Projek Kebun Pisang

Diam tak diam, dah hampir lima bulan blog ini tiada sebarang kisah yang terpapar. Banyak cerita yang hendak dikongsi tapi disebabkan kepenatan badan, otak tidak kreatif untuk berfikir.  

Hari minggu dan cuti pula digunakan sepenuhnya untuk berkebun dengan projek baru, kebun pisang seluas 3 ekar. Setakat ini telah pun ditanam dengan 600 batang anak pisang bercampur campur jenisnya. 

Makhluk perosak hanyalah masalah kecil yang boleh diatasi, masalah yang paling besar berlaku disekitar sini ialah pisang yang kita tanam dijual oleh orang lain (kecurian)... semoga usaha pokcik ini mendapat keberkatan..














1 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Semoga setiap usaha dipermudahkan.
Cabaran untuk sabar dan memaafkan itu berat sangat sebenarnya lebih-lebih lagi bila orang lain cuma ambil hasilnya. Sedih.