Mini Tiller Ogawa OLT580 - memudahkan kerja-kerja berkebun

 

Beberapa bulan yang lalu pokcik ada beli mesin pengembur tanah/Mini tiller jenama Ogawa OLT580. Pokcik pun ada bercerita tentang Unboxing mesin ni DISINI, lepas unboxing tu memang tak boleh guna pun mesin tu, rotor tidak berputar... 

Kecewa pokcik, mana tidaknya beli ratus ratus, hampir tiga bulan pokcik tidak menyentuhnya.. kerja buat mengembur tanah semuanya pokcik lakukan secara manual.. semuanya pakai cangkul. Penat cukup penat, betul-betul berpeluh..  nak disiapkan satu batas hampir sepuluh kali berhenti, paling-paling panjang pun tujuh meter lebar satu meter lebih kurang..

Dua hari lepas tergerak hati pokcik untuk melihat dan memeriksa kembali, macam tikus tengok besi, Pokcik ni bukan pandai pun baiki mesin-mesin ni.. memang tiada ilmu pun. pokcik ambil spanar  buka situ bukan sini, ambil skrew pasangkan kembali kat tempat asal. Sudah pasang balik pokcik hidupkan enjin.. berfungsi baik tapi rotor tetap tidak berfungsi.. kecewa rasa hati.. terduduk pokcik.. tiba-tiba terpandang satu skrew berada diatas tanah.. alahai kat mana pula nak letak skrew ni... rupa-rupanya ada satu skrew yang pokcik lupa nak letak dekat tempatnya..

Siap pasangkan skrew pokcik hidupkan balik enjinnya tapi rotor masih tidak berfungsi. Rasa kecewa rasa nak marah bercampur, pokcik dah nekad kali ni aku campak je mesin ni dalam api dan beli saja yang baru ... baru puas hati... pokcik matikan enjin dan terus hantuk mesin tu dekat pokok dokong kena pada mata bajak dan pokcik tinggal kat situ je mesin tu..

lebih kurang sepuluh minit, bila kemarahan dan reda sedikit pokcik datang balik dan hidupkan enjin terus tekan throttle,.. terasa seperti hendak melompat gembira pokcik bila rotor tiba-tiba berputar dengan elok.. nasib baiklah tadi tidak dicampakkan ke dalam api tempat pembakaran sampah..

Sehari dua ni mood berkebun pokcik kembali, gembur tanah buat batas untuk tanam kangkong, bayam sawi.. pendek kata tanah menjadi lebih halus dan mempercepatkan kerja buat pokcik...

Nasihat pokcik... kalau jentera atau mesin anda ada masalah boleh pakai ilmu pokcik..🤣😂





Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah

 


Alhamdulillah masih sempat join lagi Giveaway ni. Tarikh Giveaway ni berlangsung dari 1 Jun 2021 hingga 20 Jun 2021. Tu lah pokcik ni sibuk kekadang terlupa nak update blog dan tiada cerita yang nak dokongsi disini. Jadi bila ada segmen atau giveaway yang simple pokcik join sekurang-kurangnya bernafas lagi blog pokcik ni

Masih boleh lagi kalau ingin sertai...klik banner atas tu..

GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious

 

Hari ini pokcik bagi sokongan dekat sahabat blogger yang mengadakan giveaway. Nampak sedap sambal ni, kalau terpilih dapat merasa ni. Pokcik ni memang suka sangat makan sambal bilis berserta nasi. Teringat satu kisah semasa pokcik mengadakan satu ekspedisi kalau tidak salah dalam tahun 2006, iaitu ekspedisi yang kami namakan sebagai XPDisi Jejak Mat Kilau. 

Beberapa hari sebelum bertolak, pokcik meminta bini pokcik buat sambal bilis. Sambal bilis ini tahan lama dan ekspedisi pokcik ini memerlukan kami trekking hutan dan bukit bukau selama lima hari bermula dari Sungai Trenggan, Terengganu ke Kampung Gusai Ulu Tembeling Pahang.

