Projek baru nak bermula

Projek Baru Nak Bermula...Hari ni memang cukup penat.. bayangkan dalam keadaan panas membahang... cuaca, udara yang panas. Serasa tidak bermaya badan ini..

Sudah agak lama aktiviti ini pokcik tinggalkan.. hampir bertahun terperuk dalam bilik pejabat yang berhawa dingin. Tiba-tiba hari ini bermandi peluh ditengah hari... dengan matahari terpacak diatas kepala. Terasa kepala berdenyut-denyut, nafas menjadi semput kerana stamina tidak mencukupi..


Tanah ini baru dibersihkan oleh jentolak...  banyak lagi yang perlu dilakukan atas tanah ini sebelum aktiviti penanam dilakukan.

Untuk waktu ini, rasanya setiap hari minggu kesinilah tempatnya pokcik bercuti. bermain disini, membersih persekitaran sini.

Tanah ini pokcik bercadang untuk ditanam dengan kelapa sawit... Tapi sebelum sawit membesar pokcik akan selitkan anak-anak pisang diantara lorong tengah sawit

Tadi pokcik bercakap dengan beberapa orang rakan kat sini... yang sama-sama membersihkan tanah dia orang.. kira kita orang  buat secara kelompoklah.. 

Kata mereka kalau pokcik nak tanam pisang dia orang cadangkan supaya pokcik pagar kebun pokcik dengan pagar elektrik..


Pokcik pun dah berkira dengan dia orang berapa harga pagar tu dengan keluasan tanah pokcik ni.. Kiranya pokcik kena sediakan dalam seribu dua jugalah.. Kalau tak sediakan pagar.. adalah penceroboh yang akan memakan anak sawit pokcik nanti... kat sini memang banyak babi...

Kalau nak kira dah banyak ribu dah pokcik habis bermula dari upah membersih tanah dan gali parit untuk mengeringkan kawasan yang  sedikit berpaya tu....


Lagi pun tadi anak-anak pokcik sanggup datang sama membersih dan membakar ranting-ranting kayu.. Anak pokcik yang perempuan sorang tu pun tak mahu ketinggalan. Tak dapat bawa yang besar yang kecil pun jadilah diheretnya..

Rasanya bila pencen nanti kat sinilah tempat pokcik berkerja pula... bukannya dekat dengan rumah pokcik ni, pokcik tinggal dibesut. Tanah yang ni pula di Setiu... diHulu Daerah Setiu.. Untuk kesini dari rumah pokcik dalam sejam perjalanan. Tapi dari rumah mertua hanya lima belas minit rasanya tak sampai..

Pokok susu kambing & pokok dukung anak

Empat tahun yang lalu....

Pokcik mengalami masalah kesihatan... Hasil dari pemeriksaan kesihatan.. sampel dari darah. Kadar toksik dalam hati pokcik tinggi.. puncanya.. bila ubat yang diberikan oleh doktor tidak sesuai dengan pokcik.

Masa tu kan.... pokcik cepat penat, mudah mengantuk, malas, rasa gatal dan miang dalam daging..macam allergik... pokcik stress.. entahlah apa perasaan pun pokcik dah reti nak kata apa..

Jiwa cukup tak tenteram, cakap sikit cepat melenting... maklum ajelah jiwa tak stabil..


masa tu pokcik ikut cakap emak.. emak cadangkan kat pokcik... amalkan minum air rebusan  pokok Dukung anak campur dengan pokok susu kambing...



Katanya bapak sedara pokcik dulu kena penyakit hati kuning amalakan dua perkara ini Alhamdulillah sihat sampai sekarang....

Bila kita sakit @ tak sihat... apa sahaja orang cadang kita terima... lebih sebulan pokcik amalkan minum air rebusan pokok ini... Alhamdulillah pokcik stabil sampai sekarang... 

In Sha Allah semoga terus sihat. 

Lagi pun tak susah nak dapat pokok ni.. Keliling rumah pokcik melata tumbuhnya... macam rumput.. 

Nampak macam tak ada guna tapi khasiatnya tinggi nilai perubatan..

Seronoknya berendoi...

Musim panas ginikan... seronoknya kalau dapat duduk bawah tempat yang teduh, macam bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa dengan udara yang sedikit dingin tanpa udara yang berjerebu..  Musim kemarau gini mana nak ada udara dinginnya.. udara pun dah panas semacam..

 
Kelmarin cuti umum pokcik tak kemana-mana... siang hari yang panas, nak tidur didalam rumah terasa sangat berbahang panasnya... dua tiga kipas berpusing pun udara tetap terasa panas.. 

jadi pokcik ambil keputusan untuk mengantung buaian di pokok dokong belakang rumah. Dah siap gantung buaian belum sempat nak duduk si oyeng kesayangan ini pula yang terlebih dulu duduk... tertidur pokcik atas buaian ni... tanpa risaukan ular atau serangga yang lain kerana dah ada bodyguard yang menemani.

C-nus Kit- Toner Hidung Sinar Permata



http://www.sinarpermata.com/eshop/index.php?route=product/product&product_id=72 


Resah hidung pokcik dah dua tiga hari melanda, ketidakselesaan semasa menghembus dan menarik nafas. Dua hari lubang sebelah kanan pokcik membengkak dan lubang hidung menjadi sempit. Bila disentuh hidung terasa sedikit sakit dan tahap paling kritikal berlaku pada tengah hari tadi bila berlaku sedikit pendarahan hidung.

Resah hidung (resdung) telah lama pokcik alami. Seawal usia remaja lagi, ada ketikanya ianya seperti sembuh sepenuhnya . Pelbagai cara perubatan telah pokcik lakukan dalam usaha penyembuhan resdung ini.

Kebetulan pula Sinar Permata telah empat hari membuka cawangan di tempat pokcik ini. Jadi pokcik ambil kesempatan tadi berkunjung ke sini dan bertanya sedikit sebanyak tentang perkhidmatan yang sediakan. 

Pokcik pun dah bercadang untuk mendapatkan rawatan resdung.. alah bukannya mahal sangat. .. tadi staff dia dah maklum kat pokcik harga dia dalam RM50 aje.. tidaklah pokcik bercadang untuk melakukan dalam masa sehari dua ni.

Buat permulaan tadi pokcik beli C_nus Kit - Toner hidung untuk melegakan sedikit hidung pokcik yang tengah resah ni... dalam RM12.90 gitulah harganya..

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Post Popular sepanjang masa




Resipi etak tumis yang pokcik post pada November 2014 kekal menjadi post popular sepanjang masa di Pokcikblogger.com. Rasanya katakunci resipi  itulah yang menyebabkan ianya menjadi popular..

Bab seo ni pokcik pun bukannya faham.. kadang-kadang pokcik tau tapi tak nak amik tau, pokcik pakai bedal je... tak kisahlah janji pokcik bahagia.... kann..kann..



Aktiviti KEPTAN Besut 2016

Kali ini KEPTAN Cawangan Besut menganjurkan program menunggang kuda sebagai salah satu cara mengurangi stres ditempat kerja. Program julung kali dianjurkan untuk tahun ini dihadiri seramai 60 orang Ketua-ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir daerah Besut. Program menunggang kuda ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Alor Lintah. 


Bagi pokcik dan rakan sejawatan program seperti ini mengeratkan lagi perhubungan diantara kami sesama ahli. Kalau sebelum ini kami biasa terperap kat meja kerja.. melayani fail-fail, tugasan kewangan, pentadbiran dan juga pengurusan akaun sekolah. Sedikit sebanyak progra yang dianjurkan oleh KEPTAN ini dapat mengurangi stress di tempat kerja.


Pokcik nak belanja sekeping dua gambar kat sini.. bagi yang nak menengok lebih dari ni, bolehlah ke Facebook pokcik dan sudilah jadi rakan pokcik. 
 






Gambar Hari Rabu #25 - Milo & Coco Crunch dari Syarikat Nestle

Pagi tadi dua buah van dari Syarikat Nestle datang sekolah pokcik, satu van bawa coco crunch dan satu lagi bawa milo... bukan main meriah anak-anak sekolah ni bila dapat minum dan makan free



Mini Giveaway By Niena Annisa

ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang

Sawi selepas hujan




Betulkan hujan itu rahmat. Tengok sawi pokcik selepas hujan hari tu... cepat membesar.... rasanya dalam seminggu dua lagi bolehlah dicabut dan dijadikan hidangan.

Sawi ni tak guna racun kimia, ulat dan serangga pokcik guna racun organik buatan sendiri... bukan susahnya pun.. cili, bawang putih dan serai pokcik kisarkan dan ambil airnya serta dicampur dengan sedikit air sabun...

