Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Resipi etak tumis

Malam ni pokcik masak lagi... kali ini etak tumis, yang menariknya etak ni bukan yang dibeli dimana-mana kedai tapi adalah hasil dari carian anak-anak lelaki pokcik.... tambah menyeronokkan abang-abang ni kerana etak tumis ini merupakan makanan kegemaran anak perempuan pokcik.. bercerita tentang etak ni, pokcik dah bercdang dengan isteri pada jumaat nanti ingin ke sungai sana.... Lubuk Besi untuk sama-sama mencari etak. Sebagaimana yang dicerita oleh anak pokcik sekarang ni telah ramai orang yang kesana, siap bawa satu keluarga berkelah sambil mencari etak.... teringin sangat pokcik... dah lama pokcik tak buat aktiviti ni. Berbalik pada tumis etak ni pokcik buat simple aje... ala-ala kadar gitu. Lagi pun pokcik ni bukannya pandai sangat bab-bab masak ni cuma pokcik buat ikut selera pokcik. bahan-bahannya pun simple.... semuanya secukup rasa. 1.    Etak 5 atau enam gelas..... pokcik kira berdasarkan sukatan         gelas. ...

Rasa berkenan sangat

Memang pokcik rasa berkenan sangat lah dengan produk Slice O Matic ni, memandangkan pokcik ni terkadang suka juga masuk ke dapur tolong isteri masak memasak.. Rasanya sekarang ni lebih banyak masa pokcik berada didapur berbanding isteri.. lainlah bila tiba hari Jumaat... barulah isteri ada masa yang banyak di dapur. Pokcik bukannya apa kesian kat isteri yang menguruskan kedai kat bandar sana... pokcik ni kerja kerajaan lainlah masa... pokcik masa kerja habis pukul 4.30 petang atau pun jam 5.00 sementara isteri pula tutup kedai jam 6.50 petang... kesiankan penatnya dia.  Pokcik nak ambil ' pembantu' dia tak nak, siap dimarahinya pula... iyalah kan senang kalau ada pembantu taklah penat sangat diakan. Bolehlah bantu-bantu pokcik ni kat rumah..hee...hee.. Berbalik pada Slice O Matic tadi.... sebenarnya pokcik jumpa pusatborong.com masa google barang-barang dapur... bila tengok benda ni dah rasa berkenan sangat... tentang harga tu pokcik rasa ok dah.. kira kategori...

Bertambah ahli keluarga

Hari ni bertambah lagi ahli keluarga pokcik...subuh tadi Mok Teh... kucing peliharaan kesayangan dan buah hati anak pokcik selamat melahirkan dua ekor anak.... comel-comel anaknya.. Lebih mengembirakan hati bila itik muscovy pokcik siap keluar dari tempat mengeram dengan 18 ekor anak. Nampaknya rezeki pokcik kian bertambah... bila pokcik main-main upload gambar ni.. ada beberapa rakan yang berminat untuk beli anak ni.... kesiankan anak-anak kecil lagi.... pokcik tak nak jual.  Pada awalnya pokcik pelihara dua pasang, empat ekor lah tu...... sekarang ni campur yang ni dah hampir 30 ekor. Baka yang ni nampak serasi dengan pokcik.... seingat pokcik dulu pernah beberapa kali pokcik cuba pelihara itik muscovy ni tapi tidak biak yang mana akhirnya mati berpenyakit... Isteri pokcik pula berkira-kira nak makan daging itik sekor dua tu yang dah  besar... maklumlah kami ni peminat daging ayam kampung dan itik.. pokcik pula berkira nak kembangkan dan perbesarkan lag...

Neraka dan isinya

Sekadar perkongsian... bacalah dan renungkanlah... dimana pilihan kita didunia ini . 1. Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat. 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah . 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum. 8. Dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.  9. Didalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta itu       mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai. 11. Setiap rantai DISERET oleh 70,000 MALAIKAT. - Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 159. ''Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah kami menerangkannya kepada manusia didalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh A...

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger!  seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri  kerusiburok ke : PHUKET (intro) )  jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian. KLIK banner di atas untuk sertai. OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah.  tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni,  saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah!  hehehe 3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket (sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe) JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :) jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer!  di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe babai.

