Majlis Iftar di Madrasah Kubang Kucing

Semalam telah berlangsungnya majlis berbuka puasa bagi kariah madrasah Kubang Kucing... madrasah bagi kaum kerabat kami yang rata-ratanya adalah dari lingkungan saudara mara. Walaupun madrasah ini tidak besar hanya mampu menampung 5 saf kaum lelaki dan dibelah dua dengan kain pemidang ... bagi kaum perempuan pun hampir sama jumlah safnya.

Bila tiba waktu sembahyang terawih madrasah ini cukup meriah.. dipenuhi oleh pelbagai usia di kejiranan ini..... dan bila tiba aidil fitri menyaksikan ada yang terpaksa sembahyang sunat aidil fitri sehingga di laman bawah.

Madrasah ini....... terlalu banyak kenangan saya bersama arwah ayah. Kenangan sewaktu kenakalan di masa kanak-kanak.. ke alam remaja,.. dewasa dan kini menjadi seorang bapa. 





Sabar bang tinggal beberapa minit lagi untuk berbuka





Kaum perempuan berbuka di laman bawah

Rempeyek ku dah habis..

Tak sedap asyik berbasa basi saya.. rasa tak selesa lebih elok dan mesra kalau berbahasakan aku. Jadi mulai post ini istilah aku akan diganti dengan ganti nama ....AKU... rasa-rasa lebih mesra...

Ceritanya sikit aje .. semalam isteri minta aku jual rempeyek dan segala jenis kerepek. Aku jawab kat isteri yang aku ni segan.. banyaklah punya alasan yang aku bagi.. Tak pernah dibuat oleh aku sebelum ini.....dari asyik kena bebel aku mintak aje dia sumbat ke dalam kereta..

Pada mulanya sememangnya cukup segan pada rakan-rakan seangkatan.... aku hanya bagi tunjuk pada tukang-tukang kebun sekolah... tup-tup adalah sorang cikgu perempuan yang tengok aku dengan segala jenis bekalan dan kelengkapan ni...terus dia mintak aku bawa pergi ke bilik guru .... dalam segan tak segan rupa-rupanya habis rempeyek dan kerepek yang aku bawa.. 

Jaga kau wahai isteri ku .. abang tengah bilang duit .. balik nanti abang minta upah....



Sumbangan dari mr google


Kalaulah bertuah.............

Sapa yang letak borang cabutan bertuah  ni atas meja saya.... masuk aje bilik dipejabat dah ada borang ni di atas meja.... Ingat-ingat kalu menang lagi best ni.. hadiah cabutan pun kira ok....

Hadiah Cabutan pertama 1x pakej UMRAH
15x Hadiah kedua Samsung Galaxy Grand
9x hadiah TV Led 32 Inci
27x hadiah keempat Tablet PC
527x hadiah penghargaan 1 Jug & 4 Mug Frutela

Syarat-syarat dia.. kena kumpulkan 12 label Frutela bagi satu penyertaan (12 Label) nampak gayanya saya yang bukan pengemar air berkarbonat ni kena beli air ni kalu berminat untuk memenangi hadiah di atas. Manalah tau tiba-tiba bertuah dan dapat pakej umrah ... bertuah badan.

Adalagi .. kena jawab soalan.. yuup soalannya cukup mudah.. Tempoh peraduan antara 1hb Julai hingga 30 Oktober 2013.





Terimakasihlah pada sapa-sapa yang tinggalkan borang ni atas meja saya.. harap-harap semoga saya ni tergolong dalam mereka-mereka yang bertuah...



Alfatihah buat sahabatku

Seawal pagi saya dimaklumkan tentang keadaan seorang sahabat yang semakin tenat di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.... dan lebih kurang pukul 10.45 pagi saya menerima mesej dari saudara terdekat arwah yang memaklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia.....

Selama 20 hari arwah dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan kerana jangkitan kuman pada paru-paru..... selama itu juga beliau tidak sedarkan diri. Sepanjang pengetahuan saya sememangnya arwah amat sukar untuk dibawa ke hospital... pernah beberapa kali saya mengajak dan memujuk beliau untuk ke hospital kerajaan tetapi beliau menolak dan menyatakan beliau tidak apa-apa dan telah makan ubat dari klinik swasta.

Melalui persahabatan bersamanya AZAMAN Bin MAMAT a.k.a Zeman........... Perbezaan usia kami, saya lebih tua setahun berbanding arwah. Kami membesar bersama, bermain bersama......Banyak kenangan yang kami harungi bersama... Suka dan duka, arwahlah tempat saya mencurahkan segala masalah disaat saya menyembunyikannya dari keluarga. Walaupun usia telah menjangkau awal 40an arwah belum bertemu jodoh.

Sepanjang ramadhan ini saya telah kehilangan dua orang sahabat... Alfatihah buat sahabatku ... sesungguhnya Allah lebuh menyayangi mu dan semoga rohmu ditempatkan dikalangan mereka yang beriman... Amin....


Berbagi tugas

Bermula dari semalam  kedai kami telah dibuka pada waktu malam..... Walaupun kedai-kedai lain kiri kanan telah buka lebih awal tapi isteri saya ambil pendekatan... tunggu selepas tarikh gaji.. dan tugas saya hantar dan ambil isteri ..

Pernah satu kali tu saya berada dikedai dan cuba untuk membuat jualan.. memang saya tak pandai.. Lagi-lagi sekarang ni musim sibuk tak kira siang malam..




Dirumah tugas saya masih banyak... menyiap kerepek pisang yang ditempah 
oleh kawan kawan....
Kerepek pisang biasa dah siap .. 
kerepek pisang manis akan menyusul...

pada sapa-sapa yang nak tahu pasal ramuan kerepek pisang manis
nanti saya akan pos kemudian dia punya ramuan.

Yang pastinya besok dah amik cuti satu hari


Bila bertemu


Selesai majlis berbuka puasa di rumah emak saudara (kakak emak)...Kami semua sepupu-sepupu berkumpul dan berbual... maklumlah ada yang dah lama tak berjumpa. Walaupun berada di daerah yang sama tapi kesibukan yang menjarakkan kami. 

Biasalah kalau orang dewasa dah usia melebihi 4o tahun berjumpa tak lain tak bukan kalau sembang mesti cerita tentang anak-anak dan kesihatan

Salah seorang sepupu tu memang lama benar tak jumpa.. kalau biasanya dia acap datang dan singgah... tapi bila jumpa dia sekarang lain benar. Banyak benar perubahan fizikal, kurus cengkung dan pucat. Dari perbualan rupanya dia dah kena kencing manis.. katanya hari ini paras gula dalam darah dia 19.9.. hah kira tinggi tu. 

Nampaknya masing-masing banyak bercerita pasal kesihatan.. ada yang darah dah naik.. gastrik kencing manis, kolesterol dan bab sakit dan lenguh urat tu dah biasa....

Dalam dok sembang tu katanya.......jaga-jaga kesihatan yang lebih penting jaga-jaga tentang pemakanan. Kalau tak kena tak apa kalau dah kena apalagi nak kata... Nasihat saya pada dia ... jangan terlampau pantang

Majlis Iftar semalam

Cerita ni tak sempat nak post semalam.. balik dari majlis iftar disekolah.. terawih dan selepas tu berkejar ke tempat penjumlahan undi PRK DUN Kuala Besut di Dewan Majlis Daerah Besut Gong Kemuntong Jertih.. Bukannya jauh sangat dari rumah .. 5km je.. orang punyalah ramai.. balik lewat malam.. malas menyelubungi.

Berbalik kepada majlis iftar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.. adalah sedikit nak kongsi gambar dimajlis tersebut...




Dua keping gambar di atas dan bawah ... majlis khatam Quran





Sumbangan kepada anak yatim



Cenderahati kepada peserta khata Quran


Dua orang ustaz yang mengendalikan majlis tersebut




Yang ini pun datang menyibuk ... saya bersama isteri dan anak-anak. Hanya anak kedua saya yang tidak datang... berbuka bersama neneknya



Jawatankuasa PIBG 





Tuan Guru Besar bersama imam masjid




anak-anak kecil .. sabar menunggu untuk berbuka bersama keluarga






Terlupa...

Aduhai... kesian anak.... lama menanti dia diperkarangan sekolah. Hari in memang benar-benar terlupa dia balik pukul berapa. Terlewat setengah jam, hanya tinggal dia dan tiga pelajar lain yang bermain.Bila pergi ambil siap membebel... penat, nak buka puasa katanya.

Hari tu lagi terlupa.. 

"Abah nak pergi mana ni". Kata si anak yang baru berada di pra persekolahan
"Kita ke depan tu, abah nak beli surat khabar". sebaik menyedari cabang ke sekolah anak telah terlajak. hee..hee...ayat memujuk

itulah kalau bawa kereta kepala asyik dok fikir pasal lain sampai terlupa tapi bila parking kereta di kawasan sekolah tak pernah kunci atau tutup cermin kereta tu.

Banyak perkara yang kadang-kadang terlupa, kalau bab kenduri kendara rumah saudara mara nasib baik ada mrs. secretary (isteri) yang ingatkan.

Persiapan Iftar

Petang nanti akan diadakan majlis berbuka puasa disekolah saya ... SK LKTP Tenang, Jerteh. Acara tahunan bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan guru dan pelajar.. Majlis akan dimulai dengan acara khatam Quran.. guru, murid dan kakitangan sekolah.



Guru perempuan sibuk membungkus cenderahati untuk pelajar-pelajar khatam Quran



gula-gula dan cup kek sebagai cenderahati




Dataran yang akan digunakan sebagai tempat mengadakan majlis sambutan

Semua yang terlibat terdiri dari pelajar tahun satu sampai tahun enam, Jawatankuasa PIBG, guru dan kakitangan serta keluarga

Lepas sekor-sekor

Lepas sekor.. sekor kucing peliharaan mati ...  dua bulan lepas dua ekor mati.... tiga hari lalu sekor yang bernama Mat Derih mati, hari ini Che Hussin pula.. yang tinggal kini Mail pun menunjukkan tanda-tanda yang sama.. Demam, tubuh panas, bulu berdiri, tiada nafsu makan dan muntah-muntah... Dah bagi ubat tapi tiada juga perubahan..




Inilah perkuburan kucing.. atas permintaan anak sorang yang berusia lima tahun.....supaya kucing ni ditanam berhampiran... siap disiram air dan ditaburi bunga di atas kubur. Kalau mati yang sekor lagi tu jawabnya tiada bakalah....


'Anak yang beri nama pada semua kucing-kucing peliharaan'.....


Bukan Jalan Pintas

Tetiba aje hari ini balik dari tempat kerja terasa hendak ikut jalan lain.. jalan Durian Telur ke Padang Luas.. Biasanya saya ikut jalan Keruak - Pasir Akar - Jerteh. Bukannya apa terlupa bawa motor yang cukai jalannya baru aje mati. Mana tahu kot-kot nanti ada polis ke JPJ ke yang wat road block di depan sana tu naya.. tak pasal-pasal kena saman..




Tapi kalau ikut jalan ni memang sunyi.. ini jalan dari Kg. Bekok ke Hutan Lipur Lata Tembakah.. Jalan ini hanya digunakan oleh orang kampung untuk ke kebun dan menjadi sibuk bila hari minggu dengan kunjungan orang ramai untuk ke tempat perkelahan di Lata Tembakah


Lebih kurang dua kilometer akan jumpa jalan baru yang menghubungkan jalan Lata Tembakah - Kampung Durian Telur dan Padang Luas. Jalan ini memang sunyi. Budak budak biasa menjadikannya sebagai gelanggang lumba motor.. dah ada yang tersadai ditengah-tengah jalan ini


Menunggang sambil santai, di tepi jalan ini saya berehat sekejap menikmati keindahan Tasik Durian Telur



Hari ini perjalanan pulang dari tempat kerja jauh sedikit.. dalam tiga kilometer berbanding biasa.. jarak biasa dalam 20 kilometer. 


Saya memasuki simpang kampung Padang Buluh dan akhirnya ke Ampangan Jajar Sungai Besut, Gong Duek.. Menunggang dengan santai di bulan Ramadhan

Mana ada hantu dibulan puasa

Cerita yang terjadi pada anak saya semalam.... dia tidak dapat tidur sampailah ke waktu sahur membawa ke pagi dan hari ini dia tidak dapat hadir ke sekolah kerana terlalu mengantuk.. puncanya... katanya dia ternampak macam-macam bayangan yang menakutkan sebaik sahaja memejam mata dan terdengar suara bayi menangis....