Dah lari tajuk pokcik ni, apa-apa pun jom join giveaway ni syaratnya mudah..

 1. Membuat posting bertajuk GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious dengan     memuat naik gambar banner dan membuat pautan ke entri ini,

2. Like halaman Facebook d' SAMBAL licious (pilihan tanpa paksaan), dan

3. Tinggalkan pautan blog anda mengenai giveaway ini di ruangan komen.

Senang bukan? Bukan sukar pun....

Apa hadiahnya?

3 orang akan dipilih untuk menerima hadiah istimewa berupa sebotol Sambal Bilis Pedas oleh d' SAMBAL licious. Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan aplikasi berkaitan.

Korang kalau nak join sila tekan banner ye....

Gambar Hari Rabu #77 - Ini je yang tinggal



Tak banyak yang biskut dan kerepek yang dibeli pada raya tahun ni.. Hari raya ketujuh ni je yang tinggal.. ..

'NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

 


Bila ada rakan-rakan blogger yang buat segmen @ giveaway yang ringkas dan mudah pokcik suka join.. bagi support pada dia orang dah tumpang tuah dia orang.. Kali ini pokcik join yang ni pula.. klik banner atas tu..

Pokcik pening juga nak pilih hadiah kategori mana, last pokcik ambil kategori dua walaupun nampak sukar tapi menarik, pokcik yang tu..

eeh.. eh.. pokcik pun ada youtube tau, boleh tolong subscribe pokcik punya tau DISINI.

Terima kasih ya, kalau dah subscribe..



Raya PKP



Pagi-pagi lagi dihari raya kedua pokcik dah ke kebun... kemana hala lagi yang nak dituju.. nak ke rumah jiran, ke nak sana nak ke sini mana boleh pergi sekarang.. sekarang ni kan PKP.

Tiada ketupat tiada lemang yang dibawa.. hanya mesin rumput dan minyak petrol berserta sebotol air minuman... Disinilah raya pokcik dihari kedua.. PKP (Projek Kebun Pisang). 

Alhamdulillah atas tu gambar sebahagian dari 1000 pokok pisang yang ditanam, tidak semuanya hidup adalah beberapa pokok yang mati.

Salam raya dari pokcik

Maaf zahir batin


Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin untuk rakan dan pembaca.. Alhamdulillah walaupun PKP tapi tetap beraya... 

Beraya cara kita.. Rasanya mana mana tempat rayanya hampir sama.. Lepak depan.. Kuih raya kita beli kita yang makan, kita buat kita juga yang makan.. 😁

Tahun ni, seorang anak pokcik iaitu yang sulong tidak dapat beraya bersama.. Frontliner..  Semoga Covid19 cepat berlalu..

Doa ku untuk saudara saudara ku digaza.. 

"1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021"

 


Meraikan rakan blogger SA.. Jom support..

Pokcik nak ucapkan selamat menyambut hari lahir.. semoga dikurniakan kesihatan yang baik dipemudahkan segala urusan dunia dan akhirat.. akhir sekali selamat hari raya aidilfitri dan berPKP

Hasil dari hobi berkebun sayur di bulan puasa


Puasa tetap puasa, aktiviti di kebun dikurangkan sedikit.. Hanya kerja kerja yang tidak menggunakan tenaga berlebihan dilakukan seperti kerja merumput.

Dalam bulan puasa ni permintaan kangkung pokcik laju..  terutama dari jiran jiran dan kedai-kedai berdekatan..

Hari ini atas permintaan, 60 ikat kangkung pokcik terjual.. RM1.00 seikat jadi dapatlah RM60.00, bolehlah buat beli lauk dan kuih untuk berbuka puasa..

Hasil dari hobi berkebun sayur

Kencing Harimau


Semalam budak J&T datang rumah pokcik dengan satu bungkusan ditangan yang telah dapat dijangka apa kandungannya. Beberapa hari yang lalu pokcik telha membayar cairan kencing harimau sebagai satu alternatif untuk menghalau babi.

Petang semalam pokcik bersama bini telah memetik jagung yang telah masak. Hasilnya tidaklah sebanyak mana hanya separuh guni untuk peringkat awal pungutan. Kalaulah tidak dirosakkan oleh babi rasanya banyak lagi yang dapat dikutip.

Harapan pokcik selepas ini... selepas penggunaan cairan kencing harimau ni babi tidak lagi menganggu. banyak lagi jagung dalam kebun tu tunggu masa untuk dipetik.. Kalau tidak berkesan juga selepas ni pokcik akan beli solar alarm sebagaimana yang disyorkan oleh WP.. 

Vavi sungguh..



Dah dua tiga malam kebun pokcik dimasuki oleh babi. Jagung pokcik banyak yang ditumbangkan olehnya. Buah jagung sudah sebesar lengan sudah kuning isinya.. Hanya tunggu masa untuk masak..

Pagar pun dah baiki tapi masih berjaya dirempuhnya.. 

Bini pokcik dah pesan jangan menyumpah pada babi ni, orang tua tua pesan tak boleh menyumpah dan maki-maki pada babi ni, nanti banyak lagi yang ditumbangkannya.

Vavi sungguh.. 😁

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

 


Jom join Giveaway Ramadhan sahabat blogger kita ni. Simple klik je banner atas tu.

Aduiiilla, kena cerita pula apa impiannya. Pokcik ni dah tua mana ada impian rayanya,. Dah tiga tahun pokcik beraya tak beli baju rayanya pokcik beraya pakai kain  pelikat aje.. tak ada dah impiannya...

Kalau boleh dapatlah anak sulong lelaki pokcik yang kerja dekat KKM Putrajaya tu dan yang lelaki nombor tiga pokcik yang kerja di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar tu dapat beraya kat kampung... Pasti meriah . . 

Katanya tak dapat cuti.. tak cukup korum nampaknya tahun ni, dahlah tahun lepas pun tak penuh korum..

Bini pokcik menginginkan Air Fryer


 sumber dari Lazada

Disuatu hari tu, bini pokcik ada sebut yang dia teringin sangat hendak beli Air Fryer. Entah benda apa yang disebut-sebut oleh bini pokcik bunyi macam asing ditelinga, bila sebutnya bunyi macam hair dryer. 

Pokcik bilang kat bini pokcik tua-tua ni buat apa laginya nakkan hair dryer, biarkanlah rambut tu merembang, pokcik dah tak kesah dah pun. 

Kata bini pokcik "hair dryer ni orang guna buat masak"

"Ini pun satu, mana ada orang guna hair dryer buat masak" pokcik masih tertanya tanya apa yang bini pokcik maksudkan ni.

"ooo, yang ni air fryer" bini pokcik unjukkan henponnya kat pokcik

"Itulah awak ni, kita sebut air fryer yang awak dengar tu hair dryer.

Pokcik tengok air fryer ni kat Lazada, harga taklah mahal mana.. Russel Taylor Air Fryer AF-24 Large 3.8L. 

"Nanti gaji masuk ni kita beli" Lepas ni dah kurang guna minyak masak lagi. Senyum bini pokcik dah sampai ke telinga. Pokcik tengok air fryer ni DISINI


18 Puasa Di Kampung Pisang, langgan tapi belum habis nontonnya.

Sumber Gambar : Facebook Astro Shaw

Pokcik langgan filem arahan Mamat Khalid yang terbaru 18 Puasa Di Kampung Pisang atas permintaan anak-anak. Pokcik baru tengok dalam setengah jam, walaupun menarik tapi mata ini terlalu mengantuk sangat terus tertidur. 

Harap petang ni sambil menunggu waktu berbuka selepas pulang dari sekolah dapatlah pokcik habisi nontonnya. 

