Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Layu

Layu. Itulah yang terjadi pada sawi pokcik bila menjelang waktu tengahhari terutamanya pada waktu antara jam 1.00 petang hingga 4.00 petang. Hampir dua minggu panas berpanjangan tanpa tanda-tanda hendak hujan menyebabkan tanah menjadi kekeringan.  Walaupun tanaman ini disiram pada waktu pagi tapi bila menjelang  ke petang sawi ini menjadi layu hampir kekeringan dan kembali menjadi segar bila disiram air. Untuk mengatasi,  nampaknya terpaksalah pokcik berbelanja sedikit dengan membeli peralatan untuk memasang sprinkler atau sahabat pokcik sebut 'air pusing' . Itulah caranya untuk pokcik memsatikan kesegaran sayuran ini walaupun sebagai hobi tapi sedikit sebanyak ia telah memberi pendapatan sampingan buat pokcik.  Jadi apa salahnya kalau keluar sedikit belanja kerana dalam perncangan pokcik tapak ini akan pokcik kekalkan sebagai tapak tanaman sayuran dan mungkin akan ' upgrade' lagi penggunaannya.

BLOG GIVEAWAY BY RII

  GIVEAWAY ENDS : 1 APRIL 2017 Klik Banner untuk join  

Buat duit dengan tanam sayur

Sawi dan kangkung menjadi pilihan utama dalam menu masakan malaysia dan mendapat permintaan yang tingi dipasaran. jangkamasa tanaman yang singkat menyebabkan pokcik menjadikan sawi dan kangkung sebagai tanaman pilihan diruang yang sempit. Tanah seluas satu lot tapak rumah dan memuatkan sehingga 35 batas kecil Berbanding sawi, kangkung lebih mudah ditanam dan jangkamasa tuaian yang lebih cepat iaitu antara 35-40 hari. Sawi pula antara 40-45 hari dan memerlukan perhatian serta penjagaan yang lebih teliti. Sepanjang pemerhatian pokcik serangga terutama belalang dan ulat lebih mengemari daun sawi berbanding daun kangkung.  Kangkung darat menjadi pilihan pokcik berbanding kangkung air kerana permintaan yang tinggi dari rakan-rakan sementara sawi kampung menjadi pilihan kerana rasanya lebih manis. Pasaran pokcik tentu sahaja pada rakan-rakan guru dan sahabat-sahabat yang bertugas disekolah dan ada juga permintaan dari sahabat yang bertugas disekolah lain. Sekurang-k...

Taklimat Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Sistem eSPKWS

Sebagai Penjawat awam yang diamanahkan untuk menguruskan Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS). Boleh dikatakan seringkali kami mengadakan bengkel/taklimat peringkat PPD bagi memahirkan diri dalam penggunaan sisitem ini. Bengkel diadakan bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan sistem perakaunan atas talian. Taklimat kali ini diadakan di SMK Tengku Mahmud dan dihadiri oleh 70 orang rakan-rakan sejawatan sedaerah yang menguruskan akaun sekolah masing-masing.

Hasil dari Hobi #33- Tanam dengan kasih sayang

  Bila pokcik post gambar kebun sawi pokcik dalam facebook, ramai rakan-rakan dalam FB pokcik yang minta tip untuk bertanam sawi. Macam screenshot kat bawah tu. Dia orang kata sawi pokcik ni subur dan minta panduan tentang penanamannya. ' Tanamlah dengan kasih sayang' tulah jawaban ringkas pokcik. Maksudnya bila kita sayang pada sesuatu tentu kita akan menjaganya dengan sesungguh hati. Menjaga pembajaannya dan penyiraman air pada batas sawi. Lagi satu, Sawi ni cukup cerewet perlukan perhatian dan penelitian. Sawi ini pokcik tidak gunakan baja kimia dan racun. Untuk menghalau serangga terutama belalang pokcik sembur dengan air bawang putih.  Satu hari tu, pokcik kisar bawang putih dan lada/cili dan mungkin disebabkan terlebih lada/cili menyebabkan dan daun sawi pokcik menjadi layu/kecut. Itu merupakan satu pengalaman berharga buat pokcik. Sementara baja pula pokcik tidak guna baja kimia, untuk permulaan tanaman. Batas tu pokcik tabur dengan tahi ayam p...

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. Kisahnya di SINI . Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna. Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya... Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017 . Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017 . ** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...