Sembur keatas daunnya. Kesannya keatas serangga tadi tidaklah uat sehingga mematikannya, sekadar penghalau ok lah tu kan.. ... baja organik digunakan ..segar dari ladang... 

Semaian ubi jari buaya




Semaian ubi jari buaya pokcik semakin bertambah. sehingga kini pokcik sudah ada lebih dari sepuluh polibeg semaian pokok ini.

Sehingga kini pokcik belum menjawab pertanyaan Encik Bakar dalam postingan yang lalu.... beliau bertanyakan dimana dia boleh mendapatkan benih pokok ini.. Sebenarnya pokcik sendiri pun waktu itu masih tercari-cari lagi bagaimana cara untuk memperbanyakkan lagi semaian pokok ini.

Sehingga kini khasiat ubi pokok ini melalui percakapan dari rakan-rakan pokcik ianya amat baik untuk pesakit jantung... juga baik untuk buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. 

Sehingga kini pokcik masih lagi mencari pokok-pokok ini disekitar hutan kampung terutamanya di tepi-tepi sungai yang bertanah lembap... kerana pokcik percaya pada khasiatnya dan nilai yang boleh dikomersialkan disuatu asa nanti..

Racipan buah mahkota dewa





Inilah dia racipan atau hirisan buah mahkota dewa yang telah dijemur selama tiga hari... hirisan ini pokcik akan ambil seurat dua unuk dimasukkan ke dalam cawan yag mengandungi air panas.. 

Buat kali pertama pokcik nak rasa air mahkota dewa yang dikatan banyak mengandungi khasiat perubatan... Mengikut kata kawan-kawan , tak perlu dimasukkan banyak-banyak hirisan ini ke dalam cawan cukup hanya satu sahaja.. kalau terlebih nanti takut memberi kesan pada badan... sebagai contohnya pening atau mual..

Dari segi khasiatnya banyak blog yang membicarakannya...SINI.. terutama bagi yang mengidapi kencing manis dan darah tinggi lebih-lebih lagi mereka yang mengidap kanser.. 

Setia menemani


Hari tu pokcik ada ceritakan pasal angsa ganas pokcik yang terkena strok haba... kesian angsa ni, nampak makin hari makin teruk... pelbagai cara dah pokcik cuba untuk membuat ia kembali seperti sedia kala.. tapi apakan daya..

Angsa peliharaan pokcik ni hanya sepasang ni aje.. kesian pokcik tengok pasangannya setia menanti dan menemani siang dan malam.. hati pokcik tersentuh dengan kelakuan angsa ni...

Begitu juga kita sebagai manusia.... perlukan teman yang sanggup menemani dimasa susah dan senang, sakit dan sihat... 


Hujan Rahmat

Gambar pokcik google punya

Petang tadi, lebih kurang pukul 4 petang hujan mulai membasahi bumi dibeberapa tempat di daerah Besut. Hujan Rahmat...

Setelah sekian lama bumi ini kekeringan... hari ini lebih dari sejam hujan membasahi bumi ini dengan diiringi dentuman guruh dilangit... menyegarkan pokok-pokok kayu dan tumbuhan yang lain. 


GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

http://kathyrbain.blogspot.com/2016/04/giveaway-novel-by-kathy-rbain-cik-akak.html


Sila klik banner untuk join dan info lanjut
Terima kasih kerana singgah membaca entri GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK. Anda mungkin juga meminati:

Terkena strok haba

Terkena strok haba? bukan pokcik atau anak-anak serta kaum kerabat pokcik yang terkena strok haba ni... cerita ni tadi, bila pokcik balik dari kerja. Tiba-tiba terlihat angsa ganas peliharaan pokcik ni tak dapat berjalan dengan baik...

Paruh sebelah bawah dia lebih panjang dari sebelah atas kalau kebiasaannya itik atau angsa ni paruh dia bila normal sebelah atas lebih panjang dari bawah..


Sahlah angsa ganas pokcik ni kurang sihat... pengalaman pokcik seminggu dua yang lalu bila dua tiga ekor itik pokcik mengalami sindrom yang sama..

Selepas disiram dengan air yang banyak ada sedikit perubahan angsa ganas pokcik ni.. nampak sedikit bertenaga dari sebelumnya.. Udara yang panas menyebabkan angsa ini tidak dapat menyejukkan badan... 

