. Pokcik tidak tahu apa yang terkandung dalam pokok ini, pokcik hanya mewarisi dari arwah ayah pokcik bagaimana cara menyediakan pokok ini untuk dijadikan ubat itu sahaja. Getah dari kulit pokok ini bila diproses menjadi minyak amat berkesan untuk kegunaan luar badan manusia. Seperti gatal kulit, merawat celah kaki yang berair, terkena api, boleh juga digunakan untuk berurut dan baik untuk merawat luka yang lambat kering akibat kemalangan. Pokcik pernah bercerita DISINI tentang khasiat pokok gonggang ini untuk merawat luka k...