Sesekali singgah juga Pokcik ke blog rakan-rakan blogger. Dalam dunia blog yang semakin sunyi ini, masih ada sahabat yang rajin menulis, berkongsi cerita dan menganjurkan aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama blogger.
Kali ini Pokcik terpandang satu hebahan menarik daripada rakan blogger SR melalui blog Syazni Rahim. Beliau sedang menganjurkan satu giveaway khas untuk rakan-rakan blogger Malaysia.
Hadiah yang ditawarkan pun menarik juga. Tiga orang pemenang bertuah bakal membawa pulang kredit TNG eWallet seperti berikut:
- Tempat pertama: RM50
- Tempat kedua: RM30
- Tempat ketiga: RM20
Pokcik pun tidak mahu ketinggalan. Mana tahu ada rezeki Pokcik kali ini. Kalau dapat RM50, bolehlah tambah nilai TNG eWallet. Sedikit sebanyak dapat juga meringankan belanja perjalanan.
Bagi Pokcik, menyertai giveaway begini bukan semata-mata kerana hadiah. Lebih daripada itu, ia menjadi satu ruang untuk kita saling mengenali dan menghidupkan kembali suasana dunia blogging yang pernah meriah suatu ketika dahulu.
Kepada rakan-rakan blogger yang berminat, bolehlah turut serta. Syarat penyertaan pun mudah sahaja.Jangan lupa singgah ke blog penganjur untuk membaca syarat penyertaan dengan lebih lanjut.
Blog penganjur: https://www.syaznirahim.com/2026/11/giveaway-sr-saya-nak-tng-ewallet.html
Semoga ada rezeki buat Pokcik dan juga rakan-rakan blogger yang turut serta.Rezeki itu rahsia Allah. Kita mencuba, selebihnya kita serahkan kepada-Nya. Selamat berjaya kepada semua peserta!

Ulasan