Kemungkinan air yang pokcik letakkan dalam beberapa bekas di dalam reban tidak  mencukupi untuk itik-itik dan angsa pokcik..

Apa pun pengalaman pokcik ni, strok haba bukan sahaja melanda manusia tapi binatang juga turut terkesan..

Keseorangan



Entah macam mana petang tadi rasa gian memancing datang balik... dah agak lama sebenarnya aktiviti ini pokcik tinggalkan. Selepas siap sediakan semua peralatan pokcik pergilah ke tempat biasa pokcik memaancing iaitu di Lubuk Besi..

Entah macam manalah bila datang sini rasa sunyi, tidak nampak pula motor-motor yang diparking oleh budak-budak kampung... biasanya berbelas-beas buah motor akan kelihatan ditebing sungai ini.

Bila turun ke pasir sungai tidak ternampak sorang pun biudak-budak kampung dan sahabat pancingan yang lain.... air sungai pula surut yang amat surut hingga meninggalkan alur sungai yang sempit...

Memang betullah pokcik keseorangan disini petang ini... dalam perjalanan balik tadi pokcik jumpa beberapa orang budak. Bila tanya mereka... katanya semua mereka berada di lubuk bawah... katanya lagi disitu menjadi sekarang... patutlah pun..


Sawi & Kangkung






Pokcik kembali dengan hobi menanam... dah agak lama tak update cerita pasal hobi tanam menanam sayur ni. Dua batas ditanam, satu batas sawi dan satu batas kangkung..

Ruang yang sempit tepi belakang rumah tu pokcik manfaat lagi dengan hobi ni. Kata isteri, malam-malam pun kalau nak makan jemput kangkung atau sayur sawi tak payah pergi kedai... petik aje.

Tapi kali ni tanaman pokcik ni lambat membesar... baja dah tabur, agak-agaknya air yang kurang mencukupi kan sekarang ni musim panas dan kemarau. Kalau hari biasa tu hanya sekali je siram iaitu pada sebelah petang.. dihari minggu aje yang dapat siram pagi petangnya.. 

alahai lambat lagi nak merasa ni...

Majlis Harijadi Prasekolah

Biasanya setiap tahun Majlis harijadi pelajar-pelajar prasekolah pokcik disambut didalam kelas pra sahaja. Tapi tahun ni ada sikit kelainanan dari guru penganjur a.k.a guru kelas tersebut. 

Bila kali ini majlis tersebut diadakan di KFC Jerteh, apalagi bukan main meriah anak-anak ini.. bila sebut ayam KFC bukan main teruja dia orang.



Apa lagi pokcik pun dapatlah tumpang meriah sekali,.. bila diundang bab makan ni tak pernah tolak. Sebut je kat mana, bila masa pasti datang tau...


Sekali datang dengan undangan untuk merakamkan peristiwa,.. untuk dokumentasi sekolah... lagi pun pokcik dah faham. Lagi meriah anak-anak ini bila ibubapa dia orang pun datang sama ... pakat-pakat meriahkan majlis ini..


Sebenarnya majlis harijadi ini diadakan serentak untuk semua pelajar pra ni... jadi tak kiralah tarikh lahir mereka bila pun janji pada tahun ini..


Dalam majlis ini juga bos pokcik (guru besar) menyampaikan sijil perlantikan PEWARIS untuk ibu bapa pelajar pra ni... 

Pewaris itu ialah waris bagi pelajar-pelajar inilah... 


Menjadi Petugas di Mesyuarat


Sabtu 2 April 2016...secara rasmi pokcik menjadi petugas media di Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi kali ke 29.

Pada mulanya pokcik pun tertanya-tanya apa itu maksud Serikandi... rupanya maksdunya ialah persatuan isteri-isteri Yang Berhormat Wakil Rakyat.

Tiga hari pokcik berada disini... di Tanjung Demong Beach Resort bersama rakan-rakan yang lain bagi persiapan tempat mesyuarat tersebut.

Pada sebelah pagi diadakan mesyuarat agung tahunan manakala majlis perasmian pula diadakan pada sebelah petang.. Dirasmikan oleh Dato' Seri Hj. Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu.


Hilang penat pokcik bila dalam kesibukan yang amat sudi juga Dato Seri bergambar dengan pokcik..