Majlis Perarakan Maulidur Rasul

Majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pokcik telah dilangsungkan pada 11 Oktober yang lalu.. Kali ini pokcik hanya sekadar berkongsi sedikit gambar gambar peristiwa lerarakan tersebut




















Mengejar Kupu-kupu

Hari ini hari jumaat, hari minggu disini (Pantai Timur). Selepas sarapan pokcik tak tahu nak buat apa. Pokcik jenis bukan boleh duduk sahaja. Hendak menyangkul, semalam hujan tanah basah, pasti melekat dicangkul tanahnya.


Disekeliling rumah pokcik ni banyak bunga bunga kecil dari pelbagai jenis rerumputan yang sedang berkembang. Melihat banyak kupu-kupu kecil yang sedang menghisap manisnya madu dari bunga rumput ini, pokcik teringatkan kamera.


Dengan kelengkapan yang lebih kurang. Tiada lens makro, hanya dengan lens 40-150mm pokcik berusaha mengejar kupu-kupu ini. Bukan sesuatu yang mudah, perlukan sedikit kesabaran. 


Ada seekor kupu-kupu berwarna putih yang tidak dapat pokcik rakam gambarnya hari ini. Bila dihampiri, terus terbang walaupun tidak tinggi dan tidak jauh terbangnya tapi sudah tidak mahu singgah mana-mana bunga yang berkembangan..


Hari ini, sukarnya pokcik hendak melihat rama-rama..  Kupu-kupu ini lebih kecil berbanding rama-rama.. Pokcik harap lain hari pokcik dapat rakam gambar rama-rama pula..



 

Bulan diawal pagi


Pagi tadi langit tiada berawan, biru menawan.. terlihat jelas bulan diufuk barat.. 

Sungguh cantik. Rasanya hari ini cuaca terang tiada berhujan sehinggalah kepetang

Gambar Hari Rabu - #78 Buah Putat


 

Tetamu awal pagi seekor memerang

Seawal pagi ini, halaman rumah pokcik dikunjungi tetamu seekor memerang yang datang meminta makanan. Seekor memerang muda yang kemungkinan terpisah dari kawanan dan kelaparan.  Sekeping roti diberi cukup selera dimakannya.

Perkara ini bukanlah luarbiasa kerana hadapan dan belakang rumah pokcik ada alor dan sedikit semak samun yang berkemungkinan menjadi habitat memerang ini. 

Pokcik kerap kali melihat kawanan memerang yang lebih dari sepuluh ekor sedang bermain di dalam alor belakang rumah pokcik tetapi gak liar untuk didekati tetapi yang ini sedikit jinak dan menyahut bila dipanggil tetapi sukar untuk dipegang, jarak paling dekat dihampiri lebih kurang sekaki.














Jerok Buah Rambai


Sudah banyak hari sebenarnya pokcik mengidam hendak makan jerok buah rambai. Hendak dijadikan cerita beberapa hari yang lalu seorang sahabat pokcik memberi sedikit jerok buah ini untuk pokcik.

Maklumlah kan, orang beri bukan banyak pun, ambil rasa.. jadi petang tadi pokcik kait sedikit buah pokok rambai yang ada di belakang rumah. Buang kulit dalam satu bekas, bini pokcik dah pesan awal awal minta disimpan kulitnya.. katanya esok nak dibuat gulai lemak.. fuuh ni pun sedap ni.

Isi buah rambai ni pokcik masukkan dengan cuka, belacan, gula, garam dan sedikit lada atau cili jerok.. Simpan dalam peti ais.. sehari dua lagi baru makan.. fuuhh.. sedap mok mu weeh