Kencing Harimau


Semalam budak J&T datang rumah pokcik dengan satu bungkusan ditangan yang telah dapat dijangka apa kandungannya. Beberapa hari yang lalu pokcik telha membayar cairan kencing harimau sebagai satu alternatif untuk menghalau babi.

Petang semalam pokcik bersama bini telah memetik jagung yang telah masak. Hasilnya tidaklah sebanyak mana hanya separuh guni untuk peringkat awal pungutan. Kalaulah tidak dirosakkan oleh babi rasanya banyak lagi yang dapat dikutip.

Harapan pokcik selepas ini... selepas penggunaan cairan kencing harimau ni babi tidak lagi menganggu. banyak lagi jagung dalam kebun tu tunggu masa untuk dipetik.. Kalau tidak berkesan juga selepas ni pokcik akan beli solar alarm sebagaimana yang disyorkan oleh WP.. 

Vavi sungguh..



Dah dua tiga malam kebun pokcik dimasuki oleh babi. Jagung pokcik banyak yang ditumbangkan olehnya. Buah jagung sudah sebesar lengan sudah kuning isinya.. Hanya tunggu masa untuk masak..

Pagar pun dah baiki tapi masih berjaya dirempuhnya.. 

Bini pokcik dah pesan jangan menyumpah pada babi ni, orang tua tua pesan tak boleh menyumpah dan maki-maki pada babi ni, nanti banyak lagi yang ditumbangkannya.

Vavi sungguh.. 😁

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

 


Jom join Giveaway Ramadhan sahabat blogger kita ni. Simple klik je banner atas tu.

Aduiiilla, kena cerita pula apa impiannya. Pokcik ni dah tua mana ada impian rayanya,. Dah tiga tahun pokcik beraya tak beli baju rayanya pokcik beraya pakai kain  pelikat aje.. tak ada dah impiannya...

Kalau boleh dapatlah anak sulong lelaki pokcik yang kerja dekat KKM Putrajaya tu dan yang lelaki nombor tiga pokcik yang kerja di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar tu dapat beraya kat kampung... Pasti meriah . . 

Katanya tak dapat cuti.. tak cukup korum nampaknya tahun ni, dahlah tahun lepas pun tak penuh korum..

Bini pokcik menginginkan Air Fryer


 sumber dari Lazada

Disuatu hari tu, bini pokcik ada sebut yang dia teringin sangat hendak beli Air Fryer. Entah benda apa yang disebut-sebut oleh bini pokcik bunyi macam asing ditelinga, bila sebutnya bunyi macam hair dryer. 

Pokcik bilang kat bini pokcik tua-tua ni buat apa laginya nakkan hair dryer, biarkanlah rambut tu merembang, pokcik dah tak kesah dah pun. 

Kata bini pokcik "hair dryer ni orang guna buat masak"

"Ini pun satu, mana ada orang guna hair dryer buat masak" pokcik masih tertanya tanya apa yang bini pokcik maksudkan ni.

"ooo, yang ni air fryer" bini pokcik unjukkan henponnya kat pokcik

"Itulah awak ni, kita sebut air fryer yang awak dengar tu hair dryer.

Pokcik tengok air fryer ni kat Lazada, harga taklah mahal mana.. Russel Taylor Air Fryer AF-24 Large 3.8L. 

"Nanti gaji masuk ni kita beli" Lepas ni dah kurang guna minyak masak lagi. Senyum bini pokcik dah sampai ke telinga. Pokcik tengok air fryer ni DISINI


18 Puasa Di Kampung Pisang, langgan tapi belum habis nontonnya.

Sumber Gambar : Facebook Astro Shaw

Pokcik langgan filem arahan Mamat Khalid yang terbaru 18 Puasa Di Kampung Pisang atas permintaan anak-anak. Pokcik baru tengok dalam setengah jam, walaupun menarik tapi mata ini terlalu mengantuk sangat terus tertidur. 

Harap petang ni sambil menunggu waktu berbuka selepas pulang dari sekolah dapatlah pokcik habisi nontonnya. 

Gambar Hari Rabu #74 - Ada sarang dibuah rupanya


Terngendap-ngedap tadi kat pokok pinang hiasan, tengok semacam ada gumpalan kecil rumput-rumput kering pada buah. Rupanya burung pipit tuli yang bersarang kat sini rupanya..

Marhaban ya Ramadhan


Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar baru dalam kehidupan kita.

Ramadhan tahun lepas bermulanya kita menyambut dalam satu situasi yang berbeza dari tahun tahun sebelumnya. 

Alhamdulillah, permulaan Ramadhan kali ini lebih baik dari pengalaman PKP tahun lepas walaupun ada beberapa kawasan yang dikenakan kawalan pergerakan. 


Selamat beramal ibadah. Semoga kita beroleh kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan suci mulia ini.

Semangat yang terbantut

Pagi-pagi lagi pokcik ke kebun dengan membawa mini tiller Ogawa OLT580 yang baru sampai semalam.

Bersemangatnya pokcik sampaikan bini pun pokcik tinggal yang akhirnya sampai bersama dengan bebelan.

Minyak penuh tangki dicampur dengan sedikit 2T. Enjin dihidupkan, bunyi ekzos macam gagah enjinnya. Throttle ditekan rotor berputar sekejap lepas tu.. hmmm..

"tu la, pandai tinggalkan kita kan dah....." kata bini.

Pokcik tengok bini, dahlah kita ni tengah panas campur bengang disoundnya kita begitu jer. Terbantut semangat pokcik pagi ni.

