Dah Lama tak datang sini

Dah lama aku tak datang sini. Johor Baharu dan sekarang aku berada di Ulu Pulai, Gelang Patah Johor dan sebentar nanti aku akan turun ke Johor Baharu..... lebih tepat lagi ke Hospital Sultanah Aminah.

Seingat aku kali terakhir aku datang sini waktu anak kedua aku berusia dua tahun setengah dan sekarang ini anak kedua aku berusia lima belas tahun.  Aku datang kali ni pun bukan untuk sesi jalan jalan makan angin tapi menziarahi kakak aku yang belum sedarkan diri Hospital Sultanah Aminah.

Kepada rakan-rakan blogger doakan kesihatan kakak aku dan kesihatan kita semua


Kerena indahnya cinta

Kata seorang rakan. Masa bercinta semuanya indah, semua boleh jadi..... yang busuk berbau wangi yang buruk nampak elok. Yang cantik semakin cantik yang tak berhias semakin menghiaskan diri yang kacak bertambah kacak.

Kata kawanku lagi......... tidak dapat tengok tuan dapat tengok atap rumah pun jadilah. Lagi teruk katanya boleh boleh tengok air longkang pun kira ok. Itu semuanya kerana indahnya cinta... kerana tergila-gilakan sidia.


nota
luahan rakan ini berlaku beberapa tahun lalu

Berubah tempat

Sepatutnya taklimat hari ini iaitu Taklimat Gaji dan e-Caruman  diadakan di Tingkat 3 Bangunan Persekutuan Besut tapi disebabkan penghawa dingin bermasalah maka tempat taklimat telah diubah ke Dewan Perpustakaan Daerah Besut



Perubahan saat akhir.... nasib baik bukanlah jauh sangat perpustakaan ini... hanya bertentangan dengan tempat asal taklimat yang sepatutnya diadakan.

Rata-rata kawan-kawan yang datang teruja dengan perubahan ini tempat ini .... Maklumlah bukan pernah masuk ke tempat ini .... sebelum ini hanya lihat dari luar.


Ruang utama dan ruang bagi pustakawan bertugas juga agak luas


Taklimat hari ini dibahagikan kepada dua slot yang mana slot pertamanya berkenaan dengan e-Caruman KWSP disampaikan oleh dua orang fasilitator dari Pejabat KWSP Kuala Lumpur dan Pejabat KWSP KUala Terengganu. Manakala slot kedua pula berkenaan dengan perubahan Gaji serta pengisian kod-kod pada borang SG20 disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Akauntan Negara Cawangan Terengganu.






Kan aku pernah kata dalam mana-mana taklimat atau mesyuarat yang aku hadiri, peserta lelaki mesti kurang berbanding dengan peserta perempuan


Membaca akhbar ,sementara menunggu slot seterusnya





Hidup sihat tanpa merokok

Kalau dikira sehingga ke hari ini kalau tidak silap aku  genaplah setahun tujuh bulan aku berhenti merokok..... Sejak aku tinggalkan aktiviti itu, pernafasan aku terasa lebih selesa. Kalau joging atau main futsal aku tidaklah cepat semput.



Bergelap

Hari ini datang dengan penuh semangat untuk berkerja setelah kelmarin seharian berada di Pejabat audit Kuala Terengganu kerana menghantar dokumen tambahan bagi pengauditan 2012. 

Bila masuk, bilik on semua suis tapi lampu tidak berfungsi, komputer dan aircond semua ok. kata rakan setugas hanyta sebelah line aje yang berfungsi dan sebelah lagi tidak berfungsi.
check di suis main board ok je.....

Ni kes kena cari pakar... tak dapat diselesaikan hanya mereka yang mahir je tau ni... kena rujuk TNB ...

Dulu pun pernah berlaku.... hari ni aku berkerja dalam gelap .... nasib baik aircond jadi 



Peria Goreng

Hari tu aku ada bercerita tentang hobi aku berkebun di bawah tajuk peria kan, jadi hari ni aku nak berkongsi tentang resepi peria pula... Sebenarnya ni aku masak untuk makan tengahari kelmarin.


Resipi ni cukup mudah dan ringkas.  Peria hanya ditanam dibelakang rumah, petik dua tiga biji yang nampak agak sesuai tidak terlalu tua. Peria dihiris melintang kalau nak hiris memanjang pun ok juga ikut selera masing-masing. Rendam dalam air garam selama 20 minit untuk mengurangkan rasa pahit. 

Bahan-bahan yang lain untuk tumisan.... macam biasa bawang merah, bawang putih, bawang besar, yang ni aku beli kat kedai dan cili kampung, yang ni aku tanam tepi dapur ambil dua tiga biji biar ada rasa pedas sikit tapi kalau tak suka pedas tak payah masukkkan. Bawang-bawang tadi ... aku lupa dua tiga ulas dah memadai.. bawang ini kita mayang halus-halus atau pun kita kisar sampai hancur.