Ceritanya terjadi bila dia mengunjungi sahabatnya (saya dan isteri ada bersama) yang kemalangan di hospital.... sewaktu menemani sahabatnya itu diruangan X RAY..... adalah seorang tua yang juga menemani isterinya kemalangan terus memegang kaki sahabat anak saya yang kemalangan ini dan berkata...

"Maaf ye... pok cik nok royat ni, sebenarnya nyakit dia ni doktor tak leh wat ni, dia kena jupo tok bomoh biar tok bomoh siup...........Sahabat anak saya ini mengalami kecederaan dibahagian tangan dan bahu 

Isteri memandang pada saya dan saya mengatakan bahawa dia ni pakai tembak sahaja....
Bila anak saya bertanya pasal hantu dibulan puasa saya menjelaskan bahawa hantu, jin dan syaitan dirantai sebaik sahaja tiba bulan ramadhan dan perkara yang berlaku keatas dirinya berkemungkinan pada waktu tubuh dia tidak bersih dan tidur tanpa membaca ayat  ayat-ayat suci Al-Quran

Yang pastinya anak saya pula yang tidak dapat tidur dan diganggu bayangan dan suara-suara ganjil dibulan ramadhan. Petang nanti saya akan rujuk anak saya kepada seorang imam untuk dijampi dengan ayat-ayat suci Al-Quran



Gambar dari Mr. Google

Ronda-ronda petang Jumaat

"Bang, jom ronda-ronda" ajak si isteri
"Kemana" saya yang sedang santai depan tv selepas sembahyang Jumaat.
"Kita pergi tengok bendera dan poster di Kuala Besut"
"Sapa nak ikut, siap segera memberi tawaran kepada anak-anak
"Bawa kamera sekali" arahku pada si anak


Sebenarnya dalam sibuk orang politik seluruh negara berkampung DUN Kuala Besut.. saya belum berkesempatan untuk menjengah, melihat sejauh mana kehebatan perang poster disini. Pilihanraya Kecil (PRK)pertama selepas PRU yang lalu.

Naik aje jambatan yang menghubungkan Kampung Seberang Kastam dengan Pekan Kuala Besut.... dikiri kanan jambatan dipenuhi dengan bendera. Memang meriah... di kawasan DUN Kuala besut..... atas bawah kiri kanan semuanya poster parti yang bertanding.

"Ambil gambar" arahku pada anak.
"Kenapa tak jadi" Tanya si anak
Saya menghentikan kereta ditepi jalan... memeriksa kamera
"alahai SD Card tak masuk" 
"Hah, ambil henset, pakai yang ni je. Akhirnya gambar dirakam dengan kamera henset.




















Dah Normal



Dua hari lepas saya ke klinik untuk memeriksa paras gula dan kolesterol... Alhamdulillah keputusannya mengembirakan saya kerana paras kolesterol telah menurun berbanding dulu.. boleh baca sini...

Sekarang paras kolesterol 4.74 dan paras gula 4.9...Harap harap lepas pemeriksaan ultrasound nanti .. bacaan fungsi hati pun akan turut menurun.. kalau berbanding dengan pemeriksaan yang pertama, bacaan pada fungsi hati 138 dan yang kedua 88 dah banyak kadar penurunannya.

sekarang ni pun dah terasa kelainannya,.. badan tidak lagi lesu. Kata orang bila usia meningkat ke angka 40 keatas semua kena jaga dari dari pemakanan dan senaman.

Bagi saya tak payah tunggu usia empat puluhan baru nak jaga. Bab pemakanan dan kesihatan ni kena jaga diusia awal lagi dan kalau dah kena sakit juga ......itu nak buat macam mana.. 

