Hari ini 1 Oktober. Pokcik mulai Catatan Blog Oktober ini dengan menyertai segmen anjuran SA.
Dunia blog ni bagi Pokcik bukan sekadar tempat menulis. Di sinilah kita berkongsi cerita, pengalaman, gambar, ilmu dan sedikit sebanyak kisah kehidupan. Ada blog yang bercerita tentang keluarga, masakan, perjalanan, hobi, teknologi, kehidupan harian dan macam-macam lagi.
Blog Pokcik pula banyak berkisar tentang kebun, kehidupan kampung, fotografi, cerita harian dan apa sahaja yang terlintas di kepala Pokcik. Kadang-kadang cerita pasal pokok, kadang-kadang pasal motor, kamera, dan kadang-kadang sekadar sembang santai.
Yang penting, kita terus menulis.
Pokcik juga berharap segmen sebegini dapat menemukan semula blog-blog lama yang mungkin sudah lama tidak Pokcik kunjungi, di samping berkenalan dengan blogger-blogger baharu.
Terima kasih SA kerana membuka ruang untuk kita kembali berblogwalking dan mengeratkan silaturahim sesama blogger.
Pokcik sertai segmen ini dengan penuh santai.
Mana tahu, selepas ini ada sahabat blogger yang singgah ke Kebun Pokcik. Pokcik pun akan singgah balik. 😊
Selamat bersegmen kepada semua blogger!

Ulasan