Langkau ke kandungan utama

Majlis Penyampaian Tag Keluar Kelas


Pagi tadi perhimpunan pagi Ahad, macam biasa diadakan. Pokcik tak pernah ambil tahu kerana ianya biasa melibatkan antara guru dan pelajar-pelajar.

Tapi pagi tadi tiba-tiba bos minta pokcik ambil sekeping dua gambar majlis penyampaian Tag keluar kelas kepada ketua-ketua kelas.

Pokcik fahamlah. Sejak guru yang merupakan rakan fotografi pokcik tu dah bertukar ke sekolah lain. Tiada rakan-rakan yang lain berminat dengan fotografi ni, jadi kenalah pokcik ambil tugas tu dengan rela sebab dah minat pokcik begitu. Kebetulan pula tadi pokcik bawa kamera pokcik... jadi oklah kan..

Ulasan

Mrs. A berkata…
Amboi! Tag keluar kelas pun siap ada majlis gitu
PeRdU cINta berkata…
elok juga pokcik...boleh jadikan kenangan..
Wak Lat berkata…
yg penting gambar pakcik pun chantek tuuh, leh print leh gantung kat dinding bilik guru jugak., hehe2

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu