Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Jadi pelakon utama pula

Lama pokcik tidak bersiaran kat sini. Dalam kesibukan masa dan kerja hakiki serta kerja-kerja lain kadang-kadang kita terlupa pula. Almaklumlah bukan blogger sepenuh masa. Cerita yang berlaku pagi tadi, Program Jom Ke Sekolah anjuran KPM dan PDRM. Sebagai gimiknya pokcik berlakon sebagai seorang bapa (latarbelakang cerita tahun 50an). Bagaimana orang dahulu menyerahkan anaknya untuk menerima ilmu disekolah. Babak aksinya; Pokcik mengayuh basikal Raleigh memasuki kawasan sekolah dengan membawa anak dibelakang (pelajar). Masuk ke dewan dan menyerahkan anak kepada guru besar. Antara dialog yang diucapkan secara spontan :- Pokcik : Assalamualaikum cikgu Guru Besar : Waalaikumussalam, Pokcik. Pokcik : S aya datang ni hendak serahkan anak saya belajar disekolah ini. Cikgu ajarlah         baik-baik sehingga dia panadai menulis, membaca dan mengira. Kalau dia         melakukan   kesalahan cikgu rotanlah ...

Selamat pengantin baru Zulhilmi

Sempena musim perayaan tahun baru cina ni, banyak dkalangan kita yang mengadakan kenduri kendara perkahwinan dan kesyukuran serta aqiqah dan sebagainya. Almaklum sahalah ketika ini adalah merupakan masa yang terbaik dengan cuti yang dimiliki oleh kita dan juga cuti persekolahan selama seminggu. Boleh dikatakan dalam minggu ini setiap hari memenuhi undangan jemputan perkahwinan bahkan dalam sehari ada yang kena pergi dua tiga tempat. Hari ini pokcik memenuhi undangan dari emak saudara pokcik bagi perkahwinan anak bongsunya. Berlarak kata popular yang digunakan oleh orang sebelah sini, Besut dan Kelantan atau juga semuanya Terengganu. Membawa maksud mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Zulhilmi dan pasangan diijabkabulkan semalam dan petang ini jam 2.00 tadi rombongan kami ke rumah pengantin perempuan dan besok harinya (rabu) sebelah lelaki pula akan diadakan majlis kenduri. Pokcik pula pagi-pagi lagi kena berada disana, rumah emak saudara pokcik bagi ses...