Diari 2019


Diari 2019 dah dapat... dan diari 2018 akan ditutup tidak beberapa jam lagi.. Segala catatan dan kerja buat ada yang ditulis dan ada yang tidak tertulis. Begitulah kita manusia ini lemah dan sentiasa terlupa tetapi segala amal ibadat, segala kebaikan dan kejahatan kita tidak sedikit pun tertinggal. Segalanya tercatat dikiri dan kanan kita.

Diari tahun 2019 dah dapat... azam sedikit pun tidak berubah, seperti tahun-tahun yang lalu dan sudah semestinya akan disertai dengan segala penambahbaikan. 

Diari tahun 2019 dah dapat..... Semoga kita semua akan sentiasa memperbaiki diri kita setiap tahun. Agar tahun 2019 akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya.


Jantung Pisang Goreng

Siang tadi pokcik terfikir hendak makan apa. Lauk apa, ulam apa sebagi pembuka selera ini. Bermacam macam dah makan tapi lagi sedap selera kampung. Fikir punya fikir pokcik pergi belakang rumah, tengok banyak jantung pisang yang bergetayangan. 

Terlintas dihati hendak digoreng sahaja jantung ini. Tidak ingin dibuat teresek kerana teresek itu memerlukan santan. Hanya resepi ringkas. Pokcik ambil tiga jantung ini unturk digoreng sahaja.


Jantung pisang selepas dikupas tinggal yang dalam.. yang lembut sedikit.


Jantung pisang dihiris halus dan direndam dengan air garam bagi menghilangkan rasa kelatnya


Yang ni hah, tunisannya.. ringkas cili kering, bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar


Sewaktu menumis ni barulah pokcik masukan gula garam secukup rasa dan sedikit perisa.


Hampir separuh masak dah ni



Bila air dia dah kering bolehlah diangkat dan sedia untuk dimakan. Resepi ni ikut selera pokcik bagi mereka yang lagi kreatif bolehlah cipta dan tambah sendiri apa yang patut. jeng..jeng.. jom makan.

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)


Tanda sokongan kepada rakan blogger pokcik join segmen ni,.. jom pakat sertai sama .. klik ba 

Novel yang sedang dibaca #7 - Ummu Sibyan

Dalam proses menghabiskan bacaan novel Ummu Sibyan... Berbanding dengan novel lain, pembacaan novbel ini agak perlahan. Mungkin mood pembacaan pokcik tidak selancar  dahulu.. 

Mood pembacaan ke laut disebabkan kerja-kerja yang banyak.. Pokcik pun tidak ingin memberi ulasan berkaitan sinopsis ini kerana pembacaan belum berakhir.. 



Gambar Hari Rabu #51 - Kuih Talam Tokyo


Pagi tadi ada sahabat yang bawak kat sekolah...  kita orang kongsi makan ramai-ramai. Katanya Kuih Talam Tokyo.. Ntah apa nye yang Tokyo nya. Tak nampak macam dari Jepun pun.. 

Novel yang sedang dibaca #6- Bulan tulisan Tere Liye

Pokcik pernah membaca beberapa buah buku novel hasil karya dari novelis dari tanah seberang, Indonesia. Antara novel dengan nama besar dari tanah seberang yang pernah dibaca seperti novel Keluarga Gerilya tulisan Pramoedya Ananta Toer, Laskar Pelangi (Andrea Hirata), Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Hamka), Bumi Cinta dan Ayat-Ayat Cinta (Habiburrahman El-Shirazy) dan Supernova (Dee Lestari).

Kali ini pokcik berkesempatan pula membaca novel karya Tere Liye. Kali pertama rasanya. Pernah mendengar namanya kerana beliau juga merupakan satu nama besar ditanah seberang... Hasil karyanya juga tidak kurang hebat..





Namanya Seli, usianya 15 tahun, kelas sepuluh. Dia sama seperti remaja yang lain. Menyukai hal yang sama, mendengarkan lagu-lagu yang sama, pergi ke gerai fast food, menonton serial drama, film, dan hal-hal yang disukai remaja.