Gambar Hari Rabu #74 - Ada sarang dibuah rupanya


Terngendap-ngedap tadi kat pokok pinang hiasan, tengok semacam ada gumpalan kecil rumput-rumput kering pada buah. Rupanya burung pipit tuli yang bersarang kat sini rupanya..

Marhaban ya Ramadhan


Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar baru dalam kehidupan kita.

Ramadhan tahun lepas bermulanya kita menyambut dalam satu situasi yang berbeza dari tahun tahun sebelumnya. 

Alhamdulillah, permulaan Ramadhan kali ini lebih baik dari pengalaman PKP tahun lepas walaupun ada beberapa kawasan yang dikenakan kawalan pergerakan. 


Selamat beramal ibadah. Semoga kita beroleh kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan suci mulia ini.

Semangat yang terbantut

Pagi-pagi lagi pokcik ke kebun dengan membawa mini tiller Ogawa OLT580 yang baru sampai semalam.

Bersemangatnya pokcik sampaikan bini pun pokcik tinggal yang akhirnya sampai bersama dengan bebelan.

Minyak penuh tangki dicampur dengan sedikit 2T. Enjin dihidupkan, bunyi ekzos macam gagah enjinnya. Throttle ditekan rotor berputar sekejap lepas tu.. hmmm..

"tu la, pandai tinggalkan kita kan dah....." kata bini.

Pokcik tengok bini, dahlah kita ni tengah panas campur bengang disoundnya kita begitu jer. Terbantut semangat pokcik pagi ni.

Pokcik ambil cangkul terus pergi gembur tanah, tak ada dah pakai mesin mesin...  cangkul pun cangkul lah..

Unboxing mini tiller Ogawa OLT580


Petang tadi, brader J&T datang bawa satu bungkusan yang pokcik beli dari laman shopee. 

Mini Tiller Ogawa OLT580.. boleh tengok di YouTube pokcik..

Lagi satu, pokcik minta jasa baik dari semua untuk subscribe channel pokcik


 

Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M

Bila ada masa free, jalan-jalan ke blog rakan rakan tengok bila ada rakan-rakan yang buat segmen atau giveaway yang simple pokcik join aje tapi bila disertakan syarat-syarat yang banyak pokcik abaikan. 

jadi jom join segmen bloglist rakan blogger ini .. tekan banner atas tu.

Giveaway Sampul Raya Hipster

Zaman pokcik kecil-kecil dulu, mana ada sampul-sampul isi duit yang cantik macam ni. Zaman kanak-kanak pokcik masa tu akhir 70an kalau jalan-jalan rumah jiran sebelah rumah atau sekampung dapat lah sepuluh sen, dua puluh sen atau lima puluh yang dikira agak besar waktu tu, kalau dapat satu ringgit tu dah kira kaya rumah orang tu. Tak ada sampul sampul raya yang cantik macam ni. Duit raya tu terima ditapak tangan aja.

Ni ada sahabat blogger ni yang nak bagi sampul raya yang cantik, boleh taruh wat koleksi sampul ni. Ada sahabat pokcik yang minat dia kumpul dan simpan bermacam jenis sampul raya. Katanya setiap tahun sampul raya ni ada gaya dan tema yang berlainan, mungkin betul kot kata dia tu. 

Jadi kalau nak jom join Giveaway sahabat blogger ni mana tau kot rezeki boleh simpan satu buat koleksi dan yang banyak banyak tu bagi pada kanak-kana dengan isi duit sekali... 

aahaa jangan bagi sampul kosong kat kanak-kanak tu kesian dia orang.. jom join give away, klik banner bawah



Physalis minima ada dikebun

 


Physalis minima atau juga dikenali sebagai pokok letup banyak tumbuh dikebun pokcik. Pokcik ingat nak buang begitu sahaja tapi ada beberapa sahabat pokcik yang minta jangan dibuang pokok ini kerana katanya banyak khasiat.

Antara khasiatnya untuk strok, darah tinggi kolestrol dan lain-lain lagi. kalau nak tau lebih detail tanya sahaja kat pokcik google bersepah jawaban yang akan muncul nanti.

Cuma satu saja nasihat pokcik kalau nak minum air rebusan akar kayu atau seangkatan dengannya pastikan sukatan air dan akar kayu itu tepat. Kalau terlebih mana tau kot-kot kesannya pergi ke hati kita.



Jual kangkung beli ikan pelata kering


Petang tadi pokcik ke kebun, cabut kangkung dibatas.. Dapatlah 13 ikat, satu ikat pokcik buat 250gram dijual RM1.00.

Rasanya dah lebih murah dari harga pasaran biasa. 13 ikat ni pokcik bawak kedai sayur di kampung, gerai jualan sayur sahabat pokcik. Dia bayar pokcik RM10. 00. Keuntungan dia RM3.00.

RM5.00 dari hasil jualan tu pokcik beli ikan pelata kering.. Dah lama pokcik ngidam pelata kering goreng makan sama ubi kayu rebus..

RM5.00 lagi pokcik masuk dalam poket untuk sarapan esok pagi..

Alhamdulillah, rezeki.. 

Panen maman


Terasa baru je tanam, hari ni dah dapat tuai hasilnya. 4kg tadi pokcik panen maman, lepas bersih akar dan daun terus hantar ke kedai sayur sahabat pokcik.

Sahabat pokcik tanya berapa sekilo harga, yang ni pokcik tak dapat jawab.. Kira situasi menang menang.. Rupanya bukan sahabat pokcik ni yang hendak kan maman ni, emak saudara dia biasa mengusahakan maman jerok untuk dipasarkan.

Sayangnya pokcik tak pandai jerok maman ni, bini pokcik pun tak pandai kalau tidak lagi untunglah.. Lagi manyak masyuk.. Lepas ni dah ada yang tempah.. Mudah-mudahan ada lagi rezeki pokcik..



Pupuk dasar & Bayam


Aktiviti pokcik biasanya selepas solat asar, antara jam 5 petang sehingga jam 6.30 petang. Kalau ada kawan kawan yang mencari pokcik pun di waktu ini, mereka sudah tahu dimana tempat pokcik berada. Bukanya jauh sangat, tak sampai 600 meter dari rumah.

Hari ini pokcik membersihkan najis lembu dan kambing dari kandang sahabat yang bersebelahan dengan kebun. Baja asli sudah tidak menjadi masalah lagi dan bukan jauh untuk mendapatkannya.

Baja asli ini pokcik jadikan baja asas pada batas/bedengan tanaman. Kata sahabat dari seberang, pupuk dasar. Cadangan nanti batas batas yang baru ini akan ditanam dengan bayam.


Bayam 'Red amaranth' pokcik beli dengan harga RM26.00 di kedai pertanian. Berat 500gm, memang cukup banyak benih ni. Benih sebanyak ini bukan untuk sekali tanam. 

Ianya akan di gilir dengan kangkung dan sawi untuk beberapa batas. Bukan untuk dijual secara borong, sekadar memenuhi permintaan dari kedai jualan sayur sekitar dua tiga kampung..

In sha Allah, doakan kejayaan dan keberkatan hasil usaha pokcik. 

Gambar Hari Rabu #72 - Pisang Ayam


Ditempat pokcik, pisang ni lebih dikenali sebagai pisang ayaman.. Tempat anda bagaimana? 

Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com

 


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2021 di MiaLiana.com bermula pada 11.00 pagi 30/3/2021 sehingga 11.00 pagi 31/3/2021. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2021.

** jom support Mia Liana....

Pertumbuhan anak jagung tidak sekata


Pada awal membuat projek kebun pisang ini, tanaman jagung tidak termasuk dalam perancangan. Semuanya bermula bila pokcik lihat ada ruang kosong yang luas diantara batas pisang ke pisang. Jadi timbullah idea untuk mengisi ruang yang kosong itu dengan tanaman jagung.

