Masuk sahaja bulan November, cuaca pun mula berubah. Hujan semakin kerap turun. Kadang-kadang pagi hujan, petang pun hujan, adakalanya membawa ke malam pula. Musim Monsun Timur Laut sudah menjengah. Di kebun, Pokcik nampaknya terpaksa membuat sedikit perubahan pada perancangan. Aktiviti menanam kangkung dihentikan buat sementara waktu. Bukan sebab sudah jemu berkebun, tetapi keadaan tanah sekarang memang kurang sesuai untuk kerja-kerja tanaman sayuran. Tanah yang selalu Pokcik usahakan sudah mula lembik. Hendak mencangkul pun susah. Mata cangkul penuh dengan tanah yang melekat. Sekali diangkat, segumpal tanah ikut naik bersama. Kerja yang biasanya mudah pun boleh jadi berat. Masalah lain pula datang daripada baja. Hujan yang turun hampir setiap hari menyebabkan baja yang ditabur pada tanaman mudah dihanyutkan air. Belum sempat pokok mengambil manfaatnya, sebahagian baja sudah dibawa pergi bersama aliran air hujan. Kalau diteruskan juga, nampaknya banyak pula pembaziran. Benih, baj...