Tetapi ada sebuah rahasia kecil Seli yang tidak pernah diketahui siapa pun. Sesuatu yang dia simpan sendiri sejak kecil. Sesuatu yang menakjubkan dengan tangannya.

Namanya Seli. Dan tangannya bisa mengeluarkan petir. Sinopsis (goodreads)

Giveaway The Berkat Di Mialiana.com



The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.




Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5ZthqBqMy

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan.

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom
Klik sini untuk JOIN.

Segment ini berakhir pada 31/12/2018 11.59 Malam.

Minyak gonggang - cerita bermulanya


Bila pokcik kata pokcik ada produk untuk dijual pada kawan-kawan mereka seakan tersenyum sinis memandang. Ya la dunia sekarang semua orang akan mengeluarkan produk sendiri bila ada ratus ribu atau pun jutaan. Lagi pula bila pokcik kata produk pokcik ni adalah ubatan herba lagilah mereka tersenyum sungging. Betul pun kalau mereka tersenyum atau memandang pelik pada pokcik ni.. mereka kenal pokcik. Pokcik ni bukannya ada duit juta-juta untuk keluarkan produk.

Pokcik terang pada mereka yang produk pokcik ni adalah warisan turun temurun dari datuk moyang pokcik lagi. Pokcik cerita kat mereka bahawa produk pokcik ni hanyalah untuk kegunaan luaran sahaja yakni untuk sapuan pada kulit. Untuk luka, gatal, terkena minyak panas atau air panas, terkena gigitan semut dan nyamuk serta boleh juga dibuat berurut. Mereka kata ingin mencuba.. ayat awalnya seperti menganjing pokcik.

Bila mereka dah cuba dan merasa keberkesanannya, mereka kata kenapa tak jual secara meluas... perbanyakkan lagi produk ni. itulah masalahnya kata pokcik kat mereka... Pokok ni dalam hutan bukannya banyak dan kena jaga juga kelangsungan hidup pokok ini.

Kalau boleh pokcik pun nak jual banyak nak cari keuntungan dengan menjual sebanyak mungkin memandangkan bahan yang terhad maka pokcik mampu berkongsi minyak ini pun secara terhad.. 

Ya.. pokcik jual dengan harga RM20.00 Semenanjung dan RM30.00 Sabah/Sarawak. Termasuk harga pos. Stok adalah terhad..

Segmen Bloglist "THE LITTLE FELLA'S "


Dah lama pokcik tidak menyertai mana-mana segmen atau giveaway. Jadi kali ini bila ada rakan blogger yang menganjurkannya... pokcik join je lah.. kalau nak join bolehlah tekan banner atas tu.. jom, meriahkan..

Hari Ke 3



Hari ini sudah masuk hari ketiga usaha-usaha mencari seorang remaja lelaki yang lemas semasa memancing. Mengikut maklumat yang diketahui pencarian kini merangkumi sejauh lima kilometer dari tempat mangsa mula-mula dibawa arus air.

Pencarian ini melibatkan pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM, Polis dan dibantu oleh orang-orang kampung.

Mangsa,  remaja lelaki berusia 13 tahun dikatakan bersama adiknya telah pergi keatas batu yang berada ditengah sungai untuk memancing. Sebelum itu dikatakan paras sungai cetek dan hanya ada aliran disebelah batu sana (Lihat gambar). Kemudian mangsa dan adiknya menyedari akan kedatangan kepala air. Mangsa pada asalnya sempat kembali keatas tebing sungai tetapi berpatah balik untuk mengambil joran pancing diatas batu sebelum dirempuh arus kedua yang lebih deras.




Keadaan itu sempat diperhatikan oleh dua orang dewasa yang berada berhampiran dengan cuba mencampak sebatang buluh kepada mangsa tetapi tidak dapat dicapai kerana arus yang kuat dan berpusar.

Harapan pokcik supaya keluarga mangsa terus tabah dan semoga mangsa cepat ditemui. Ayah mangsa (Rasyid) pernah memancing beberapa kali bersama pokcik. Walaupun bukan akrab tetapi saling mengenali.

Temujanji berjumpa doktor


Pagi tadi pokcik jumpa doktor, ceritanya tetap sama. Bila dah usia makin meningkat beginilah jadinya. Dua bulan sekali periksa tekanan darah. Keputusan tadi baik tekanan darah pokcik 137/87. Misi yang ambil tekanan darah tadi kata darah pokcik ok je, Biasanya dicatat dengan pen merah pada kad rawatan tapi hari ini dapat pen hitam.

Tekanan darah dah ok tapi kenapa kepala tetap rasa macam hanyut je bukannya pening. Rasa tegang kat atas kat kepala. Kata doktor mungkin kolestrol pokcik tinggi walaupun ubat dah makan. Itulah kan makan ikut sedap, malas bersenam. Lepas ni kena buat aktiviti yang mengeluarkan peluh biar lencun satu badan.

Novel yang sedang dibaca #5 - Pocong Balik Rumah


Pocong Balik Rumah. Novel ni dah agak lama pokcik beli, tapi belum sempat untuk membaca. Apa yang menyebabkan ianya tidak dibaca lalu terus mengisi almari buku dirumah, ialah pembeliannya bersama buku-buku agama dan motivasi. Memmulakan bacaan dengan buku motivasi dan agama lalu terus buku novel ini terabai didalam almari. 

Baru sehari dua ini buku ini diambil untuk bacaan..Apa yang boleh dikatakan buku ini menarik.. santai dibaca.. Sinopsisnya


Sebuah kampung yang dulunya aman dan damai tiba-tiba menjadi kalut dan kelam-kabut. Semuanya berpunca dari satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Kemunculan pocong secara tiba-tiba membuatkan ramai orang kampung yang diganggu. Sudahnya, orang-orang kampung mula tidak berani keluar rumah.


Kematian Cikgu Hussein dikaitkan dengan kemunculan pocong itu. Arwah dituduh orang kampung ‘membela’, menyebabkan hantu belaan itu mula mencari tuan baru setelah kematiannya. Malah pocong yang merayau-rayau itu juga merayu-rayu apabila menjumpai manusia. 

Benarkah pocong itu adalah belaan arwah Cikgu Hussein? Mampukah penduduk kampung menangani kemunculan pocong itu? Kenapa pula pocong itu merayu-rayu?

Walimatulurus perdana

Pagi tadi, tepat jam 8 pagi. Pokcik berkejar ke Masjid Hadhari Jerteh memenuhi undangan sahabat sepermainan dan jiran sewaktu kecil pokcik. Bukan sekadar undangan tetapi pokcik diminta menjadi saksi bagi perkahwinan anak perempuan sulong rakan dan jiran pokcik. 

Rakan dan juga jiran waktu kecil pokcik sekarang menetap di Raub mengikuti suaminya bertugas disana

Program perkahwinan secara beramai-ramai ini sudah masuk kali ketiga di daerah ini. Melibatkan seramai 21 pasangan.

Selamat pengantin baru buat anak sahabat pokcik dan juga kesemua pasangan yang melangsungkan perkahwinan hari ini.


Petang jumaat yang damai

Petang jumaat yang damai. Selesai solat asar tadi, pokcik memenuhi permintaan anak perempuan pokcik yang ingin sangat memancing ikan diparit tempat dua pupu memancing. Sampai sana tadi tengok sepupu pokcik bersama anaknya dan seorang lagi sahabat sepupu pokcik sedang leka memancing ikan.

Memancing ikan diparit ini bagi pokcik tidak seseronok memancing ikan dalam petak sawah padi. Dipetak sawah padi kalau sejam tu pokcik biasa sudah dapat dalam tiga puluh ekor puyu bercampur dengan ikan haruan tetapi mengail diparit ini agak lambat sikit... Mungkin kerana parit ini aliran airnya banyak atau parit yang panjang tidak seperti petak sawah yang cetek dan ikan hanya berkumpul disatu tempat yang memudahkan pancingsp disambar ikan.

Bila ikan keli mula mengena dipancingan bini pokcik dan keseronokan nya memancing keli pokcik layan jugalah keseronokan mereka. Walaupun dapatnya tidaklah seberapa... Janji bahagia..



