Langkau ke kandungan utama

Nasi Goreng Budu Malam Ni

Malam ni tetiba pula pokcik rasa nak masuk dapur. Entah kenapa, teringin benar nak makan nasi goreng. Jadi pokcik pun capai kuali dan mula cari apa yang ada dalam dapur.

Kali ni pokcik buat nasi goreng budu dengan ikan Selayang rebus. Ikan Selayang rebus tiga ekor, kepala dan tulang pokcik buang. Isinya saja yang diambil, kemudian dicarik-carik supaya mudah sebati dengan nasi.


Bahan-bahan:

Bawang merah

Bawang putih

Lada

Ikan Selayang rebus 3 ekor – buang kepala dan tulang

Fish ball

Fish cake

Petai jeruk

Budu

Telur ayam

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Mula-mula bawang merah, bawang putih dan lada pokcik hiris. Tumis sampai naik bau. Lepas tu masuk fish ball, fish cake dan petai jeruk.

Ikan Selayang yang dah dibuang tulang pun masuk sekali. Kacau perlahan-lahan supaya isi ikan tak hancur sangat.

Kemudian pecahkan telur. Kacau sekejap, baru masukkan nasi.



Bila nasi dah mula panas dan berasap, budu pula menyusul. Tak payah banyak sangat, cukup sekadar bagi rasa dan bau budu tu meresap ke seluruh nasi.

Garam dan gula pokcik tambah sedikit ikut rasa.

Kacau sampai semuanya sebati.

Siap nasi goreng budu versi pokcik malam ni.

Tak ada resepi khusus pun sebenarnya. Campak apa yang ada, asalkan kena dengan tekak sendiri. 😄

Lepas siap, pokcik cedok masuk dalam pinggan.

Duduk depan TV, layan drama TV3 jap sambil makan nasi goreng panas.


Malam-malam begini, dengan perut yang dah mula berbunyi dan nasi goreng baru lepas dari kuali… memang nikmat.


Ulasan

Warisan Petani berkata…
Boleh makan 10 orang ni

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...