Kenangan


Masa kecil, aku suka mengikut belakang traktor yang membajak tanah sawah.. Dengan kayu di tangan, bersama rakan seramai lima atau enam orang mengejar haruan, keli atau puyu yang kepeningan selepas terkena putaran tenggala.

Tidak hirau penat, tidak hirau kotor selut yang kadang hanya mata kami sahaja yang kelihatan. Kadang kami pulang dengan ikan di tangan, penuh satu plastik.

Tiada ibu atau bapa yang marah, ikan itu ibu yang siang kan dan menjadi lauk kami untuk berhari hari.

banjir 30 November - 2 Disember

Beberapa hari yang lalu daerah pokcik, Besut telah dilanda banjir. Ada beberapa kampung yang teruk dan ada juga tempat yang tidak dinaiki air. Berbeza dari beberapa siri banjir yang lalu, boleh dikatakan kampung pokcik tidaklah teruk walaupun dihulu daerah ini yang teruk dilanda.

Beberapa kampung dihulu Besut seperti Kampung La, Kampung Keruak  dan kampung Bekok yang teruk dilanda banjir. Ada kes yang melibatkan beberapa kenderaan yang ingin ke hulu daerah telah terkandas dan tenggelami oleh paras air yang naik secara mendadak.

Seperti kes lori pejabat daerah yang dalam operasi tenggelam sepenuhnya serta empat buah van yang yang membawa bantuan dari Kuala Lumpur terkandas dalam air dalam di Kampung Bekok.

Walau apa pun alhamdulillah tiada kejadian yang meragut jiwa berlaku. Bagi sebahagian, ianya seperti pesta banjir dan sebahagian lagi mengalami banjir yang teruk menganggapnya sebagai musibah dn bencana yang melibatkan kehilangan harta.

Pokcik kongsikan sedikit gambar disekitar kampung pokcik...