Hari Anugerah kecemerlangan 2018

Seperti biasa bila ada acara atau majlis besar kat sekolah pokcik ditugaskan sebagai jurukamera... Didalam buku acara dicatatkan sebagai jawatankuasa dokumentari.. begitulah saban tahunnya. Tidak terkecuali juga tahun ini..

Lagi satunya, bila akhir tahun banyak sekolah kat Malaysia ni buat majlis anugerah kecemerlangan.. ini acara wajib. Kat sekolah pokcik, tak taulah kat tempat lain.. rasanya sama.

Majlis ini bagi memberi penghargaan kepada pelajar pelajar yang cemerlang dalam akademik dan jugak sebagai satu perangsang kepada pelajar yang lain untuk berjaya.

Pokcik nak kongsi beberapa keping gambar acara yang berlangsung tu kat sini






Novel yang sedang dibaca #4 - Angkara Sihir Magna Sayap Hitam

Alhamdulillah, masa yang terluang sehari dua ni berkesempatan berkunjung ke perpustakaan awam membelek belek stok buku baru yang ada dirak pustaka.

Nampak banyak buku baru yang dipamerkan dirak.. kali ni lari dari kebiasaannya iaitu kisah cinta.. buku baru kali ini banyak dari genre seram dan aksi thriller..Kena dengan jiwa pokcik.. Angkara Sihir Magna Sayap Hitam jadi pilihan..

Sinopsis nya..



Novel MAGNA SAYAP HITAM membawakan kisah Zettrion, sebuah dunia tanpa warna dan tiada undang-undang yang terpakai di situ melainkan amalan sihir yang berleluasa. Pertarungan sentiasa berlaku. Manusia yang lebih kuat dan kejam akan dihormati berdasarkan pada pangkat yang tertera pada lengan manusia di Zettrion ini.


Efix, manusia putih yang besar dan kuat tetapi pecinta kedamaian. Dan kerana dia tidak seperti manusia lain dan sikapnya yang berbeza itu, Efix dibenci oleh keluarganya sendiri. Impian Efix adalah untuk berhijrah ke planet Bumi kerana manusia di Zettrion ini berasal dari planet Bumi. Bagi Effix, Bumi punyai keindahan dan keamanan yang didambakannya. 


Hasratnya itu semakin bergelora apabila dia termakan dengan hasutan Izze bahawa manusia yang paling kejam dan yang mencapai pangkat paling tinggi akan ditumbuhi Sayap Hitam yang membolehkan mereka terbang ke planet Bumi. Akhirnya Efix mula melakukan kejahatan demi kejahatan... 

Gambar hari rabu #49 - model iklan


Tiba-tiba terasa macam model iklan..🤔🤔.. betul ke.. Koya pokcik ni..

"Lelaki Kiriman Tuhan"

Bila van MILO masuk sekolah

Semua orang ada kenangan zaman persekolahan terutamanya sekolah rendah. Salah satunya ialah  dengan minuman MILO . Tapi diwaktu pokcik sekolah dahulu tiada van milo yang masuk ke sekolah yalah kan tahun 70an masa tu.

Sekarang ni siap  van milo masuk dan bagi minuman ni secara percuma kat pelajar-pelajar.. tahniah dan terima kasih MILO..

Pokcik nak kongsi je gambar peristiwa yang berlaku bila van ni sampai kat sekolah pokcik. Bukan anak murid saja yang happy ni cikgu pun tumpang sekaki...















Jangan tikam aku

Sehari dua ni pokcik rasa panas hati. Entah rasanya mungkin bukan sehari dah berminggu lama rasanya.

Hari tu rasanya pokcik dah pesan kat kawan "jangan kau tikam aku dari belakang, kalau kau tikam aku dari depan mungkin aku dapat elak. Belakang aku tak nampak". 

Pedih hari tu. Perasaan hancur. Nak marah nak diamuk.. bercampur semua tapi kalau diikut hati mati.

Kata seorang kawan lain "kau dah tua, usah layan amarah itu. Bawaklah bersabar".

"Kalau engkau bolehkah kau sabar" Tanya pokcik.

