Gambar Hari Rabu #55 - Indahnya pagi ini


Dalam perjalanan menghantar anak kesekolah dan juga perjalanan ke sekolah pokcik pagi tadi. Terpandang pemandangan yang indah dikaki langit. Pemandangan awan yang jarang jarang sekali berlaku atau tidak mungkin berlaku dengan bentuk yang sama dilain kali.

Awan yang membentuk satu garisan seperti mahu menghalang lagi cahaya mentari dari menjadikan siang harinya. Sungguh indahnya ciptaan Allah S.W.T..

Sayangnya pagi ini tidak bawa DSLR, hanya dengan kamera telefon. 

Candid #3 - Sheraf


Hanya menggunakan kamera telefon, Redmi  dan sedikit editing di photoshop. Inilah hasilnya.



Meja kerja #27 - Belacan diatas meja


Ingatkan daging burger. Itu pandangan pertama bila pokcik ke meja kerja.. sekeping belacan yang dilihat oleh sesiapa sahaja pasti mengatakan itu adalah daging burger tapi bila dah baunya yang semerbak dah pastilah bau itu bukan lah bau daging burger.. sah.. sahlah belacan.. Burger tak bau macam ni..

Bila tanya rakan siapa yang bagi tak pula dibagi taunya nama sekadar klu sahaja.. katanya orang yang tinggal kat Melaka. Bila dia bagi tahu begitu tau lah pokcik salah seorang cikgu sekolah pokcik ni suaminya bertugas di Melaka.

Belacan ni penyedap bagi setengah makanan dan sambal tanpa belacan.. "maka pincanglah sambal itu"

Kejohanan merentas desa 2019

Sekadar berkongsi sekeping dua gambar acara kejohanan merentas desa yang diadakan disekolah pokcik pada petang semalam. Berbeza dengan tahun tahun sebelum, acara ini kebiasaannya diadakan pada sebelah pagi. Tahun ini acara ini diadakan pada sebelah petang.

Walaupun diadakan sebelah petang acara tahunan ini tetap meriah..










Boleh email pokcik


Kepada saudari Hasanah Lias yang komen pada entri pokcik sebelum ini disini berkaitan dengan ubi jari buaya. Kalau masih berminat untuk mendapatkan ubi jari buaya sila email pokcik ke email damalkamis@gmail.com untuk pokcik bagi nombor telefen untuk berwhatsapp. 

Maaflah nombor telefon tidak diwar-warkan kat sini.  Ubi jari buaya masih ada walaupun tidaklah banyak kalau setakat setongkol tu bolehlah diberi.. Sukatr dan perlukan masa yang lama untuk besarkan isi ubi ini.

Candid #2 - Dari jendela kecil rumah kayu

Dari jendela kecil rumah kayu. Secawan kecil aiskrim yang pada asalnya merupakan secawan teh kosong yang dibekukan dipeti ais sedang cuba dicungkil keluar untuk diisikan keperut. Tidak berbaju. Pada awalnya amat pemalu dan akhirnya memberikan kerjasama untuk dirakamkan gambarnya.


Anak sepupu pokcik. Pokcik sendiri pun tak ingat nama.. ramai sangat anak sepupu sampai lupa, nasib baik anak sendiri tidak terlupa nama.. Setiap kali datang, di jendela inilah tempat dia melihat pokcik sebelum pokcik melangkah masuk tetapi sebaik masuk ke dalam rumah wajahnya terus menghilang... anak-anak begitulah pemalunya.

Candid #1 - Wari

Oleh kerana blog ini merupakan catatan harian seperti atau seumpama diari pokcik, walaupun bukan semua yang dikongsikan. Hanya sebahagian kecil cerita dari seribu kisah hidup yang diangkat di blog ini.

Hari ini tergerak hati ini untuk menyimpan sekeping dua gambar saudara mara dan sahabat handai didalam blog ini untuk bacaan suatu masa nanti.  


Gambar Candid #1. Sebagai permulaan pokcik angkat gambar sepupu pokcik kat sini. Kebetulannya pagi tadi dia datang ke kebun pisang dia yang berhampiran dengan rumah pokcik. 

** Simpan kat sini dulu

Pilot G-2 05


Pilot G-2 05 ini merupakan pen kegemaran pokcik. Setiap kali kursus barang wajib bawa selain dari buku nota kecil atau laptop. Pilot G-2 05 ini tulisan dia halus dan menjadi pilihan untuk menulis berbanding dengan Pilot G-2 07 yang lebih tebal atau kasar  aliran dakwatnya... Pandangan pokciklah.

Pilot G-2 07 pokcik gunakan bila keperluan untuk menandatangani dokumen. Pokcik guna jenama ni sejak tahun 2010 lagi.. walaupun ada rakan-rakan yang bagi pen jenama lain.. rasanya pen jenama ini lebih selesai berada di jari pokcik 

Gambar Hari Rabu #53 - laluan sawah


Kebiasaannya pokcik ikut laluan jalanraya tapi petang ini laluan sawah menjadi pilihan. Sambil bersantai dengan kayuhan ada ketikanya berhenti sembang dengan kawan sekampung yang menjalankan aktiviti membajak sawah..

8 JUTA SPECIAL BLOGLIST SAYIDAH NAPISAH!



Waaa.. pokcik ingatkan 8 juta RM...RM gitu. Koya dah pokcik, berbintang-berbintang dah hati ini.. rupa-rupanya 8 juta pageview bro... Walau apa pun tahniah buat Sayidah Napisah kerana berjaya melepasi angka itu.. Blog pokcik jauh lagi gamaknya. meh..meh join segmen ni sehingga 26 Januari 2019. Klik banner

Pokcik nak kata apa ye..hmmm pokcik cadangkan cik puan ceritalah makanan paling sedap yang pernah cik puan makan dalam hidup dan ditempatt mana tu..


Bila dah masuk angka 5 siri


Tahun ini, 2019. Usia ini menjengah masuk ke gerbang angka 5 siri... Bila diusia begini banyak yang kena jaga.. makan minum kena kontrol.  Baru 4 bulan pokcik telah mengambil ubat darah tinggi, dah tiga tahun makan ubat kolesterol.

Beberapa bulan yang lalu tekanan darah pokcik tidak stabil, telan ubat darah tinggi pun tetap pening. Sekarang ni, alhamdulillah kiranya dah ok. Ada kawan pokcik yang cadangkan supaya amalkan minum Jus Lega.. pokcik ikut saja, alhamdulillah ada kelainannya.

Seminggu dua ni pokcik kembali dengan aktiviti berbasikal.. itu pun sekadar keliling kampung, adalah dalam lima enam kilometer sepetang. Itu pun kira dah berpeluh badan ini.  Untuk aktiviti berkebun sayur tu belum lagi dapat dijalankan memandang kan cuaca yang tidak menentu buat masa ini..

Yang penting kesihatan perlu dijaga.. tidur biar cukup . Jangan merokok.. pokcik dah hampir lapan tahun berhenti, kurangkan stress, amalkan gaya hidup yang sihat.. itu yang akan dilaksanakan buat tahun ini.. in sha Allah

Meja Kerja #26 - Kek lagi


Pagi ini masih lagi terima sepotong kek dari rakan guru.. Rupa-rupanya ada sahabat guru yang menyambut lahir pada hari ini. Buat sahabat tu Selamat hari lahir semoga sentiasa diberi kesihatan yang sempurna, dimurahkan rezeki dan dipermudahan segala urusan dunia dan akhirat.

Meja Kerja #25 - Sepotong kek & segelas Milo kosong


Sepotong kek pemberian dari rakan-rakan kerana meraikan diri sendiri.. meraikan tahun baru.. melangkah ke usia baru, meraikan kejayaan tahun yang ditinggalkan dan kesyukuran kerana diberi kesihatan yang baik. 

Segelas milo kosong buatan sendiri... sebagai santapan untuk tengah hari ini.. manisnya coklat hinggakan tidak terasa wangi dan manisnya milo.. 

Gambar Program Jom berkubang

Entri kali ini pokcik nak kongsi gambar program yang berlangsung petang tadi. Program Jom Berkubang. Seronok memang seronok dan paling paling seronoknya tentulah kanak-kanak. Ada gambar acara sukan dan ada gambar penonton yang sempat pokcik ambil tadi

Jom kita tengok gambarnya...

acara cari siput





Bola tampar






Badi derah hungga




Bola bayan





Tarik tali






Lumba Kuba (Kerbau) besi




Candid foto