Game petang rabu



bila boring .... ni lah dia permainan yang aku  suka main..  Rise Of Nation

Al-Fatihah

Petang semalam sekembali dari tempat kerja adik memaklumkan kepada saya perkhabaran seorang sahabat yang telah kembali kerahmatullah. Saya tidak pasti nama sebenar beliau kerana kami bukannya akrab sangat. Walaupun sudah lama mengenalinya tetapi saya tidak pernah menanya nama penuhnya dan hanya memanggil dengan nama 'Seli'.. dan kalau bercakap dengan sahabat-sahabat yang lain saya akan merujuk dengan panggilan 'Seli Pok' ya.

Arwah seorang yang baik dan memiliki sebuah kedai menjual telefon  dan aksesori. Arwah dikatakan meninggal dunia disebabkan serangan jantung.  Apa-apa pun takziah buat keluarga arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Bila Isteri sudah mampu bagi duit

Sebelum ini tidak pernah dibuat oleh si isteri.....tiba-tiba aje dengan baik hati hulur duit. 

"Alhamdulillah abang terima tapi takkan lima puluh je, bagi lah seratus ke dua ratus"

"Alahai bagi pun dah kira ok, ni nak tambah lagi" sambil hulur lagi dua keping not lima puluh.

Kalau dulu saya yang biasa bagi duit pada isteri. Maklum saja lah isteri tidak berkerja.... sekarang ini kalau tengah bulan poket tengah sesak isteri yang bagi duit pada saya pula... Alhamdulillah.. rezeki kami bertambah sedikit...

Ceritanya bermula tahun lepas bila isteri seorang sahabat ingin menjual stok pakaian dan berserta kiosk sewaannya kepada saya.. walaupun ramai kawan-kawan yang mengatakan harga yang ditawarkan sedikit mahal. Tanpa banyak tawar menawar saya membelinya.. dan saya menjadikannya sebagai hadiah kepada isteri.. 

Sekarang genap satu tahun dua bulan butik itu menjadi milik kami. Sekarang isteri sudah mampu bagi duit pada saya

Ramadhan datang Lagi

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa... kalau dikira hari ini cukup sudah setahun saya berhenti dari tabiat merokok. Saya menjadikan bulan yang mulia ini sebagai bulan untuk berhenti merokok. Ramai rakan rakan yang menegur saya kerana menghentikan tabiat merokok secara mengejut kerana kata mereka "ada kesan". Mungkin betul kata mereka, bagi saya kesan itu hanya sementara tetapi kesan tabiat merokok itu lagi bahaya kalau berterusan menghisapnya.

Yang pastinya kepada sahabat-sahabat kaki perokok, kalau boleh jadikan bulan ramadhan ini sebagai bulan untuk berhenti merokok. Tanamkanlah tekad dihati bulatkan fikiran InSya Allah berjaya. Sebagaimana yang saya pernah alami.... bukan senang untuk menghentikan tabiat ini... Diawal permulaan berhenti saya merasakan satu macam kekurangan terutama selepas waktu makan... inilah saat yang paling mencabar ... Saya lakukan pelbagai aktiviti untuk melupakan... Saya jauhkan diri dari bau asap rokok dan pelbagai macam perkara lagilah...

Alhamdullillah sehingga ke hari ini saya sudah berhenti sepenuhnya dari tabiat itu.




Kadar Zakat Fitrah - Bagi Negeri Terengganu 2013

Kadar zakat fitrah bagi negeri Terengganu 2013 telah ditetapkan pada kadar

1.   RM4.50
2.   RM7.00
3.   RM7.60 



Bagi yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60kg bagi tiap seorang.

Menjelma semula kenangan yang lama

Pagi tadi saya terserempak dengan sahabat lama dihadapan bank islam di bandar Jerteh. Hampir setahun setengah tidak berjumpa.... Walaupun antara kami tidak lah jauh sangat tingal tetapi kekangan masa dan kesibukan diri masing-masing telah membataskan waktu untuk kami berjumpa. 

kami hanya berbual sebentar sahaja kerana saya perlucepat ke tempat kerja dan dia pula perlu segera ke sekolah lagipun ada anak dan isteri dia yang menunggu di dalam kereta.

Dalam perbualan yang sekejap itu dia memaklumkan bahawa semalam dia telah berjumpa dengan anak saya dikawasan asrama sekolah anak saya dan bercerita kepada anak saya betapa akrabnya dia dengan saya satu waktu dahulu... sama-sama meredah hutan dan belantara, memanjat bukit dan gunung.Bila dia menyebut tentang hutan dan gunung ganang terimbau sekejap segala tentang ekspedisi yang sama-sama kami lalui bersama. 