Peria yang kita rendam dalam air larutan garam tadi kita sejatkan airnya. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris/mayang/dikisar tadi biar dia garing sikit masukkan pula peria tadi. Bubuh garam, gula dan perasa secukup rasa



Lepas tu kan...kan dah agak nak masak tu masuklah telur dua tiga biji. telur ni pun aku tak beli, ambil dalam reban belakang rumah. Telur ayam kampung. Mudahkan duduk dikampung. Janji rajin saja.

Tu je resipi ringkas aku versi aku ..... aku tau ramai yang pandai buat. 

Acar Masak Pisang Benggala

Balik dari kedai .... perut terasa lapar... buka saji lauk dah ada dua jenis tapi tiada yang berkuah ..... dalam duk berfiki-fikir tu terlintas dengan pisang benggala setandan yang dah dekat dekat nak masak ditepi rumah.

Hari ni aku nak bercerita tentang resipi sedikit... .. dah banyak kali dah aku jadi chef , dulu bini aku yang sakit berminggu-minggu aku yang jadi tukang masak, rebus telur, goreng telur, goreng nasi dan apa-apa yang bergoreng.... yang lain aku tak tahu masa tu....

Lepas tu aku nekad aku nak belajar masak .... mesti tau juga masak .... aku masuk akademik masakan, aku belajar dengan mak akulah..... pastu tiap kali masak ada juga aku tanya bini aku apa-apa mramuan yang aku kena masukkan tiap kali masak itu dan ini. Dan satu lagi  yang engkau orang kena tau,.... aku pernah jadi pembantu chef tau... bukanm hotel atau restauran ternama tapi dekat majlis kenduri lah..... takl susah jadi pembantu chef di majlis kahwin ni. Semuanya ramuan dan rempah ratus sudah disediakan tinggal kita masukkan ke dalam kawah aje.... dan sudah terbukti yang aku ni pun pandai masak..


Kali ni aku nak bercerita pasal resipi yang aku masak sebentar tadi untuk makan tengahari bersama anak-anak.... ACAR MASAK PISANG BENGGALA... ni versi aku..






Bahan-bahannya..

Pisang Benggala setandan (tak lah sampai setandan yang aku pakai cuma empat lima biji je)
Bawang Putih dua tiga biji
Bawang Merah dua tiga biji
bawang sebesar selabu
lada merah agak-agak je biar secukup rasa
Lada Kering 
santan kelapa
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
1.    Kisar bahan-bahan seperti bawang merah, putih, dan cili kering tadi.
2.    Bawang besar di hiris/dimayang halus
3.    Pisang tadi dihiris melintang tapi jangan kasi putus.
4.    Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang dikisardan bawang besar tadi sehingga garing
5.    Masukkan santan kelapa tunggu sehingga mendidih dan lepas tu masukkan pula pisang 
       benggala tadi. Biarkan sehingga masak

Lepas tu kan matilah dapur tu ... amik pinggan dan cebuklah acar tu dah.. dah siap sedia untuk dimakan....
jom makan sama-sama...


Sembang larut malam

Mood segar ............Baru pulang dari service badan (jumpa tukang urut) setelah beberapa hari terasa lemau seluruh badan, dalam perjalanan pulang ke rumah singgah kedai kopi versi larut malam ......jumpa kawan-kawan.Sembang dari satu bab ke satu bab.

Yang paling menarik perhatian aku ialah pasal harga buah-buahan yang murah. Harga yang ditolak ke pemborong memang cukup murah, durian 50 sen sekilo, duku 90 sen sekilo dan dokong 80 sen sekilo. Bagi dokong dan duku pula terpaksa bagi dua dengan budak panjat pokok jadi berapa sen lah yang dapat. Dari jadi baja bawah pokok dan tak dapat apa.... baik juallah walaupun hati ada sikit sakit.  Lain pula dengan buah binjai .. harga 3 biji binjai RM5

Bagi aku yang tiada kebun ni hanya diam dan kesian juga kat dia orang berkebun bertahun-tahun tapi harganya merudum. Dalam hati aku yang tiada kebun baik juga begitu dapat beli dengan murah

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013 "





Ini segmen ke tiga yang aku sertai ... ada sapa-sapa nak join ...segmen ni berlangsung sehingga jam 10 malam pada 18 Oktober 2013. 

Taklimat e-Pangkat

Hari ini... aku menghadiri Taklimat Pelaksanaan Pemakaian Kriteria Kecemerlangan Bagi Urusan Kenaikan Pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Melalui Sistem e-Pangkat Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)..... panjangnya tajuk taklimat tu.


Taklimat ni diadakan di Dewan Bendahara IPGM Kampus Sultan Mizan Besut.....peserta taklimatnya terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir bagi Daerah Besut adn Setiu.



Hari ini aku menjadi orang yang paling skima/sivik kerana datang awal dan duduk senyap-senyap dengan penuh tertibnya... kalau zaman persekolahan dulu kalau ada apa-apa program rasa-rasanya akulah orang yang datang paling lewat. Lagi satu semua yang menyampaikan taklimat kali ni terdiri dari Cik dan puan-puan dari KPM tak ada sorang pun tuan..... 

Biasa berlaku bila setiap kali mesyuarat atau kursus dan taklimat yang dianjurkan oleh jabatan..... yang ramainya mesti perempuan .... kat mana lelaki menghilang. Itu antara kata-kata yang pernah diucapkan oleh seorang sahabat saya satu ketika dahulu


Kaya Aku

Dua tiga hari dah aku terima email ni tapi aku tak sempat nak cerita kat blog ni pasal email ni..... korang tengok berapa duit aku dapat.... dalam pound tu... kalau tukar dengan RM berapa aku dapat....... woow kaya aku..........    tapi kalu aku layan email ni BANGKRAP aku..





Segmen : Bloglist Oktober



Tetiba hati terasa nak join Segmen Bloglist Oktober bagi Blog Paly........ Sejak sehari dua ni aku rajin blogwalking dan terasa nak rajin-rajinkan diri join segmen dan GA yang blogger lain buat.......  

Selamat berjoin segmen Blog Paly buat aku.... tepuk3.....


T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Bonanza Nestle

Pagi tadi dalam perjalanan ke kedai kami,.. isteri mengajak ke sebuah kedai borong terlebih dahulu untuk membeli barang keperluan kedai kami. Saya hanya menunggu di dalam kereta.... sebaik isteri keluar ditangannya terdapat sehelai kertas....

"Borang apa lagi yang dibawanya" tanpa menjawab soalan tadi terus meletak kertas diatas riba.

"Jawab dan hantar, bukti pembeliannya dah ada" sambil mengangkat Milo didalam pek. Walaupun lewat tahu tapi terasa ingin menyertai, lagi pun bukti pembelian dah ada.

Tengok hadiahnya....... Fuuh Pakej hadiah harian yang cukup menarik.... adakah aku tergolong dalam golongan mereka yang bertuah......

Mana-mana peraduan yang dianjur untuk menyertainya mesti ada bukti pembelian. Tinggal 13 hari lagi sebelum tarikh tutup. Bagi yang berminat boleh terus ke laman web nestle dan muat turun borang disana



Peria

Bangun pagi aku mesti ngendap dia... intai dicelah-celah daunan yang merimbun, takut-takut ada yang terlindung. Kalau lambat dibalut.... buahnya akan rosak ditebuk serangga.

Begitu juga bila petangnya, balik dari kerja aku ke kedai.......... lepas selesai urusan dikedai dekat-dekat maghrib aku ke mari ngendap lagi....... sebenarnya aku jadi asyik melihat dia membesar. Walaupun tak banyak pohon yang aku tanam ......... sekarang ni dia telah memberi membalas jasa-jasa aku.



Sebenarnya inilah hobi aku.......semenjak dari kecil aku suka berkebun, bertanam sayur. Engkau orang bayangkanlah kalau aku tinggal kat bandar yang tiada halaman yang luas atau pun aku tinggal kat apartmen yang bertingkat-tingkat tu...... manalah tempat aku nak lepas kan gian dengan hobi aku ni. 

Lagi pun semenjak jadi orang tua ni... inilah satunya cara untuk keluarkan peluh.......... Lepas ni projek tanaman bendi tepi rumah

Segmen 1st Mama

Ini kali pertama kedua aku join segmen. Memang terasa nak join sangat.... biasanya kalau ada rakan-rakan blogger yang buat segmen atau GA aku tak terasa nak join tapi yang mama punya segmen ni terasa wajib join..... 

Sebabnya
nak tambah rakan-rakan blogger....... 
kalau nak blogwalking ke blog rakan-rakan yang lain rasanya tak sempat.
Yang pastinya aku suka blog dia (Bloglist) 





Pembantu Isteri

hari ini aku menemani isteri dikedai......lebih tepat lagi, aku jadi pembantu. memang betul kata isteri aku hari sabtu memang sibuk..... penat tapi berbaloi...... aku tanya isteri berapa dia sanggup bagi gaji aku,.... dia jawab nanti malam ni nak bagi upah........... 



Hari ni si Along (Khalis) menemani sama......Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah berikan keatas umatnya yang berusaha,.....



Sebenarnya aku update entri ni aku guna benda ni......... punyalah susah...terkial kial jari aku. tekan.... tekan banyak tertekan atas huruf yang lain..... siapa yang pernah guna taulah tapi kalau yang mahir tu lainlah

Yang mana satu aku nak ni

Dibawah aku senaraikan beberapa peranti yang berada dalam senarai pilihan untuk dibeli. Dilemanya aku tak tahu nak pilih yang mana satu............ semuanya aku berkenan



Galaxy Grand



yang ni pun termasuk juga dalam senarai aku




Galaxy Note 2

walaupun note 3 telah pun dilancarkan dan tak lama lagi akan memenhu pasaran di Malaysia tetapi dalam hati aku tetap berkenan dengan note 2.



S4 Zoom

Tapi yang ni paling merajai dihati ............ bagi mengantikan D200 dan D70. Tujuannya senang aku amik gambar .. tak payah pikir nak edit-edit lagi ... yang penting kualiti gambar ok sikit



Belajar buat waffle

Sudah dua hari aku cuti. Aku habiskann cuti ini dengan melepak kat kedai menemani isteri yang berkerja kesorangan setelah pekerja kami berhenti.

Hari ni aku belajar buat waffle sendiri. tengok gambar bawah tu jadik tak waffle yang dibuat oleh aku..... Sapa-sapa nak rasa waffle yang aku buat boleh ke mari....





Binjai yang manis

Terliur melihat binjai yang disusun disebuah gerai tepi jalan memaksa aku hentikan kereta. Bau dia saja dah membuatkan aku meleleh air liur.

"Binjai ni manis" kata tuan empunya gerai.

Setau aku mana ada binjai yang manis........... nama lagi binjai kalu manis dah sah yang itu bukan binjai, kalu kurang masam tu adalah..... Lainlah macam buah celagi manis yang dijual di pasar-pasar tu.

Aku ni gastrik, masam-masam ni kurang sesuai tapi dah disebabkan mengidam terliur yang amat sangat...... aku beli 3 biji...

Balik rumah isteri kupas kulit dan hiris halus-halus......... tabur gula dan garam secukup rasa dan masukkan dalam peti ais.....




Keesokkannya.......hirisan binjai yang sedia untuk dimakan....... fulamak rasanya.... tetap masam.... memang tak sesuai untuk aku, sebabnya selepas itu aku yang sakit perut..... bagi aku lah lagi best kalau dihiris tanpa kulitnya dikupas, tabur gula, garam jangan.... itu selera aku.

Majlis Raya di kelas pra

Ingatkan dah tiada jemputan raya... ada lagi rupanya. Kali ini giliran kelas Pra pula... menarik juga juadah yang disediakan... selamatlah hari ini. tak payah keluar jauh-jauh cari makan tengah hari.



bihun goreng, ketupat rendang, Satay pun ada ......  terimakasih orang kuat majlis ni... yang berkaca mata tu



ohooo.. ada yang tumpang sekaki buat majlis harijadi ni... apa-apa pun selamat harijadi dik..




Bukan satu tapi tiga... tiga kek bermakna tiga orang......  kenapa tak belah yang dua lagi tu dik



jemput makan cikgu...


  

Adik-adik ni hebat .......makan dik kalau tak cukup tambah lagi..




Pemilik blog Cikgulinie.blogspot.com (kiri). Blog dah lama bersawang katanya tak sempat nak update........... sibuk yang teramat memanjang. Apa-apa pun cikgu terima kasihlah kerana jemput aku ni kemari merasa juadah yang cikgu sediakan ..... tahun depan buat lagi dan jemput aku lagi.....



Gambar pagi rabu - menunggu giliran

Bukan sakit pun .... sekadar meminta ubat gastrik, sebab dua tiga hari ni terasa pedih ulu hati.......... puncanya seminggu dua ni makan ikut selera .. tibai macam-macam jenis hidangan ... .. 

Kadang-kadang tu rasa malas nak berpantang kalau dei depan mata pelbagai jenis makanan yang cukup memikat selera....


Check list tugas

Dah bulan September rupanya.... rasa-rasa kejap je .... banyak lagi benda kena buat ni. Walaupun hari ini cuti aku datang juga walau pun sekejap untuk semak apa yang patut dibuat dulu.

Besok ada beberapa perkara yang aku perlu segerakan..... yang telah aku senaraikan seperti.

1.........................................

2..........................................

3.........................................

dan seterusnya ....

selepas checklist ni aku nak balik ..... balik layan dia ni



tapi yang ni mampu buat aku gelak... mulanya aku tengok anak gelak... lepas tu aku join sama....... dan aku tanya anak, pukul berapa dan hari apa dia ni main di tv


Oscar oasis