Khasiat telur gondang


Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya.

Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya.


Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya.

Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan buasir sehingga masuk.. ini hanya rawatan orang tua zaman dahulu.. 

Tidak lebih sebagai perkongsian bersama..


Gambar Hari Rabu #59 - Photography Challenge / Cendawan

Cendawan atau kulat ni ada pelbagai jenis. Ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak boleh dimakan. Photography Challenge untuk cendawan ni sempat pokcik jumpa untuk tiga jenis atau juga dikenali sebagai kulat kukur.. gambar pertama dan dua gambar lagi tu tak pula pokcik ketahui namanya tapi dari jenis yang tidak boleh dimakan. Kalau dimakan juga agak-agaknya berbuih mulut nanti.. 




Bagi mereka yang mengenali dua jenis kulat@cendawan, gambar dibawah ni bolehlah komen.. boleh juga bertukar informasi



Sambutan Raya disekolah

Majlis Sambutan hari raya disekolah pokcik tahun ini agak meriah walaupun diadakan secara sederhana. Menu yang disediakan seperti tahun-tahun lepas, sate dan lemang tidak pernah dilupakan. Tahun ini lagi meriah bila acara karaoke diberi lampu hijau oleh guru besar dan ramailah rakan-rakan menunjuk bakat masing-masing

Seperti biasa, bila setiap kali diadakan apa-apa saja majlis disekolah. Tugas pokcik adalah sebagai jurugambar. Memang banyak pokcik ambil gambar beratus-ratus tapi entah kenapa tahun ini pokcik terlupa untuk bergambar dengan latar belakang yang dihias cantik. Hanya satu sahaja gambar pokcik yang diambil tanpa pokcik sedar oleh sahabat, itu pun bluuurr...

Pokcik kongsikan sedikit gambar acara sambutan majlis raya tahun ini..








Sakit dihari raya..

Raya tahun ini menjadi tidak meriah bagi diri pokcik. Mana tidaknya bila tidak dapat menyambutnya dengan baik, hanya terjelepok diatas tilam. Semuanya adalah kerana alahan pada makanan dan minuman. Pada malam raya pokcik minum susu asli. Terlupa diri ini alahan pada benda tu.

Sedar dipagi raya kepala terasa berat, perut pula terasa sebu dan kawasan dada dan belikat terasa macam penuh angin dengan kepala pula terasa berdenyut dan sakit. Pokcik kena uluran angin yang telah lama pokcik tidak pernah kena seteruk ini. Tiga hari tidak dapat buang air besar.

Kali pertama dalam hidup tidak dapat menunaikan solat sunat aidilfitri, serasa tidak sempurna raya bagi tahun ini. Petang raya keempat barulah keadaan pokcik kembali seperti biasa.


Gambar anak-anak...

Sekadar berkongsi gambar anak-anak pokcik ni... 

Khalis
(Kolej kesihatan bersekutu sungai Buloh - IK)


Hakim
(UiTM Puncak Perdana - sem 2/ Produksi Filem)


Nasrun
(Kolej pembantu perubatan Alor Setar - sem 2 / MA)

Faris
(SMKA Wataniah - Tingkatan 4)

Nur Uzma Safiyah
(SKLK - Tahun6)