Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2026

Raya Kedua di Pulau Kapas: Hadiah Terindah Bersama Keluarga

Hari raya kedua tahun ini ada kenangan yang cukup manis buat Pokcik dan keluarga. Bukan kerana juadah yang luar biasa atau rumah terbuka yang meriah, tetapi kerana kami dapat meluangkan masa sehari suntuk bersama-sama di Pulau Kapas. Sebenarnya semua urusan perjalanan kali ini diatur oleh anak-anak. Pokcik cuma ikut sahaja. Bila anak-anak dah besar, ada masanya kita pula jadi penumpang dan menikmati hasil perancangan mereka. Alhamdulillah, satu nikmat yang sukar digambarkan. Kami bertolak dari rumah sekitar jam 7 pagi. Suasana pagi masih tenang, jalan raya pun tidaklah sesak sangat. Perjalanan menuju ke Jeti Marang mengambil masa kira-kira dua jam dan kami tiba sekitar jam 9 pagi. Dari jeti, perjalanan diteruskan dengan bot menuju ke Pulau Kapas yang sentiasa memikat hati dengan air lautnya yang jernih dan pemandangan yang mendamaikan. Sebaik sahaja sampai, dua orang anak lelaki Pokcik terus merancang aktiviti mereka sendiri. Orang muda memang begitu, penuh tenaga. Mereka memilih untuk...