Lepas asar tadi Pokcik turun ke baruh bersama Mokcik. Bawa joran dan umpan, mencari ikan di parit kecil yang memanjang di kawasan sawah berhampiran jalan ECRL.
Kawasan ini masih dipenuhi rumput dan semak samun. Ada bahagian parit yang airnya hampir tidak kelihatan kerana ditutupi rumput yang tumbuh meliar.
Sedang asyik memancing, kedengaran pula bunyi kereta api ECRL melintas di atas jalan.
Sekejap sahaja bunyinya berlalu. Pokcik terus melayan joran. Ikan puyu agak galak memakan umpan petang ini. Seekor demi seekor berjaya dinaikkan. Ada juga beberapa ekor ikan haruan yang turut tersangkut.
Alhamdulillah, dapat juga hasil yang agak banyak. Mokcik pula bukan main gembira petang petang, banyak juga dapat diangkat olehnya petang ini.
Begitulah petang kami di baruh. Di atas jambatan kereta api lalu, di bawahnya Pokcik mencari rezeki dengan joran di tangan.

Ulasan