Pokcik ambil cangkul terus pergi gembur tanah, tak ada dah pakai mesin mesin...  cangkul pun cangkul lah..

Unboxing mini tiller Ogawa OLT580


Petang tadi, brader J&T datang bawa satu bungkusan yang pokcik beli dari laman shopee. 

Mini Tiller Ogawa OLT580.. boleh tengok di YouTube pokcik..

Lagi satu, pokcik minta jasa baik dari semua untuk subscribe channel pokcik


 

Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M

Bila ada masa free, jalan-jalan ke blog rakan rakan tengok bila ada rakan-rakan yang buat segmen atau giveaway yang simple pokcik join aje tapi bila disertakan syarat-syarat yang banyak pokcik abaikan. 

jadi jom join segmen bloglist rakan blogger ini .. tekan banner atas tu.

Giveaway Sampul Raya Hipster

Zaman pokcik kecil-kecil dulu, mana ada sampul-sampul isi duit yang cantik macam ni. Zaman kanak-kanak pokcik masa tu akhir 70an kalau jalan-jalan rumah jiran sebelah rumah atau sekampung dapat lah sepuluh sen, dua puluh sen atau lima puluh yang dikira agak besar waktu tu, kalau dapat satu ringgit tu dah kira kaya rumah orang tu. Tak ada sampul sampul raya yang cantik macam ni. Duit raya tu terima ditapak tangan aja.

Ni ada sahabat blogger ni yang nak bagi sampul raya yang cantik, boleh taruh wat koleksi sampul ni. Ada sahabat pokcik yang minat dia kumpul dan simpan bermacam jenis sampul raya. Katanya setiap tahun sampul raya ni ada gaya dan tema yang berlainan, mungkin betul kot kata dia tu. 

Jadi kalau nak jom join Giveaway sahabat blogger ni mana tau kot rezeki boleh simpan satu buat koleksi dan yang banyak banyak tu bagi pada kanak-kana dengan isi duit sekali... 

aahaa jangan bagi sampul kosong kat kanak-kanak tu kesian dia orang.. jom join give away, klik banner bawah



Physalis minima ada dikebun

 


Physalis minima atau juga dikenali sebagai pokok letup banyak tumbuh dikebun pokcik. Pokcik ingat nak buang begitu sahaja tapi ada beberapa sahabat pokcik yang minta jangan dibuang pokok ini kerana katanya banyak khasiat.

Antara khasiatnya untuk strok, darah tinggi kolestrol dan lain-lain lagi. kalau nak tau lebih detail tanya sahaja kat pokcik google bersepah jawaban yang akan muncul nanti.

Cuma satu saja nasihat pokcik kalau nak minum air rebusan akar kayu atau seangkatan dengannya pastikan sukatan air dan akar kayu itu tepat. Kalau terlebih mana tau kot-kot kesannya pergi ke hati kita.



Jual kangkung beli ikan pelata kering


Petang tadi pokcik ke kebun, cabut kangkung dibatas.. Dapatlah 13 ikat, satu ikat pokcik buat 250gram dijual RM1.00.

Rasanya dah lebih murah dari harga pasaran biasa. 13 ikat ni pokcik bawak kedai sayur di kampung, gerai jualan sayur sahabat pokcik. Dia bayar pokcik RM10. 00. Keuntungan dia RM3.00.

RM5.00 dari hasil jualan tu pokcik beli ikan pelata kering.. Dah lama pokcik ngidam pelata kering goreng makan sama ubi kayu rebus..

RM5.00 lagi pokcik masuk dalam poket untuk sarapan esok pagi..

Alhamdulillah, rezeki.. 

Panen maman


Terasa baru je tanam, hari ni dah dapat tuai hasilnya. 4kg tadi pokcik panen maman, lepas bersih akar dan daun terus hantar ke kedai sayur sahabat pokcik.

Sahabat pokcik tanya berapa sekilo harga, yang ni pokcik tak dapat jawab.. Kira situasi menang menang.. Rupanya bukan sahabat pokcik ni yang hendak kan maman ni, emak saudara dia biasa mengusahakan maman jerok untuk dipasarkan.

Sayangnya pokcik tak pandai jerok maman ni, bini pokcik pun tak pandai kalau tidak lagi untunglah.. Lagi manyak masyuk.. Lepas ni dah ada yang tempah.. Mudah-mudahan ada lagi rezeki pokcik..



Pupuk dasar & Bayam


Aktiviti pokcik biasanya selepas solat asar, antara jam 5 petang sehingga jam 6.30 petang. Kalau ada kawan kawan yang mencari pokcik pun di waktu ini, mereka sudah tahu dimana tempat pokcik berada. Bukanya jauh sangat, tak sampai 600 meter dari rumah.

Hari ini pokcik membersihkan najis lembu dan kambing dari kandang sahabat yang bersebelahan dengan kebun. Baja asli sudah tidak menjadi masalah lagi dan bukan jauh untuk mendapatkannya.

Baja asli ini pokcik jadikan baja asas pada batas/bedengan tanaman. Kata sahabat dari seberang, pupuk dasar. Cadangan nanti batas batas yang baru ini akan ditanam dengan bayam.


Bayam 'Red amaranth' pokcik beli dengan harga RM26.00 di kedai pertanian. Berat 500gm, memang cukup banyak benih ni. Benih sebanyak ini bukan untuk sekali tanam. 

Ianya akan di gilir dengan kangkung dan sawi untuk beberapa batas. Bukan untuk dijual secara borong, sekadar memenuhi permintaan dari kedai jualan sayur sekitar dua tiga kampung..

In sha Allah, doakan kejayaan dan keberkatan hasil usaha pokcik.