Langkau ke kandungan utama

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga.

Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini

Gambar janaan AI 

Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?"

Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua.

Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif.

Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. Jadi Pokcik cuma akan terus memerhati. Berkebun ni memang begitu. Setiap hari ada saja perkara baharu yang boleh dipelajari.

Itulah seronoknya berkebun. Kadang-kadang kita sangka sudah tahu semuanya, rupa-rupanya pokok pula yang mengajar kita sesuatu yang baharu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Jenis jenis hantu dan yang paling bahaya sekali

Pokcik ni bukan nak takut-takutkan, tapi nak kongsi cerita yang dah lama jadi sebahagian hidup orang kita. Zaman dulu, bila malam menjelma, pintu rumah ditutup rapat… bukan takut binatang, tapi takut “makhluk yang bukan-bukan” ni la. Mari Pokcik cerita sikit… Dalam masyarakat kita, budaya kita memang banyak hantu dan jenis jenis hantunya beragam.. pokcik kongsi sikit yang pokcik tahu:- 1. Hantu Raya Hantu ni dikatakan paling kuat antara semua. Biasanya dipelihara untuk jadi “pendua” tuannya – tolong buat kerja berat, jaga rumah, kebun, dan kadang-kadang dipakai untuk tujuan tak elok. Rupa: Besar, tinggi, boleh menyerupai manusia. Masalah: Kalau tuan tak bagi makan (biasanya darah), dia boleh mengamuk. 2. Toyol Makhluk kecik, bertubuh macam budak-budak, kepala botak hijau. Dipelihara untuk curi duit orang. Kisah popular: Kalau duit sering hilang sikit-sikit setiap malam, orang tua kata “toyol tengah buat kerja.” Penjaga dia: Biasanya letak dalam balang kaca, kena bagi susu...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.