Burung Gerek


Semasa kecil dahulu, iaitu di alam sekolah rendah akhir tahun 70an pokcik suka mencari sarang burung ini yang biasanya membuat sarang didalam pasir halus lembut dikawasan tebing tebing sungai dikampung. Suka mengambil telur-telurnya dengan tanpa tahu apa tujuannya kerana mengikut perbuatan kawan-kawan yang lebih tua. Waktu itu burung  ini mudah dijumpai dikawasan sungai dikampung.

Gambar ini dirakam dikawasan belakang rumah tempat pokcik biasa bertanam kangkung. Kerana adanya pokok pokok getah tua dan tinggi yang rantingnya telah mati dan menjadi tempat burung ini bertenggek. Spesis ini sudah jarang ditemui dibeberapa tempat. Pokcik tidak tahu dalam kategori mana burung ini tapi pokcik berpendapat mungkin burung ini dalam spesis layang-layang kerana bentuknya yang tirus dan cara pemakanan yang terbang dan menyambar serangga-serangga kecil yang sedang terbang.

Pokcik sedang tercari-cari istilah sains bagi 'burung gerek' ini atau apa-apa panggilan atau nama yang berbeza ditempat atau dinegeri yang lain. 

Burung - Lineated Barbet



Lima petang pokcik memburu burung ini. Kawasan permainannya disekitar kawasan kampung, gambar ini pun dirakam dibelakang rumah pokcik. Makanan utamanya adalah ulat dan buah-buahan.

Pokcik tidak tahu apakah nama panggilan bagi burung ini di Malaysia. Orang kampung pokcik panggilnya dengan nama burung 'keput' atau 'kutup' dan ada yang panggil dengan nama burung 'guntun'. mungkin ini disebabkan suara burung ini yang seakan menyebut bunyi itu setiap kali berbunyi. 

Lineated Barbet ini adalah dari spesis burung belatuk. Bersarang dirongga batang kayu reput yang telah ditebuk atau ditinggalkan sebelum ini oleh burung belatuk yang lain.