Benih kangkong pilihan

Untuk menanam kangkong pokcik lebih sukakan biji benih K-88 keluaran Leckat Corporation tentu ada sebabnya. Sebelum ini pokcik telah mencuba beberapa jenis biji benih kangkong tapi ternyata K-88 menarik minat untuk menjadi pilihan utama.


Daun Kangkong K-88 lebih kecil dan meruncing berbanding dengan daun kangkong yang telah pokcik tanam sebelum ini. Daya Tahan kangkong ini dari serangan jangkitan kulat serta tempoh matang yang singkat iaitu 20 hari berbanding bijian lain.

Gambar atas 1Kg benih kangkong dengan harga RM18.00 yang pokcik beli dikedai menjual barang dan alatan pertanian

Siapkan pangkin didalam kebun

Hari ini agak sedikit memenatkan. Pagi-pagi lagi pokcik ke kebun pokcik di Setiu bertolak dari rumah jam 6.45 pagi dan sampai dirumah mertua jam 7.35. Pukul 8.00 pokcik terus ke kebun dengan ditemani isteri dan dua anak serta adik ipar pokcik.

Melalui jalan bertar dan jalan ladang sawit serta mendaki sedikit anak-anak bukit. Kereta ditinggalkan didalam ladang sawit. berjalan kaki lebih kurang sepuluh minit untuk ke kebun pokcik. Tidak sampai lima belas minit kemudian bapa mertua pokcik pula sampai dengan motorsikal yang juga ditinggalkan didalam ladang sawit.

Tujuan kedatangan pada pagi minggu kali ini ialah bagi menyiapkan pangkin tempat duduk berehat. Kalau sebelum ini kami terpaksa duduk diatas rumput dibawah teduhan bayang pokok.
Kerja-kerja membuat sebuah tempat duduk bukanlah sesenang yang dijangkakan.. terpaksa mencari kayu didalam hutan bersebelahan yang jaraknya lebih seratus meter.. menebas sedikt lorong bagi tujuan memunggah kayu-kayu yang dipotong

Kayu yang berat panjang dipikul dibahu dalam keadaan panas terik walaupun jam baru 10.00 pagi..cukup memenatkan... dahaga yang amat sangat. Berbahagi tugas memikul dan mengheret menyeberangi sungai kecil.



Kayu yang berat panjang dipikul dibahu dalam keadaan panas terik walaupun jam baru 10.00 pagi..cukup memenatkan... dahaga yang amat sangat. Berbahagi tugas memikul dan mengheret menyeberangi sungai kecil. 

Tempat yang dipilih pula agak strategik iaitu ditebing sungai.. kedatangan mertua walaupun tidak banyak melakukan tugas tugas berat tapi sedikit sebanyak meringankan kerja kerja lain.


Taa...daaa... dah hampir siap jam dah pukul 12.00 tengahari.. tak sempat pula hendak siapkan sepenuhnya. In Sha Allah Jumaat depan pula untuk selesaikan bahagian atas pula.. cukup kanvas sebagai pelindung dari sinaran matahari.. Maklumlah tempat ni jauh dari rumah pokcik lagi pun hanya jumaat sahaja berkesempatan untuk melakukan aktiviti dikebun ini... In Sha Allah selesai nanti tanah ini akan ditanam dengan sawit..

Pencarian Bloglist Mei 2017 Blog Kasihjuju.com


Jom pakat join segmen ni.. klik banner atas
Segmen ini berlangsung dari 27 April 2017 sehingga 1 Mei 2017

Ubi Jari Buaya - # Gali


Petang semalam pokcik didatangi oleh jiran sekampung yang datang bertanyakan tentang ubi jari buaya. Katanya, bapa saudaranya mengalami bengkak paru-paru dan berkehendakkan ubi itu untuk dijadikan ubat.

Selain digunakan untuk merawat sakit jantung dan penyakit hati atau bengkak hati, ubi jari buaya juga baik untuk paru-paru berair. Itu sebagaimana yang dinyatakan oleh seorang sahabat pokcik suatu masa dahulu. 

Ubi ini, baru enam bulan yang lalu ditanam dan bila digali baru hanya sebesar lengan. Rakan jiran pokcik tadi hendak beli untuk diberi kepada bapa saudaranya. Jenuh pokcik berfikir tentang hendak letak harga ubi ni. Kalau tahun lepas ada yang datang beli ubi jari buaya yang hampir sebesar betis pokcik bagi RM60... fikir punya fikir pokcik letak harga RM20, rasanya tidaklah mahal sangat...  Ada juga yang menjual hirisan ubi jari buaya ni yang telah dikeringkan dengan harga RM5 bagi sepuluh keping.

Bagi yang hendak mengetahui dan kenal ubi jari buaya ni bolehlah selongkar entri pokcik yang terdahulu dalam blog ni..

Anak Itik


Alhamdulillah syukur, kesemua telur itik sebanyak tiga belas biji telah menetas menjadi tiga belas ekor anak itik. Rezeki semakin bertambah. Itu baru seekor ibu, ada lagi seekor yang masih mengeram..

Semasa banjir hari tu, beberapa ekor itik pokcik dihanyutkan air. Masa tu pokcik berada di Sungai Buloh Selangor. Anak-anak yang berada dirumah tidak sempat memindahkan itik-itik tersebut. Masih ada lagi rezeki pokcik untuk membiak itik-itik ini.

Semuga terhindar dari ancaman ular dan biawak... maklumlah kawasan rumah pokcik ni banyak biawak yang berkeliaran. Pernah satu kali tu ular sawa yang terjerat di pukat reban ayam..


Melawat kebun sayur sahabat


Semalam cuti sempena Pertabalan Yang Dipertuan Agong. Kesempatan cuti ini pokcik gunakan untuk melawat kebun fertigrasi seorang sahabat pokcik yang mengusahakan tanaman secara fertigrasi.

Tujuannya hanya satu, ingin mengetahui selok belok tanaman fertigrasi dari beliau. Sahabat pokcik ni sekarang sedang mengusahakan tanaman kacang panjang secara fertigrasi. Kalau sebelum ini beliau menanam mentimun tetapi mengalami kerugian bila tanaman tersebut diserang oleh penyakit kulat.

Adnan (Sahabat pokcik) menceritakan jatuh bangun beliau sebagai seorang petani... yang hidupnya menyara anak-anak sampai ke universiti dengan hasil tanaman sayur... Ada ketikanya dia mengalami kerugian dan ada ketikanya hasil pendapatan beliau berganda..

Sedikit ilmu ditimba dari beliau. Setakat ini untuk menanam sayuran ditanah yang luas tu rasanya mungkin tidak mampu untuk pokcik laksanakan disebabkan kekangan masa dengan kerja pokcik sebagai penjawat awam. Sebelum ni pun pokcik lakukan sebagai hobi selepas waktu kerja selama sejam iaitu bermula dari pukul 6.00 petang hingga 7.00 petang sahaja.

In Sha Allah kalau diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia rasanya pencen nanti pokcik akan jadikan sebagai aktiviti utama pokcik.. In Sha Allah

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Assalamualaikum..

Copy dan klik banner untuk penyertaan

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.


Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Kalaulah boleh makan


Warnanya kuning merah menjadi daya tarikan. Terliur tengok tapi apakan daya. Kalaulah buah ni boleh dimakan, rasanya dah licin tinggal tangkai sahaja.

Dok perhati tengok  burung dan tupai pun tak teringin hendak memakannya... .Agaknya kalau kita makan bagaimana rasanya...  😂

Bunga kantan- Mahal harganya


Terfikir pokcik nak tanam pokok ni banyak-banyak kat kebun.. Mana taknya hari tu pokcik beli RM5.00 bagi tiga kuntum kat pasar. Waktu tu kantan belakang rumah seperdu dua tu belum lagi berkembang.

Bila kembang begini, isteri pokcik dah bisik-bisik kat telinga nak masak laksa penang Jumaat ni. Pokcik dah rancang nak tanam pokok ni banyak kat tanah kebun yang baru di beli di daerah Setiu tu.

Lagi pun pokok ni bukannya perlukan perhatian yang lebih macam pokok sayuran yang lain. Lagi pun kebun pokcik kat sana dikelilingi oleh alor amat sesuai untuk tumbesaran pokok kantan ni... In Sha Allah pokcik akan laksanakan nanti..



Kiriman buat teman


Dua pek biji sawi yang setiap satunya berharga RM1.00 adalah untuk dikirim kepada sahabat pokcik. Pada satu hari dia berkeluh kesah pada pokcik melalui mesej di facebook. 

Katanya benih sawi yang dibelinya disekitar pasaraya dikawasannya tidak hidup atau bercambah bila disemai. Simpati atas beliau dan minat beliau yang ingin cuba-cuba menanam sawi ni... maka pokcik kirim melalui pos untuk beliau meneruskan minatnya.

Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP

http://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/04/sedang-berlangsung-segmen-i-am.html

Jom sertai segmen ni.. klik banner atas untuk menyertai
segmen ini berlangsung bermula 17 April - 30 April 2017, tamat jam 8pm.

Fridge magnet dari Mialiana


Akhirnya fridge magnet hadiah dari Blogger Mialiana selamat sampai ke tangan pokcik. Hadiah sempena penyertaan pokcik pada segmen yang dianjurkan oleh beliau. Cantik fridge ni.

Terimakasih Mia atas kiriman hadiah ini. Anak perempuan pokcik berkenan sangat. Rasanya ni kali kedua pokcik dapat hadiah dari Mialiana atas penyertaan yang dianjurkan olehnya.

Serangga Perosak


Masalah utama dalam penanaman tidak kiralah tanam sayur, tanaman kontang, tanaman buahan atau pun tanaman komoditi adalah serangan dari serangga perosak.

Selain dari ulat, api-api dan belalang. 'Kesing' serangga didalam gambar diatas (dalam superfamili Pentatomoidea) adalah musuh utama tanaman sayuran pokcik. Serangga ini akan menyerang dan menghisap air atau zat terutamanya pada bahagian batang sayuran kangkung menyebabkan bahagian tersebut menjadi seperti hangus dan akhirnya menjadi layu dan mati.

Memandangkan pokcik tidak menggunakan racun kimia hanya menggunakan racun organik buatan sendiri. Agar sukar untuk membunuh serangga ini kerana racun organik buatan sendiri pun tidak dapat menghalau kesing dari tanaman kangkung.

Pilihan pokcik adalah dengan mengutip serangga ini dan membunuh dengan tangan walaupun agak sedikit zalim pada pandangan.

Hasil dari hobi #34 Proses pemulihan tanah


Selesai sudah musim pertama menanam sawi dan kangkong, Kini tanah ini sedang dalam proses pemulihan bagi ditanam semula.

Dari pengalaman pokcik yang lalu, batas-batas tanaman ini tidak subur untuk ditanam dengan tanaman sayuran dan kalau ditanam juga ianya akan menyebabkan tanaman tidak subur. Ini disebabkan oleh proses pembajaan dan aktiviti dalam tanah seperti pereputan bahan organik pada batas tanaman.

Proses pembesaran tanaman akan menjadi terbantut. Ini disebabkan kadar keasidan tanah yang tinggi. Keasidan akan menghalang akar pokok menyerap nutrien atau baja yang ada sekeliling

Bagi memulihkan semula dan mengawal keasidan tanah ini pokcik akan taburkan sedikit  baja kapur diatas batas tanaman.  Selang seminggu barulah digunakan untuk penanaman.



Rezeki dari hobi berkebun


Rezeki dari berkebun. Sehinga kini sudah hampir dua minggu sawi dan kangkung dikebun pokcik boleh dituai dan dijual. Kini hanya tinggal sebatas dua sahaja kangkung yang tinggal. Sementara batas-batas sawi kosong kerana sudah habis dituai sementara menunggu proses pemulihan tanah bagi tanaman kali kedua.

Setelah dicongak dan dikira, hasil jualan sehingga kini telah melebihi RM500.00.... dapatlah menampung perbelanjaan harian dan persekolahan anak-anak pokcik.. Alhamdulillah berkat dari minat berkebun.

#1 Giveaway by The Aaisy

http://www.uyulrosli.com/2017/04/1-giveaway-by-aaisy.html

Giveaway akan tamat pada 12:00 malam 29.4.2017
Klik banner untuk join

Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pencarian bloglist bulan April 2017 bagi blog www.aerillhassan.com bermula 28 Mac 2017 sehingga 3 April 2017. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk join.

Cara-caranya :-



  • Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist www.aerillhassan.com. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 April 2017. Terima kasih.

*Kredit to Mialiana.com


Sekian, terima kasih.

Jamuan Kejiranan


Sejak dua menjak ni pokcik kurang update cerita kat sini. Kalau pokcik update pun tentunya cerita kebun sawi pokcik tu. Tiada cerita lain lagi selain cerita itu. Hobi berkebun yang cukup mendatangkan hasil.

Bila diri ini dah terasa semakin tua, hendak kesana sini terasa masa cukup mencemburui kerana kadang-kadang terpaksa mengikut jadual anak-anak.



Bila jiran pokcik datang kerumah minta sumbangan untuk mengadakan majlis bakar ayam untuk kejiranan kami yang rumahnya lima enam buah ini. (dalam satu Kampung Induk) yang anak-anak kami gelarkan kejiranan Kubang Kucing  sempena tempat kami tinggal. Sejarahnya dulu kawasan ini dipangil dengan nama ini sempena dengan sebuah kubang yang sentiasa dikunjungi oleh kucing hutan untuk minum air.



Ramai anak-anak jiran termasuk anak-anak pokcik yang menguasai majlis ini dengan gembiranya. Bila tengok kiri kanan hanya pokcik dan rakan pokcik sahaja yang lebih tua. Kalau dulu, dua tiga tahun lepas tangga rumah jiran ini penuh dengan suara-suara emak dan bapa-bapa kami. Kini tiada lagi generasi tua hanya pokcik dan rakan pokcik sahaja yang tua.