Gambar Hari Rabu #72 - Pisang Ayam


Ditempat pokcik, pisang ni lebih dikenali sebagai pisang ayaman.. Tempat anda bagaimana? 

Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com

 


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2021 di MiaLiana.com bermula pada 11.00 pagi 30/3/2021 sehingga 11.00 pagi 31/3/2021. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2021.

** jom support Mia Liana....

Pertumbuhan anak jagung tidak sekata


Pada awal membuat projek kebun pisang ini, tanaman jagung tidak termasuk dalam perancangan. Semuanya bermula bila pokcik lihat ada ruang kosong yang luas diantara batas pisang ke pisang. Jadi timbullah idea untuk mengisi ruang yang kosong itu dengan tanaman jagung.

Lagi pun jangka masa hayat jagung lebih singkat dari awal penanaman hingga ke waktu tuaiannya(panen) iaitu tidak sampai pun sembilan puluh hari berbanding pisang yang melebihi sembilan bulan.

Dengan tiada jangkaan kemarau yang akan melanda dan tanpa persediaan sistem penyiraman air pokcik teruskan tanaman jagung. Dua kilogram benih ditanam dengan menggunakan mesin planter.. Mempercepatkan proses tanam/tugal benih.


Tiga minggu tiada hujan sebaik sahaja selesai tugal benih menyebabkan benih tumbuh tidak sekata. Untuk menyediakan sistem penyiraman air satu masalah pula yang timbul, penantian dan pencarian backhoe pula menjadi sebab lambatnya penggalian telaga. Selepas kolam digali dua hari pula untuk menyusahkan sistem sprinkler.. 


Kegagalan penyiraman air menyebabkan pertumbuhan jagung tidak seragam. Ada beberapa tempat jagung begitu subur dan beberapa tempat lagi terbantut pembesaran.

Beberapa hari terkini hujan lebat menimpa bumi. Jagung pokcik galak menghijau.. Alhamdulillah, doakan keberhasilan pokcik.. 

Bulan 15 Syaaban


Gambar bulan diatas dirakam dari lensa kamera pokcik dari depan laman rumah. 

Dimalam nisfu Syaaban ni, marilah kita sama-sama pertingkatkan amal ibadah kita.. dah tak lama dah kita nak puasa ni

Rahmat Allah S.W.T. turun ke bumi pada malam nisfu Syaaban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa syirik dan orang yang dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan)” HR al-Baihaqi

Sesumpah



Kalau tempat pokcik sesumpah ni orang sebut sebagai 'pok kor'. Tak kira jantan ke betina ke tetap disebut sebagai pok kor, tak pula disebut betina tu sebagai mok kor. 

Seperti katak juga, jantan dan betinanya tetap disebut sebagai 'pok katak'. 

Sarapan dikebun




Pulut gaul nyior bersama ikan selayang rebus yang digoreng, itulah sarapan pokcik di kebun pagi tadi. 

Pagi tadi awal awal lagi pokcik telah ke kebun. Bini pokcik kat dapur belum siap lagi tanak pulut. Lebih kurang sejam lepas tu dia datang bawa sarapan ni. 

Kat kebun ni kan, bawa makanan apa sahaja cukup berselera dimakan. Lebih lebih lagi kalau bawa nasi bersama budu dan ulaman, feveret pokcik bertambah lah makan nya.. 
 

Gambar hari rabu #71 - maman & kangkong

 


Kat kawasan pokcik ni, benih kangkung tu mudah nak dapatkan tapi benih maman tu yang susah nak jumpa.

Maman ini pokcik beli di shopee, kata rakan pokcik di shopee ni serba ada, taip jer benda yang dikehendaki. Pasti dapat.. Cadang pokcik hendak buat benih dulu, lepas ni tanam banyak banyak buat jerok dan jual... 

Projek Kebun Pisang

Diam tak diam, dah hampir lima bulan blog ini tiada sebarang kisah yang terpapar. Banyak cerita yang hendak dikongsi tapi disebabkan kepenatan badan, otak tidak kreatif untuk berfikir.  

Hari minggu dan cuti pula digunakan sepenuhnya untuk berkebun dengan projek baru, kebun pisang seluas 3 ekar. Setakat ini telah pun ditanam dengan 600 batang anak pisang bercampur campur jenisnya. 

Makhluk perosak hanyalah masalah kecil yang boleh diatasi, masalah yang paling besar berlaku disekitar sini ialah pisang yang kita tanam dijual oleh orang lain (kecurian)... semoga usaha pokcik ini mendapat keberkatan..