Rabu, 31 Julai 2019

Beli benih kangkung di Shopee

Benih kangkung 1kg yang dibeli melalui shopee selamat sampai petang tadi. Biasanya pokcik beli di kedai pertanian di bandar berhampiran.. 

Biji benih ini berlainan dari kebiasaan yang pokcik guna, benih ini besar sedikit. Bila disemai dibatas nanti pokcik hendak lihat daunnya sama ada lebar sedikit atau meruncing seperti yang ditanam oleh pokcik sekarang.

Continue lendo

Rabu, 3 Julai 2019

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau



Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..

Continue lendo

Selasa, 2 Julai 2019

Jamuan Raya

Baru sempat nak update cerita kat sini. Cerita tentang Jamuan Raya KEPTAN Cawangan Besut yang berlangsung pada 27 Jun yang lalu. Disebabkan sibuk yang amat tak sempatlah pokcik nak pos kat sini. 

Sebenarnya program hari tu merupakan program tiga dalam satu. Pertamanya diadakan taklimat kenaikan pangkat dari gred DG41, DG42 ke Gred DG44, Mesyurat GAong KEPTAN Cawangan dan seterusnya jamuan raya secara santai sambil bermesyuarat.

Alhamdulillah segala urusan hari itu berjalan dengan jayanya, berkat sokongan dari semua rakan seperjuangan.




Continue lendo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Pokcik Blogger Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates