Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Tok Bali

Pantai Tok Bali. Kalau dahulu, waktu bujang 20 tahun yang lalu. Tok Bali merupakan destinasi wajib bagi pokcik dan rakan-rakan pancingan pokcik kesini. Ikan-ikan siakap yang dipancing disini sememangnya tidak menghampakan dengan saiz 1kg keatas menyebabkan pokcik dan rakan-rakan sentiasa kesini. Sungainya dan kualanya menjadi medan pancingan kami. Sudah menjadi resam kaki pancing, berpanas dan berhujan disini tidak kami kisahkan sangat. Semangat memancing cukup tinggi.. walaupun hasilnya kadang-kadang ada kadang-kadang balik tangan kosong Bukan sahaja sebagai tempat memancing popular, kecantikan muara sungainya sentiasa mengamit pokcik dan pelancong-pelancong tempatan kesini. 

"#1 SEGMEN FROM ME"

Jom meriahkan segmen ni.. klik banner atas...

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016

Suka-suka dok saja... sambil blogwalking ke blog rakan-rakan dan tiba-tiba lihat dalam blog rakan-rakan ada segmen yang simple atau giveaway yang mudah-mudah tanpa perlu like itu ini yang banyak sangat... pokcik akan merajinkan diri pokcik menyertainya, macam yang ni punya simple. Jadi meh pakat join segmen ni...klik banner atas tu.

Lain yang nak lain yang jadi

  Petang tadi pokcik ke sawah bendang dengan hasrat untuk memancing ikan haruan. Selepas banyak tempat pokcik pusing. Tidak pula terjumpa tempat yang sesuai untuk melontar joran yang berumpankan seekor katak tiruan.  Kebanyakkan parit dikawasan sawah sekarang ni telah keruh airnya disebabkan musim petani sedang membajak sawah bendang mereka. Berhabis ikhtiar pokcik ke rumah sahabat yang mana dia merupakan satu-satunya penduduk kampung yang tinggal dikawasan sawah padi ini. Jarak rumah beliau dengan penduduk yang lain lebih kurang satu kilometer.. Jumpa dia tadi pokcik cakap nak memancing kat kolam ternakan ikan kelinya. Nak pelepas gian. Dia membenarkan pokcik dengan syarat ikan yang ditangkap hendaklah diambil tidak boleh dilepaskan... tidak kira besar atau kecil.. dan tadi pokcik dapat pancing tiga ekor yang besar sekali seberat 2.8kg (tengok gambar) Kesemuanya tiga ekor pokcik pancing. Berat keseluruhannya hampir empat kilo. Pokcik bayar dengan harga RM15.0...

Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016

  Seperti biasa kalau nak join klik je banner atas tu

Mesyuarat AJK KEPTAN Kali Pertama 2016

Jam 2.00 petang tadi pokcik menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kali Pertama bagi Tahun 2016 yag diadakan di Bilik Komputer Makmal SK Pusat Jerteh.  Antara agenda yang dibincangkanialah berkaitan dengan perancangan yang akan dilakukan sepanjang tahun 2016. Jawatankuasa juga memberi penghargaan kepada Presiden CUEPACS Malaysia yang sudi berkunjung ke daerah Besut dan menjelaskan isu-isu semasa.  

Majlis Perjumpaaan Penjawat Awam

Pagi tadi pokcik berkesempatan menghadiri Majlis Perjumpaan Transformasi  Penjawat Awam Daerah Besut bersama Presiden Cuepacs Malaysia Datuk Haji Azih b. Muda yang diadakan di Dewan majlis Daerah Besut di Gong Kemuntong Jerteh. Majlis yang bermula jam 9.00 pagi tadi dihadiri oleh pelbagai wakil dari jabatan persekutuan dan juga wakil jabatan kerajaan negeri.

Titian

Titian ..... Walau sekecil dan sependek mana titian ianya tetap tidak mengubah fungsinya sebagai penghubung diantara dua kawasan atau tempat. Kalau besar dan panjang dipanggil sebagai jambatan. Hendak atau tidak satu hari nanti kita akan melalui titian, cepat atau lambat. berlari atau merangkak. Titian itu akan kita lalui.

TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY

  Waaa... Pokcik tengok kalendar meja ni terus berkenan. Lagi pun meja kerja pokcik kat pejabat tu kosong tahun ni tanpa kalendar meja. Berkebetulan di Blog Tiga Lalat, Wak si Admin blog tu anjurkan giveaway, hadiahnya pula haa... kalendar meja. Pokcik join dengan harapan dapatlah kalendar tu. Kalau tak bertuah juga pokcik bodek-bodek si wak tu.. kalau tak bagi juga (ugutan tak diterima.. tak pe) pokcik mintak beli aje dari wak.. Lagi pun gambiran-gambiran Wak cantik, pernah menang hadiah. Tak rugi kalau beli pun kan wak..kan..kan..

Menang topup RM5 Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent

Pokcik nak ucap terimakasih kepada penganjur dan tukang-tukang sponsor Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent. Dapatlah juga pokcik jadi pemenang bertuah setelah sekian lama tidak memenangi mana-mana Giveaway atau segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger. Sekali lagi terima kasih pada blogger Masita Eyta atas top up RM5 tu.

Medan Pancingan

Kalau dulu, inilah medan pancingan pokcik. Inilah tempat memancing pokcik yang paling dekat selain ke parit-parit disawah padi sana. Kalau nak test, test joran yang baru dibeli pun sinilah tempatnya. Lubuk Besi, salah satu lubuk di Sungai Besut ini. Pasirnya yang putih pernah menjadi tempat bagi beberapa buah sekolah yang mengadakan perkhemahan kokurikulum. Petang tadi pokcik meluangkan masa sekejap kesini setelah agak lama tidak datang. Nak dikatakan gantung joran tu taklah cuma sejak dua menjak mood memancing tak kunjung tiba. Waktu datang sini tadi adalah empat lima orang budak-budak sekampung yang dok mancing. Sejam pokcik kat sana tak nampak pula dia orang menarik ikan yang besar-besar yang ada cuma ikan lampam merah sebesar dua tiga jari. Biasanya bulan Februari - Mac sungai ini akan dipenuhi oleh pencari-pencari etak yang terdiri dari kaum ibu, anak-anak dara, mak-mak dara dan bapak-bapak dara tidak terkecuali juga anak-anak teruna dan kanak-kanak.

DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman

  Kali ni pokcik nak ajak join giveaway ni pula.  Bagi yang berminat bolehlah klik banner atas tu

Simple Segmen Bloglist Nur Najah

Jom Join segmen ni.. klik banner atas tu.

Majlis Penyampaian Tag Keluar Kelas

Pagi tadi perhimpunan pagi Ahad, macam biasa diadakan. Pokcik tak pernah ambil tahu kerana ianya biasa melibatkan antara guru dan pelajar-pelajar. Tapi pagi tadi tiba-tiba bos minta pokcik ambil sekeping dua gambar majlis penyampaian Tag keluar kelas kepada ketua-ketua kelas. Pokcik fahamlah. Sejak guru yang merupakan rakan fotografi pokcik tu dah bertukar ke sekolah lain. Tiada rakan-rakan yang lain berminat dengan fotografi ni, jadi kenalah pokcik ambil tugas tu dengan rela sebab dah minat pokcik begitu. Kebetulan pula tadi pokcik bawa kamera pokcik... jadi oklah kan..

First Giveaway by Nuruleaida

  Jom join segmen ni dengan klik banner atas tu

Hasil Berburu di baruh kua

Petang tadi pokcik ke Baruh Kua. Seperti biasalah petang-petang kalau tiada kerja yang hendak dilakukan pokcik akan kelek kamera pokcik dengan menunggang kapcai buruk pokcik keliling kampung atau ke sekitar sawah bendang. Dengan hasrat mendapat momen-momen yang menarik. Ya lah, duduk kat kampung ni mana dapat peluang nak rakam gambar bangunan pencakar langit yang tingginya sampai berpuluh tingkat. Macam tadi, pokcik tidak dapat menemui momen yang lebih menarik melainkan pokok kayu yang mati berlatarbelakangkan awan gemawan waktu senja . Itu pun dikira ok dari tiada dapat sebarang hasil. Paling tidak pun  sempat rakam suasana mentari senja yang baru melabuhkan diri dibalik perbukitan dan memercikkan biasan warna kemerahan dan kekuningan di atas awan.  

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Assalamualaikum Klik Di Sini kalau nak join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah , yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan. Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 9...

Gambar Hari Rabu #23 - Duit

Semalam pokcik mimpi pasal duit.. duit banyak masyuk dalam akaun bank pokcik.. Alahai kan bahgia kalau semua tu betul-betul kenyataan. Lagi bahagia bila bangun dari tidur terima mesej duit masuk, buka email duit masuk.. tak nak lah banyak kan.. janji masyuk... hai.. duit-duit.. ahaa... betullah duit masuk ni... nota; gambar atas tu bukan duit pokcik, pinjam duit pokcik google jap

GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHID

Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari DianaRashid dan The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini dan juga penaja sampingan yang lain. Info Mengenai The Baby Store - Penaja Utama Sebuah Kedai Bayi Online yang menjual barangan kelengkapan dari ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusu, bayi dan kanak-kanak. Pelbagai jenama ternama ada dijual di online shop ini seperti Tommee Tippee , Philips Avent , Quinny Baby Stroller , Halford Baby Stroller , Aldo ,  Hauck Baby Stroller , Umma Lacto , Ummie Milky Rich , Mamom , EveLove Breastpump , ScratchMeNot , Susu Kambing Wildan , Sparco Car Seat , Baby Ultra Hannah Baby Wrap , Koopers , Freemie , Minyak Kelapa Dara D'Aura , Gugu Swaddle Pod , Tropika Baby Herbal Cream , Maxi-Cosi  dan banyak lagi. Setiap belian di website The Baby Store akan menerima mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian seterusnya. Setiap ...

Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent

Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent dianjurkan oleh  Mohd Noor Shawal  dan  dibawakan bersama-sama dengan  Yuha Adie  ,  Ct Roxalynna NH  ,  Najwa Zahid  ,  Masita Eyta  &  Nur Huda . Tarikh Tamat : 15 Januari 2016 klik banner atas..

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

klik untuk join Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535.  Follow Blog Di bawah Nurfuzie ,  Mrs Yatie    Nona   Irrayan   Julia Jamaluddin   Along Misuari   Marsha    Athirah    Ejulz   Farah Follow Page Nurfuzie , Mamalink , Ejulz , Marsha , Along , Farah Instagram Athirah Diyana , Nona Bloglist Irrayan Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini Senarai Hadiah Hebat Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula Senarai Peserta Heba...

Photoshoot Tasik Durian Telur 2

Kali ini pokcik belanja beberapa keping gambar yang pokcik shoot kat Tasik Durian Telur hari tu. Jadi biar gambar yang berbicara.  

Photoshoot di Tasik Durian Telur

Siang hari tadi pokcik seharian bersama dengan seorang sahabat fotografi pokcik yang pokcik kira agak profesional. Sebab apa pokcik kata profeisonal, sebab kerjanya hanyalah photografer. Fotografi merupakan sumber pendapatan utama beliau. Hampir dua bulan berjanji dengan beliau untuk mengadakan sesi photoshoot kat sini, Tasik Durian Telur dan tadi keinginan beliau dapat pokcik penuhi. Waktu  mula sampai kat sini, hujan tengah lebat. Hampir setengah jam kami berdua berteduhan didalam kereta. Sementara diluar, dibawah teduhan (bangsal) yang terletak ditepi tasik terlihat dua orang pemancing sedang berlindung dari hujan. Hujan reda pokcik terus keluar sambil menantikan empunya bot sampai untuk ke sangkar ikan ditengah tasik. Pokcik disapa oleh seorang dari pemancing tersebut yang dulu merupakan anak buah pokcik disalah sebuah sekolah yang pernah pokcik bertugas dahulu.   Anak buah pokcik ni tadi dapat menaikkan sebarau dalam lingkungan 400 - 500gm yang ak...

NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

Ini merupakan giveaway pertama bagi tahun 2016 yang pokcik sertai. Bagi yang ingin turut sama menyertai bolehlah klik banner atas tu,

Bloglist Januari 2016

Selamat pagi, selamat Tahun baru 2016 dan Salam jumaat. Posting pertama bagi tahun 2016 dan jatuh juga di pagi jumaat yang mulia, penghulu segala hari. Terlalu banyak peristiwa suka dan duka yang berlalu terhadap diri kita semua pada tahun 2015 dan juga tahun-tahun yang lalu. Semuga disepanjang tahun 2016 yang akan kita harungi nanti akan memberikan segala peristiwa yang manis. Semoga diri kita dirahmati oleh Allah S.W.T. dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan. Semoga negara kita terus aman dan makmur, ekonomi terus kukuh menjadi pilihan pendatang dengan izin dan tanpa izin. dan kita sebagai rakyatnya akan terus menghadapi cabaran ini kerana disinilah kita dilahirkan. Sesungguhnya kita semua memohon agar pemimpin-pemimpin kita terus berlaku adil, adil pada tempatnya. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sudah tentu kita tidak mahu melihat rakyat kita ini terus melarat sedangkan kita gah mencanang bahawa kita telah mencapai status negara maju l...