Memancing puyu di Gong Muda

Inilah dia salah satu aktiviti anak buah pokcik bila time cuti sekolah... kalau tak bermain video game, tak bermain bola tempat bermain dia waktu petang tentulah ditebing alor.... memancing. Aktiviti petang semalam yang mana pokcik sekadar jadi pemerhati ... Salah satu tempat yang banyak puyu dan haruan bermain ialah di alor Gong Muda. Tempat ini bukannya jauh sangat dari rumah pokcik... kalau berjalan kaki pun paling tidak dalam lima belas minit. Selain dari haruan dan puyu, alor disini juga banyak keli, ketutu, terbol, kenjing, baung serta beberapa spesis ikan sungai yang lain. Petang semalam iga anak pokcik yang memancing kat sini membawa pulang lebih tiga puluh ekor ikan....  Pokcik dan isteri dah pesan awal-awal kat anak-anak kalau memancing tu pastikan ikan tu di siang sendiri. Anak-anak pokcik ni memang suka sangatlah makan ikan darat ni yang digoreng kunyit dan digoreng sehingga garing.

Keputusan UPSR diumumkan

Pagi tadi telah diumumkan keputusan UPSR disekolah pokcik.... calon tahun ini seramai tiga puluh enam orang... bila keputusan dah keluar macam ni, pelbagai reaksi wajah yanf terpamer. Ada yang gembira ada yang bersedih. Pesan pokcik, sebagaimana kata guru-guru yang lain. UPSR ni bukan titik akhir tetapi baru permulaan perjuangan. Jadi jangan bersedih bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik... teruskan perjuangan adik-adik ku.

Main guli

Bila time cuti sekolah inilah aktiviti dia orang..... main dan bermain. Habis segala permainan yang dia orang main... feveret mereka main guli.

ulam-ulaman pembuka selera

Sekarang ni musim hujan, jadi selera makan ikut bertambah. Tambahan pula musim cuti sekolah.... anak-anak yang tinggal diasrama ada bersama.... yang belajar di POU Ipoh sana pun ada sama.... lengkaplah satu keluarga. Bila dah cukup berhimpun, makan ramai-ramai maka selera makin bertambah. Tak perlu lauk bersolek.... cukup budu, ikan bakar tawar cicah budu, ikan goreng kunyit dan ulam-ulaman. Gerenti makan bertambah. Sebut pasal ulam-ulaman yang jadi feveret pokcik ni adalah pucuk serai kayu, bunga kunyit, temu lawak, pucuk putat dan banyak lagilah ... ulaman kampung ni...  Tentang khasiat ulaman ni tak payah nak dipetikaikan lagi..... taip aje kat google.... macam-macam yang khasiat dapat ditemui. Jadi tak payahlah pokcik nak bercerita tentang khasiat... pokcik nintau makan aje... yang mana dapat tanam pokcik tanam... janji dapat jimat belanja dapur.

Sembang kedai kopi

Pagi tadi sempat pokcik singgah di kedai kopi berhampiran dengan rumah. Kedai kopi ni menjadi tempat persinggahan orang-orang kampung sebelum ke distinasi kerja masing-masing. Ada yang ke baruh padi, ada yang ke kebun bertanam sawit atau menoreh getah. Di kedai kopi ini bermacam-macam cerita yang timbul, ada yang baik ada yang tak baik..... cerita-cerita pasal politik, cerita pasal artis..... jangan kata orang-orang tua dikampung tak pernah ambil kisah pasal artis... ada yang setengah tu cerita macamlah benda tu ada dalam poket beliau juga. Orang kampung juga ambil tau pasal isu-isu semasa. Pasal harga minyak naik dan turun.... semua itu perlu mereka ambil kisah kerana ianya melibatkan perasaan mereka juga perasaan orang-orang macam pokcik ini.... Dalam banyak-banyak cerita pokcik terkedu mendengar cerita dari seorang sahabat.. kerja sahabat pokcik ni boleh dikatakan sebagai penoreh getah sepenuh masa.... keluh kesahnya memang cukup terasa... kesian sahabat pokcik ni kerana se...

Segmen Mari Berkenalan

klik banner untuk join..

Solat sunat tahajjud

Nak sangat dia main air bah

Memandangkan hujan yang turun dua tiga empat hari ji tidak membawa banjir. Anak-anak pokcik mengajak pokcik ke rumah datuk di Kampung Seri Bayas, Ulu Seladang, Setiu. Dah kepingin sangat nak bermain air....apa lagi bila dah jumpa air yang melintas jalan, terus le dia cecahkan kaki ke air.... bila suruh pergi lagi kat air yang lebih dalam sikit, tau takut dia....kena pokcik yang pimpin tangan.... Alhamdullillah cuaca hari ini dah kembali panas.... mentari sudah berani mencelah dibalik awan.... kalau banjir ada pesta main air.... kini ada pesta yang baru bermula..... pesta apa ye... tentulah pesta jemur kain diampaian... masa nilah nak keringkan kain... esok belum tentu kerana musim hujan masih belum habis.

Jamuan Akhir Tahun

Tengahhari tadi berlangsungnya Majlis Jamuan Akhir Tahun bagi pelajar-pelajar tahun enam sekolah pokcik. Majlis ini diadakan di Pizza Hut bandar Jerteh. Oleh itu ramai juga rakan guru yang hadir dan ada juga yang tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya pokcik ni taklah nak cakap panjang.... dalam masa-masa tertentu gambar lebih hebat lagi bercerita. Jadi jom layan gambar dibawah.

Meja Kerja #14 - Susu sekolah 1M

Hari ini hari akhir persekolahan bagi tahun ni.... jadinya, pengagihan Susu Sekolah 1M diagihkan kepada murid-murid untuk menghabiskan stok dalam simpanan.  Pokcik bersama rakan guru memeriksa stok untuk dibahagikan kepada pelajar....supaya setiap orang pelajar tidak terkecuali mendapat hak yang sama. Selamat bercuti buat rakan-rakan guru....

Gambar Hari Rabu #16 - Sessi bergambar Prasekolah

Hujan lebat belum tentu bah mendatang

Dua tiga hari ni hujan lebat mulai turun di beberapa buah negeri. Tidak terkecualilah dengan negeri, daerah dan kampung pokcik sekali. Hujan yang turun ni juga satu rahmat bagi makhluk yang tahu menilainya. Menjadi sumber rezeki pada penduduk-penduduk kampung.  Tak percaya?... kalau datang kat kampung pokcik ni.  Banyak gerai kat tepi jalan tu yang dah mula menjual ubi kayu... kadang-kadang tu rasa pelik juga, kenapalah bila tiba musim hujan begini banyaklah ubi kayu dipasaran... bila difikirkan balik. Macam satu budaya pula dari zaman berzaman... selera makan kita turut berubah mengikut musim.. Musim-musim hujan begini biasanya air disawah tu memenuh, menjadi sumber rezeki juga bagi mereka yang rajin berusaha. Kalau dulu musim beginilah pokcik dan rakan-rakan pokcik akan memukat ikan sepat, puyu, keli dan haruan dibendang-bendang padi. Dengan pukat siam dua tiga utas ditangan kami mencari kawasan yang pada jangkaan kami merupakan kawasan ikan bermain air. Sekali dian...

Dapat MC lagi sehari

Hari ini cuba gagahkan diri ke sekolah. Dalam terhencot-hencot, naik tangga turun tangga bengkak dikaki makin membesar..sengal ada gatal pun ada... Kata orang-orang tua kalau gatal tu tandanya nak sembuh... tak tahan pokcik dengan sakit yang mencucuk... tadi terus ke klinik... check darah, huui... boleh tahan 131/114.... yang bawah tu tinggi... doktor suruh rehat sejam bila check balik dah 123/90 dah turun tu.. Doktor bagi sehari MC... rehat katanya, kurangkan pergerakan... kata kawan pula "penangan lipan bara"

Sehari lagi cuti

Bisa sengatan lipan semalam sudah hilang, tiada lagi rasa berdenyut pada tempat yang disengat. Tapi badan rasa macam demam je, pening tu ada sikit-sikit. Pokcik ni jenis yang alah sikit pada benda -benda bisa ni. Bukan alah tegal biasa. Hari ni pokcik ambil cuti sehari. Badan rasa lemau dan pening, rasa tak sanggup nak drive. Empat jenis ubat yang doktor bagi semalam pokcik kena habiskan sehari dua ni..

Disengat lipan

Jari kaki masih lagi berdenyut, sakitnya bukan kemain.  Alkisahnya terjadi pagi tadi bila pokcik ingin buka suis lampu bilik air. Kerana keadaan sedikit gelap diruang lantai pokcik tak nampak apa yang menunggu kat situ. Apalagi terus terpijak ekor benda tu lalu menyengat kaki ni. Bila ke hospital, dapatlah sejarum suntikan untuk dua jenis ubat.... satu ubat untuk menahan bisa dan satu ubat tahan sakit. Sekarang ni musim hujan suhu sejuk, kala, jengking,  lipan suka merayap keluar dari tempat persembunyian..... jadi hati-hatilah walaupun dalam rumah sendiri.....  ni kali kedua pokcik kena sengat lipan. Kali pertama semalaman dalam wad. Disengat kala sekali... tebuan dah acapkali yang tak boleh dilupakan bila dipatuk ular kapak air... huh... dua malam dihospital sehari pengsan. Aduihlah... kaki pokcik masih sakit.....masih berdenyut-denyutlah.

gotong royong membuat bubur asyura

Pagi tadi madrasah kecil bersebelahan dengan rumah pokcik mengadakan majlis gotong royong membuat bubur asyura. Madrasah kecil ini diasaskan oleh arwah ayah pokcik dan tanah diwakafkan oleh seorang saudara dekat pokcik dengan arwah ayah menjadi imam.  Madrasah ini popular dengan panggilan madrasah kubang kucing kerana di dalam kampung pokcik tinggal ini ada tiga madrasah yang mempunyai gelaran masing-masing dan sebuah masjid. Memandangkan madrasah ini terletak dihujung atau tanjung sebatang alor yang dikenali sebagai kubang kucing maka madrasah ini popular disebut dengan nama Madrasah Kubang Kucing. Aktiviti ' mengacau syura' ini bolehlah dikatakan aktiviti tahunan bagi madrasah ini. Kegiatan ini mengeratkan lagi silaturrahim sesama kami. Seperti biasalah tugas kaum ibu ni menyediakan rempah ratus dan kaum bapa pula berkerah keringat mengacau syura yang kadang mendidih serta memuntahkan lavanya sehingga ada yang pedih terkena. Hari ini hari juma...

Ku sangkakan panas sampai ke petang

Waktu nak turun ke tempat kerja tadi pokcik tengok langit ok je cerah sana sini. Pokcik apa lagi tinggalkan kereta, ambil motor untuk datang ke tempat kerja. Jarak rumah ke sekolah 20km... Bila sampai di sekolah tengok awan dah gelap dah nak hujan dan...dan .. memang hujan pun. Kalau musim biasa pokcik tak kisah... tapi ini dah masuk musim tengkujuh.. kalau hujan di bulan-bulan lain tu biasanya sejam dua... hah... musim ni kadang-kadang tu sampai ke petang walaupun tidaklah lebat... orang kampung pokcik sebut sebagai hujan 'be'ret-be'ret'... Itulah kita hanya manusia biasa yang mampu merancang tetapi tuhan telah mempunyai perancangan yang lain. 

Hari kedua sukan - wajah-wajah petugas

Hari ini merupakan hari kedua  dan terakhir sukaneka berlangsung dan petang nanti adalah majlis penyampaian hadiah. Jom apa kata kita layan wajah-wajah guru dan petugas sukaneka. Gambar atas.. Guru Agama kelas KAFA )(petang) yang datang bertugas sama Gambar bawah : Setiausaha sukan yang komited dengan tugas Gambar bawah : Ustazah JQAF....masih sempat berwhatapps Rajin tak kira tempat asal berkesempatan luangkan masa untuk membaca Layan lagi gambar bawah .... Bos yang sporting...