Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel produk kesihatann

Hadiah dari kawan .... Krim BC100

Satu hari tu pokcik ada cerita kat kawan pokcik tentang masalah saraf lengan kanan isteri pokcik. Isteri pokcik ni patah tangan kanan dah banyak bulan dan dah sembuh pun patah tu. Tapi masalahnya sekarang ni, isteri pokcik tidak dapat mengenggam barang dengan baik.. Kalau terlalu banyak digunakan untuk berkerja jari-jarinya menjadi sakit dan sengal.. Pagi tadi kawan pokcik ni datang dengan sebotol krim BC100. Dihulurnya sebotol krim ni pada pokcik, minta isteri pokcik sapu dahulu. Tak nak mintak bayaran tapi kalau rasa elok lepas ni kau bayarlah. Senangnya dia kan begitu yakin.. tapi bila pokcik google maklumat tentang krim ni, banyak jugalah kebaikannya.. Pokcik rasa pokcik pun nak sapu juga kat betis atau tangan pokcik ni yang kadan-kadang tu rasa sengal dan kebas kerana aktiviti duduk saja dan berkebun..

Mini Cozy Massager

Satu unit Mini Cozy Massager pemberian dari sahabat pokcik telah diterima pagi tadi.. beberapa hari yang lepas dia cakap ada sesuatu yang hendak diberi.  Mini Cozy Massager ni adalah alat kecil untuk mengurut, menggunakan bateri AAA. Lepas ni tak payahlah pokcik suruh anak picitkan belakang pokcik ni. Bagi je benda ni biar dia tekan atas belakang pokcik... getaran kecil tu dah rasanya macam mengurut... lebih kurang macam kerusi mengurut le rasanya. Pokcik nak berterimakasihlah pada sahabat pokcik ni atas pemberian alat ni..katanya taklah mahal pun harganya.. bagi pokcik bukanlah soal harga tapi soal keikhlasan pemberian itu.. itulah yang mahalnya.

Gatal mata gatal hidung

Gatal mata, gatal hidung .. hidung berair..Begitulah yang boleh pokcik katakan sekarang ni, berlaku disetiap pagi. Memang pokcik ada resdung...  Tapi rasanya resdung ni dah lama tak datang melanda.. nak katakan makan ubat rasanya tidak... tapi sekarang ni memang cukup berpantang... berpantang dengan benda yang alah Tapi bila cerita kat kawan.. katanya itulah kesan minum Min Kaffe . Macam yang dia pernah alami dulu... jangan berhenti minum, tetap teruskan.. katanya lagi.. dia dulu pun pernah alami... Tengok lah rupa aku sekarang katanya.. tapi betullah, wajahnya dulu berjerawat, berbintik-bintik merah tapi sekarang dah licin... Lagi pun Min Kaffe ni sedaplah..

Meja kerja #22 - Min Kaffe dan Hai-o Garlic Tablet

Selepas raya ni dah banyak hari perut pokcik meragam, kadang-kadang kembung, perut mengeras. Aturan jadual pemakanan yang berubah menyebabkan perut pokcik meragam. Kalau sebelum ni puasa, waktu makan tetap ikut jadual berbuka...  Bila tiba time raya makan ikut sedap masa dan ikut sedap selera inilah jadinya..  Memang cukup tidak selesa perut. Bagi yang pernah kena gastrik ni tentu tahu bagaimana ketidakselesaannya. .. dengan letihnya dengan penat.. segala kerja rasanya malas nak buat bila badan rasa sebu.. pening kepala pun ada.. pendek kata gakk... semua malas. Jadi adalah seorang sahabat pokcik cadangkan pokcik amalkan produk ni.. Min Kaffe dan Hai-o Garlic..  diberinya dua produk ni tadi... bukan free pun.. Kebaikan MIN KAFFE :  1. Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.  2. Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan      kalium.  3. Menghilangkan keletihan fizikal dan mental....

C-nus Kit- Toner Hidung Sinar Permata

  Resah hidung pokcik dah dua tiga hari melanda, ketidakselesaan semasa menghembus dan menarik nafas. Dua hari lubang sebelah kanan pokcik membengkak dan lubang hidung menjadi sempit. Bila disentuh hidung terasa sedikit sakit dan tahap paling kritikal berlaku pada tengah hari tadi bila berlaku sedikit pendarahan hidung. Resah hidung (resdung) telah lama pokcik alami. Seawal usia remaja lagi, ada ketikanya ianya seperti sembuh sepenuhnya . Pelbagai cara perubatan telah pokcik lakukan dalam usaha penyembuhan resdung ini. Kebetulan pula Sinar Permata telah empat hari membuka cawangan di tempat pokcik ini. Jadi pokcik ambil kesempatan tadi berkunjung ke sini dan bertanya sedikit sebanyak tentang perkhidmatan yang sediakan.  Pokcik pun dah bercadang untuk mendapatkan rawatan resdung.. alah bukannya mahal sangat. .. tadi staff dia dah maklum kat pokcik harga dia dalam RM50 aje.. tidaklah pokcik bercadang untuk melakukan dalam masa sehari dua ni. Buat permula...

Wrist Electronic Blood Pressure Monitor

Wrist Electronic Blood Pressure Monitor memudahkan pokcik untuk memeriksa tekanan darah.... bila terasa pening sedikit, letak dekat pergelangan tangan dan onkan switch dan boleh tengok result darah... Kecil, mudah dan ringkas untuk dibawa kemana-mana dengan menggunakan dua biji bateri 3A. Boleh menyimpan sehingga 30 memori. Saranan dari pokcik... benda ni patut disimpan satu dirumah anda... boleh sekali sekala periksa tekanan darah mak ayah....

Qaseh Gold Junior

Qaseh Gold Junior adalah minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Kismis, Tiin, Zaitun, Delima, habbatus Sauda’ dan air Zam Zam QASEH GOLD JUNIOR MEMBANTU MENGATASI MASALAH SEPERTI -  Demam -  Sakit kepala -  Hidung sering tersumbat -  Pernafasan tersekat -  Kerap bersin -  Gatal hidung dan bahagian muka -  Hidung dan mata berair -  Kerap selsema -  Hilang selera makan -  Anak anda sering sembelit -  Anak anda picky eater -  Anak anda sering sakit/batuk/selsema -  Anda terlalu kurus -  yang tidak suka makan sayur -  yang sukar makan ubat -   yang suka makan makanan segera/makanan rapu QASEH GOLD JUNIOR MEMBERI KEBAIKAN -  Membekalkan Tenaga -  Mencerdaskan Minda -  Menguatkan Sistem Imun -  MenyokongTumbesaran -  Membekalkan Serat dan banyak lagi…. PENYEDIAAN SECARA AM...