Terlanjur berbual tentang ekspedisi ini saya meminta gambar untuk discan dan pita video untuk disalin semula.. kerana semua yang didalam simpanan saya telah rosak akibat banjir. Sememangnya waktu itu aku diamanahkan untuk merakamkan segala aktiviti kami samada dalam bentuk gambar dan video..... salinannya telah saya berikan kepadanya..... Jawabannya... dia juga tidak memiliki sepenuhnya gambar-gambar program berkenaan dan salinan video pun telah rosak.

Antara ekspedisi yang pernah kami berdua laksanakan ialah Ekspedisi mendaki Gunung Tebu  Tahun 2000 (2 kali), Ekspedisi Mendaki Gunung Tahan Tahun 2000, Ekspedisi Jejak Mat Kilau (Laluan Pasir Raja - Kampung Bantal - Kuala Tahan) Tahun 2003, Ekspedisi Jejak Mat Kilau 2006 (Laluan Sungai Terenggan, Tasik Kenyir - Kampung Gusai, Hulu Tembeling - Kuala Tahan.

Seperti mana katanya kepada saya pagi tadi "Kita sudah tidak mampu melakukan semula" sesungguhnya itu memang tepat kerana memandangkan kami semua sudah berusia 40an dan keatas...... Dan hanya gambar yang menjadi kenangan kami sebagai bukti kepada anak cucu bahawa kami pernah sampai ke tempat ini.



Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Zon Besut Dan Setiu 2013

Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi ZON Besut Dan Setiu Terengganu bagi tahun 2013






Dan dibawah ini adalah niat berpuasa dan niat berbuka puasa . Sumber gambar adalah dari http://www.wasukalu.com



Janji rajin

Nak jimat duit.. bagi yang tinggal dikampung saja...


Saya seronok tinggal di kampung ..... kalau kita rajin, maksud saya rajin bercucuk tanam, ruang yang ada disekitar rumah kita boleh gunakan untuk melakukan aktiviti seperti ini. Biasanya saya manfaatkan waktu selepas pejabat dan hari minggu untuk aktiviti ini dengan tujuan untuk mengeluarkan peluh.


Kalau catatan yang lalu ruang yang kecil ini saya tanam dengan sawi.... kali ini ruang ini akan saya tanam dengan kacang panjang... walaupun tidak banyak sedikit sebanyak ia akan menjimatkan duit... paling ringkas kalau nak makan kacang tak payah beli..pungut je... 



Ditepinya pula saya tanam dengan pokok lada.. jimat kos tak payah susah-susah pergi kedai..jimat minyak, jimat masa dan jimat duit.


Saya juga ada menternak ayam itik walaupun tidak banyak tapi kalau terasa nak makan daging atau telur,... tiba masa ternakan ini bertelur... pungut atau terasa nak makan daging sembelih aje tak payah ke pasar


Pokok Serai.. pokok wajib tanam dihalaman rumah.. .. kebiasaan masakan isteri saya banyak mengunakan pokok ini. Cuba masak tom yam tanpa masukkan batang serai .. apa rasa sedap atau tidak.



Pokok terung baru membesar... walaupun tidak banyak hanya tiga batas kecil.. tapi mampu memberi sedikit sumber pendapatan. Anak-anak saya amat gemar memakan terung yang dicelur dan cicah dengan budu.

Pokok Kantan seperdu.... biasa digunakan dalam masakan asam pedas, gulai tempoyak atau dibuat kuat laksa penang



sebatas kacang panjang yang baru ditanam...




Kunyit



Lengkuas


Pucuk Putat




Daun ulam - pucuk serai



Pucuk ulam serai dan pucuk putat yang telah dipungut siap sedia untuk diikat



Sebahagian pucuk ulam serai dan pucuk putat yang telah diikat untuk dihantar ke bandar Jerteh. Sumber-sumber alam seperti pokok ulam dan sebagainya mampu memberi pendapatan sampingan.. Semuanya bergantung pada diri sendiri sahaja untuk mengusahakannya.