Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Fotografi

Majlis perkahwinan anak saudara

Malam ni Pokcik tak nak tulis panjang-panjang. Cuma nak kongsi beberapa keping gambar perkahwinan anak saudara Pokcik yang berlangsung semalam. Meriah juga suasananya, walaupun sederhana tapi penuh dengan makna. Yang menariknya, ini merupakan perkahwinan kali kedua untuk anak saudara perempuan Pokcik. Rezeki kali ni, dia bertemu jodoh dengan anak teruna.  Senyum dia lain macam, nampak berseri-seri betul. Doa Pokcik, semoga rumahtangga yang dibina kali ni lebih kukuh, penuh bahagia, dan kekal sampai ke akhir hayat. Bila tengok suasana kahwin, terasa balik nostalgia zaman dulu-dulu. Kenduri kampung, gotong-royong, nasi minyak harum, gelak tawa saudara mara, semuanya jadi pengikat ukhuwah.  Gambar-gambar yang Pokcik kongsi ni hanyalah sebahagian kecil, tapi cukup untuk simpan jadi kenangan indah. Kadang-kadang, hidup ni penuh dengan pusingan. Ada jatuh bangun, ada perpisahan, ada pertemuan.  Apa pun, Pokcik selalu percaya — setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan malam ni, ha...

Potret anak kecil..

Hari ni sepagian pokcik berada di padang sekolah.. berpanasan. Tadi sahabat pokcik minta pokcik rakam gambar anak kecil dia.. Pokcik terpaksa guna tele lens Sigma 70-300mm. Kerana kesukaran menghampiri anak kecil ini.. tu pun Pokcik curi-curi rakam tanpa pengetahuannya Anak kecil ini cantik berpakai warna merah.. pokcik kongsi beberapa keping gambar anak kecil ini.. gambar sukan nanti pokcik kongsi kemudian hari..  Lepas acara tadi, pokcik rasa lain macam, seperti kekurangan cecair dalam badan lesu tanpa selera.. pokcik minum air batu dan basahkan badan dengan air batu baru lah hilang semua tu... Risau juga tadi takut kena strok haba..

Rakam potret sahabat-sahabat..

Jika berkesempatan pokcik suka rakam wajah-wajah sahabat.. yang pokcik suka sekali rakam gambar orang tua, garis halus kedutan, misai atau janggut serta jambang itu yang menarik untuk dirakamkan.. Yang keduanya kanak-kanak bermain atau potret kanak-kanak.. Ketiga sudah tentu wanita-wanita yang cantik manis.. 🤭😁.. Pokcik nak masuk sekeping dua gambar potret sahabat yang sempat pokcik candid. Gambar yang akhir sekali, tu la pokcik...😁

Belah buah asam gelugur jadikan hirisan asam keping

Petang semalam, Pokcik mundar mandir sekejap kesana kejap kesini.. nak buat kerja kebun badan masih kurang larat.. demam masih belum kebah sepenuhnya.  Tak tau apa nak buat terus kerumah emak pokcik.. dalam sepuluhan langkah kaki.. Sampai-sampai je, nampak emak tengah duduk bersila depan rumah , tangan tu rancak membelah buah asam gelugur kuning keemasan. Pokcik sempat ambil beberapa keping  gambar tangan emak yang sudah berumur, penuh urat dan garis usia, sedang cekap membelah buah.  Pisau kecil pun nampak seakan menyatu dengan tangannya. Setiap belahan, bukan sekadar memotong, tapi seolah menyulam cerita dan warisan turun-temurun. Apa Itu Buah Asam Gelugur? Asam gelugur, juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis , ialah sejenis buah yang banyak tumbuh di Malaysia, terutamanya di kawasan kampung.  Pokoknya tinggi menjulang, daunnya besar berkilat. Buahnya bulat beralur dan berwarna kuning keorenan apabila masak, macam yang emak Pokcik tengah potong semalam. Ke...

Segelas Lumpur, Sejuta Cerita

Tengahari tu, matahari memancar terik. Di bendang selut belakang kampung, budak-budak ligat bermain, berkubang, sambil cari siput untuk dimasak petang nanti. Tapi pandangan pokcik terhenti pada seorang budak ni. Bajunya berlumpur, mukanya berpeluh, tapi tangannya erat pegang segelas plastik penuh lumpur dan siput. Dalam sinar matahari yang menampar kulit, dia pandang ke arah kamera pokcik  Mungkin dalam gelas itu cuma siput kecil, tapi pada wajah budak ni aku nampak sesuatu yang lebih besar — harga usaha, nilai bermain, dan makna kehidupan di kampung . Inilah wajah-wajah kecil yang mengajar kita tentang ketabahan — bukan dengan kata-kata, tapi dengan lumpur, senyum tawar, dan segelas rezeki dari tanah.

Program Kube D'Baroh

Dua tiga hari yang lalu pokcik di minta oleh rakan sekampung pokcik untuk merakam gambar Program Sukan yang dijalankan di dalam sawah bendang (Baroh) yang akan berlangsung pada 28 Jun 2025. Genap waktu dan masanya seperti biasa pokcik galas dua kamera pokcik menjalankan tugas seperti yang diminta. Aktiviti berkubang (kube) dalam selut sawah padi adalah aktiviti sukan yang dijalankan didalam lumpur sawah. Pokcik nak kongsi sekeping dua gambar dari beratus-ratus keping yang sempat pokcik rakam aksi program ni..