Rezeki musim hujan...

Rezeki musim hujan. Sekarang ni kat kampung pokcik musim hujan.. air di alor dan air di sawah-sawah mulai mememenuh kata orang sini. Bila air menuh ikan-ikan menjadi galak. Bagi mereka yang rajin ketika inilah ikan darat ini menjadi sumber rezeki sama ada dijadikan sebagai lauk makanan keluarga atau dijual.


Bagi yang tidak alah pada sejuk ketika inilah mereka akan mencari kawasan-kawasan yang dijankgakan menjadi laluan-laluan ikan ini. Termasuk pokcik.. tadi pokcik bersama seorang anak lelaki pokcik memukat kawasan bendang. Satu utas pukat pokcik 'tahan' dikawasan sawah dan satu utas lagi pokcik letakkan dalam alor depan rumah.

Alhamdulillah, petang tadi bila diangkat pukat dua utas tu dapatlah beberapa ikan puyu, haruan, ikan kawan dan lampam merah.Bila balik ke rumah tengok-tengok kat dapur isteri pokcik bawa balik kulat sisir atau cendawan kukur. Isteri pokcik kata, cari kat belakang rumah aje... tak jauh pun..


Alhamdulillah,  itulah rezeki namanya kan bila kita rajin bukan susah mana pun nak makan.. Malam ni keluarga pokcik meriah makan, cukup berselera makan. Dari satu pinggan kedua dan ketiga pinggan.. pokcik makan malam ni..

Ikan puyu bakar tawar cicah budu, kulat sisir goreng dan ikan haruan gulai kadok... fuuh.. terangkat beb menu malam ni..

Patah balik

Hujan lebat sudah beberapa hari melanda daerah pokcik. Cuaca yang seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk sekitar daerah sini dan juga negeri di pantai timur bila masuk sahaja bulan November dan Disember. Itu tandanya banjir akan melanda dikawasan yang rendah.

Tadi pagi, pokcik ke sekolah. Hanya beberapa meter sahaja dari kawasan sekolah. Air telah melimpahi jalan, pada anggaran pokcik tentu airnya baru sahaja surut. Pokcik memandu kereta mengharung air dan sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah. 

Abang  Jaga ekolah, sahabat pokcik datang dan meminta pokcik patah balik kerana  paras air makin meningkat. Akur dengan saranannya, pokcik patah balik.

Petang tadi, dari group whatsapp pokcik terima sekeping gambar dari sahabat, keadaan air yang melimpahi jalan ke sekolah pokcik.

Musim banjir melanda, jadi berhati-hatilah... awasi anak anda (ingatan untuk pokcik sendiri). Untuk sahabat-sahabat blogger, dimusim hujan ini berhati-hatilah semasa memandu. 



Gambar dari group Whatsapp

Hari terbuka perpustakaan awam..

Hari Terbuka Perpustakaan Awam Jerteh diadakan pada pagi tadi.  Sungguh seronok menyertai program-pogram seperti ini. Kali pertama pokcik menyertai Pertandingan Musang Berjanggut walaupun tidak mendapat tempat pertama hingga ketiga tetapi tetap dapat hadiah,... hadiah saguhati.
 

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari terbuka tadi ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, dekorasi kek, gubahan tuala dan pertandingan bercerita. 

Walaupun ditempat pokcik sekarang ini hujan lebat melanda kehadiran keluarga kelab tetap meriah.






Anak perempuan bongsu pokcik pula mendapat hadiah bagi Kategori Perdana iaitu Peminjam Buku Kanak-kanak Paling Aktif 2017.



Sis Gee First Giveaway

http://www.sisgee.com/2017/11/sis-gee-first-giveaway.html

Jom pakat  join giveaway ni.. 
hadiah dia macam yang tertera dibawah

2 x hadiah ke dua
1 Fridge Magnet Penyu
1 Keychain 
Dimasukkan dalam bloglist

10 x blogger bertuah
Dimasukkan dalam bloglist Blog Sis Gee

TARIKH GIVEAWAY :

24 November 2017
hingga
12 Disember 2017

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam otak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.k


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/

Majlis Persaraan GPKP

Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Mat Saud b. Abdullah sekolah pokcik berlangsung semalam. Beliau bersara pilihan diusia 58 tahun. Mula menjawat jawatan sebagai penjawat awam, guru pada tahun 1982. Tempat pertama beliau bertugas adalah disekolah ini dan tempat terakhir beliau sebagai guru juga disekolah ini.

Sebagai seorang 'tukang gambar', tidak boleh lari pokcik kena rakam detik bersejarah majlis ini sebagai kenangan sekolah dan juga kenangan abadi GPKP sebagaimana permintaan beliau. Setiap detik tidak terabai, pokcik kongsi sedikit disini untuk tatapan bersama..








Hari Anugerah Kecemerlangan 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 disekolah tempat pokcik bertugas berlangsung semalam. Dalam kesibukan dengan tugas-tugas semalam tak sempat nak update cerita ini. 

Tugas pokcik sebagai jurugambar dan jawatankuasa dokumentasi majlis disekolah, harus memastikan setiap detik dirakam sebaik mungkin. Memastikan setiap wajah rakan terakam. Pernah sekali pokcik ditegur oleh seorang rakan guru difacebook bila wajah dia tidak dirakam terlibat dalam acara tersebut sedangkan beliau seorang yang berkerja keras disebalik majlis tersebut.

Apa yang pokcik mampu katakan, bila dia tiba-tiba hilang dari radar pokcik pada hari tersebut.

Kali ini pokcik nak kongsikan beberapa keping gambar kemeriahan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 sekolah pokcik yang berlangsung semalam.  


Sebahagian pelajar penerima kecemerlangan akademik 
dan kedudkan terbaik dalam kelas.


 Sebahagian pelajar  Prasekolah menerima sijil  dan cenderahati.
 

Pelajar Ikon
 

Sebahagian ibubapa pemenang cabutan bertuah

 

Gambar-gambar dibawah, peristiwa yang berlaku 
di Hari Anugerah Anugerah Kecemerlangan 2017 










22 November pokcik akan menjadi jurugambar bagi Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran. Pokcik bertugas dengan beliau dah agak lama, bermula pertengahan Ogos 2008. Beliau bersara pilihan diusia 58 tahun. Tarikh persaraan beliau pada 1 Januari 2018 dan majlis diadakan awal kerana selepas ini sekolah bercuti. Nantikan momen menarik peristiwa tersebut dari pokcik.

Hadiah kecemerlangan


Bukan main gembira anak perempuan bongsu pokcik ni. Dari awal lagi dia minta pokcik datang pada majlis hari kecemerlangan yang diadakan disekolahnya. 

Anak pokcik ni dapat nombor satu didalam kelas dan juga terbaik bagi matapelajaran matematik dan jawi. Pokcik ambil cuti hari ini bagi, kalau tak pergi kesian anak-anak kan. Kejayaan anak-anak perlu diraikan, memberikan penghargaan kita atas kejayaan mereka.  Anak-anak yang tidak berjaya juga perlu diraikan dan diberi penghargaan sama.

Gambar Hari Rabu #38 - Gambar cameraman


Setiap kali ada majlis disekolah, pokcik ditugaskan merakamkan setiap detik acara yang berlangsung. Sentiasa dilantik sebagai Jawatankuasa Dokumentasi sekolah.

Dah minatkan... kalau dulu tahun 90an, pokcik guna kamera filem. bayangkan masa tu dapat tempahan untuk ambil gambar majlis kahwin bukan main gembira. Waktu tu tak ramai yang pakai kamera sebab kosnya yang mahal.

Tapi sekarang ni pokcik dah pencen.. tahun 2013 pokcik pencen, banyak menolak tempahan untuk majlis kahwin. Dah tak larat. Lagi pun mata tidak setajam waktu muda dahulu. Lagi lagi pokcik malas nak menggunakan masa yang banyak untuk mengedit gambar.

Pokcik suka seperti sekarang, bebas merakam gambar secara percuma sekadar untuk keseronokan... Janji hati bahagia..

Majlis Jamuan Akhir Tahun

Kejadian berlaku jam 2.00 petang tadi. Rasanya ini merupakan kali kedua sekolah pokcik mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun di Isma Cafe, kalau tidak silap pokcik sebelum ini di tahun 2012.

Sebenarnya pokcik pun bukan nak cerita banyak cuma nak kongsi banyak keping gambar. Biar gambar berbicara. Kalau ikutkan hati rasanya banyak yang pokcik nak letak kat sini. Rasanya cukuplah tu..





















Giveaway Bday Anum 2017

Giveaway 13.11.2017 dan berakhir pada 24.11.2017.
jom join giveaway ni..

Majlis Khatam Al-Quran



Pagi ini, menemani dan mengiringi anak  perempuan  bongsu ke Majlis  Al-Quran pelajar KAFA negeri Terengganu 2017 yang diadakan  di Dewan Merdeka Kota Putera  Square, Besut..

Sudah tiga kali menemani anak ke majlis khatam  Al-Quran dan kali pertama menjejaki kaki ke dewan ini. Sebelum ini hanya memandang dari dalam kereta 



Sampai tadi  masih awal. Jam 7.30 pagi, datang awal ke majlis seperti  ini biasalah bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.  Sampai sini pun orang belum ramai.

Tidak seperti tahun sebelum ini. Kali ini pokcik masuk dewan.. terasa ingin turut sama membaca dan melancarkan lagi  bacaan Al-Quran.. Semuga dipermudahkan segala urusan.