"aahaa.. aku pun macam engkau. Nak letak kat mana kesabaran itu" kata seorang teman yang lain pulak.

"Aku rasa baik kau letak sabar engkau tu kat SABARiah " Kata aku sambil bergurau.

"Tadi kata nak diamuk, dah tak tahan sabar. Sempat lagi bergurau engkau" kata seorang kawan lagi.

"Ya lah memang aku nak marah. Aku dah bagi tau awal-awal pada dia jangan tikam aku, ni tidak bukan setakat tikam aku dari belakang tapi dikencingnya ditempat luka itu mana tak pedihnya" Kata pokcik dengan nada tinggi. Semua kawan dan teman tadi terdiam..

Ubi jari buaya - enam bulan


Tanam ubi jari buaya tidak seperti tanam ubi kentang, ubi kayu atau keledek. Semua ubi ubi tersebut cepat membesar. Berlainan pula dengan ubi jari buaya seperti dalam gambar, ubi itu berusia lebih dari enam bulan tapi tidak sebesar mana walaupun dengan pembajaan yang baik. 

Itu yang ditanam didalam polibeg yang diatas tanah pun sama. Saiz pun hampir sama. Beberapa minggu yang lepas kakak ipar pokcik minta satu ketul ubi ini untuk dijadikan ubat sakit jantung anaknya (anak sedaralah kiranya).  

Korek punya korek dalam tanah jumpalah yang sesuai untuk dijadikan sebagai ubat. Kakak ipar punya pasal pokcik bagi percuma walaupun dihulurkannya duit. Tidak tergamak pokcik. Alhamdulillah katanya sakit dan senak serta sesak nafas tu makin berkurangan.

Pokcik pernah bercadang untuk memperbanyakkan tanaman ubi ini kerana pokcik berpendapat ianya mempunyai nilai perubatan yang tinggi walaupun tidak dibuktikan dengan kajian yang sebenarnya hanya berdasarkan pendapat orang orang kampung sahaja. 

Bukan suatu masa yang singkat untuk mendapatkan seketul ubi yang benar-benar matang untuk dijadikan ubat. enam bulan atau setahun diperlukan itu bergantung pada tanah atau kesesuaian nya.

Novel yang sedang dibaca #3- Keris Long Leh

Sebuah novel yang menarik hasil tulisan Syauqie MK. Membuai perasaan seketika.. apa yang menariknya..


Novel KERIS LONG LEH mengisahkan Aminnuddin telah meminjam sebilah keris daripada bapa saudaranya bagi tujuan kajian dan mengumpul bahan untuk sebuah draf manuskrip novel. 

Amin telah mengingkari pesanan pak longnya agar tidak membuka kain kuning yang membalut keris tersebut. Keris tersebut sepatutnya dipulangkan kepada pak longnya sebelum tengah malam Jumaat iaitu malam tersebut tetapi Amin terlupa.

Sejak malam itu pelbagai perkara pelik telah terjadi. Penduduk taman perumahannya mula bercakap yang Amin ada membela saka. Budak-budak yang mengaji dengan isterinya juga takut untuk datang mengaji kerana ternampak ada jembalang yang menyerupai binatang berbulu hitam atas bumbung rumahnya. Anaknya Icad sampai pengsan dalam jamban dan anak sulungnya pula di jumpai tidur di tepi jamban. Kucing belaan keluarganya turut mati, pokok-pokok yang ditanam isterinya semuanya mati. Malah, nasi dan gulai yang baru dimasak isterinya juga basi.

Gangguan datang silih berganti. Hidupnya mulai kacau. Keris pusaka tak bertuan menjadi rebutan. Nyawanya kini terancam!

Beliau sedar waris sebenar perlu dicari bagi merungkai misteri yang menyelubunginya dan semua ini terjadi sejak dia meminjam keris daripada pak longnya itu

Ikan haruan kering


Dilangit, tiada awan kelihatan membungkus alam. Dari pagi lagi matahari mulai galak menyebar cahaya. Lebih seminggu hujan mencurah bumi kawasan ini seperti tengkujuh ingin melanda. 