Lagi pun jangka masa hayat jagung lebih singkat dari awal penanaman hingga ke waktu tuaiannya(panen) iaitu tidak sampai pun sembilan puluh hari berbanding pisang yang melebihi sembilan bulan.

Dengan tiada jangkaan kemarau yang akan melanda dan tanpa persediaan sistem penyiraman air pokcik teruskan tanaman jagung. Dua kilogram benih ditanam dengan menggunakan mesin planter.. Mempercepatkan proses tanam/tugal benih.


Tiga minggu tiada hujan sebaik sahaja selesai tugal benih menyebabkan benih tumbuh tidak sekata. Untuk menyediakan sistem penyiraman air satu masalah pula yang timbul, penantian dan pencarian backhoe pula menjadi sebab lambatnya penggalian telaga. Selepas kolam digali dua hari pula untuk menyusahkan sistem sprinkler.. 


Kegagalan penyiraman air menyebabkan pertumbuhan jagung tidak seragam. Ada beberapa tempat jagung begitu subur dan beberapa tempat lagi terbantut pembesaran.

Beberapa hari terkini hujan lebat menimpa bumi. Jagung pokcik galak menghijau.. Alhamdulillah, doakan keberhasilan pokcik.. 

Bulan 15 Syaaban


Gambar bulan diatas dirakam dari lensa kamera pokcik dari depan laman rumah. 

Dimalam nisfu Syaaban ni, marilah kita sama-sama pertingkatkan amal ibadah kita.. dah tak lama dah kita nak puasa ni

Rahmat Allah S.W.T. turun ke bumi pada malam nisfu Syaaban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa syirik dan orang yang dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan)” HR al-Baihaqi

Sesumpah



Kalau tempat pokcik sesumpah ni orang sebut sebagai 'pok kor'. Tak kira jantan ke betina ke tetap disebut sebagai pok kor, tak pula disebut betina tu sebagai mok kor. 

Seperti katak juga, jantan dan betinanya tetap disebut sebagai 'pok katak'. 

Sarapan dikebun




Pulut gaul nyior bersama ikan selayang rebus yang digoreng, itulah sarapan pokcik di kebun pagi tadi. 

Pagi tadi awal awal lagi pokcik telah ke kebun. Bini pokcik kat dapur belum siap lagi tanak pulut. Lebih kurang sejam lepas tu dia datang bawa sarapan ni. 

Kat kebun ni kan, bawa makanan apa sahaja cukup berselera dimakan. Lebih lebih lagi kalau bawa nasi bersama budu dan ulaman, feveret pokcik bertambah lah makan nya.. 
 

Gambar hari rabu #71 - maman & kangkong

 


Kat kawasan pokcik ni, benih kangkung tu mudah nak dapatkan tapi benih maman tu yang susah nak jumpa.

Maman ini pokcik beli di shopee, kata rakan pokcik di shopee ni serba ada, taip jer benda yang dikehendaki. Pasti dapat.. Cadang pokcik hendak buat benih dulu, lepas ni tanam banyak banyak buat jerok dan jual... 

Projek Kebun Pisang

Diam tak diam, dah hampir lima bulan blog ini tiada sebarang kisah yang terpapar. Banyak cerita yang hendak dikongsi tapi disebabkan kepenatan badan, otak tidak kreatif untuk berfikir.  

Hari minggu dan cuti pula digunakan sepenuhnya untuk berkebun dengan projek baru, kebun pisang seluas 3 ekar. Setakat ini telah pun ditanam dengan 600 batang anak pisang bercampur campur jenisnya. 

Makhluk perosak hanyalah masalah kecil yang boleh diatasi, masalah yang paling besar berlaku disekitar sini ialah pisang yang kita tanam dijual oleh orang lain (kecurian)... semoga usaha pokcik ini mendapat keberkatan..