Langit yang cerah ini diambil kesempatan oleh jiran-jiran pokcik untuk menyidai kain diampaian, tidak terkecuali pokcik ambil kesempatan juga untuk menjemur ikan haruan yang dipancing beberapa hari yang lalu. 

Kalau sehari jemur belum tentu lagi elok keringnya ikan ini.. harapan semoga esok mentari tetap bersinar.


Memancing ikan disawah


Petang yang damai dengan angin yang bertiup manja. Pokcik bersama isteri luangkan masa bersama turun ke bendang. Bukan untuk mengerjakan sawah sebagai mana kebanyakan penduduk kampung. Mereka ada tanah sawah untuk dikerjakan.

Seawal pagi lagi pokcik telah rancang untuk memancing puyu dan haruan. Cengkerik sebagai umpan telah dibeli sebanyak RM4.00 (20 ekor seringgit).

Alhamdulillah rezeki selepas asar tadi. Cuaca yang cerah setelah beberapa hari hujan menjadikan puyu dan haruan galak menyambar umpan yang dijatuhkan.

Puyu dan haruan ini selain digoreng kunyit, dibuat pekasam pun sedap. Sementara menanti tengkujuh melanda.

Bernama baru

Alhamdulillah, Pokcik kembali ...

Ya kembali lagi, kembali dengan berwajah. dengan kembali kepada blogspot. Pokcik tidak mahu sebarang komitmen untuk renew domain setiap tahun.

Beberapa  minggu yang lalu kesihatan pokcik tidak menentu itu yang menyebabkan pokcik hilang semangat untuk berblog. Kini Alhamdulillah kembali sihat semula.

Downgrade dari dot com ke blogspot itulah yang lebih baik difikiran pokcik. Walaupun apa orang nak kata itulah keputusan terbaik dari pokcik..

Segmen Bloglist September - Disember 2018

http://www.syamimisaad.com/2018/09/segmen-bloglist-september-disember-2018.html

Dah agak lama rasanya pokcik tak join mana-mana segmen atau giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger. Disebabkan syaratnya cukup ringkas maka adanya pokcik join lah segmen ni... ayuh bagi sapa-sapa yang nak join sila klik banner atas tu..

Buku yang sedang dibaca #2 - DIHANTU tulisan Mikael Sahaja


Mood membaca datang lagi, kali ini Novel dihantu menjadi mangsa. Ok lah bacaan ringan untuk  senggang waktu tidur pokcik. 

Kisahya..


Pontianak dilahirkan sebagai hantu tapi sering gagal menakutkan manusia. Dia dipaksa berpindah oleh Ayah Ponti yang tidak tahan lagi diketawakan hantu lain di warung kopi Hantu Air di kampung mereka. Maka Pontianak pun berhijrah ke Kampung Mudah.


Di sana, Pontianak dengan tidak sengaja telah menakutkan Lebai Leman. Berita tu segera disebarkan Usin Radio. Akibat itu, tanpa sengaja Pontianak disanjung hebat dalam kalangan hantu. Dia melayan kemasyhuran ini dengan dorongan pengurus liciknya Encik Toyol.

Statusnya sebagai Duta Hantu tergugat bila Drakula datang dari luar negara ke Kampung Mudah. Hajatnya: mahu mencabar satu lawan satu dengan Pontianak dalam pertandingan menakutkan manusia. Komplikasi seterusnya datang dalam bentuk seorang jejaka manusia bernama Helmi. Hajatnya: mahu memenangi hati Pontianak.

Sinopsis dari Goodreads

Anak sepupu kemalangan, pokcik bagi sapu minyak gonggang

Tiga hari yang lalu anak sepupu pokcik kemalangan motorsikal. Kemalangan yang berlaku disimpang jalan kampung berhampiran dengan rumah.  Terbalik motorsikal akibat terperanjat dan cuba mengelak kereta yang dinaiki oleh ayahnya sendiri. Kecederaan yang dialami pun bukanlah teruk sangat hanya melibatkan kecederaan pada kulit sahaja.


Dah dihantar untuk mendapatkan rawatan dihospital untuk melihat adakah kecederaan yang dialami itu melibatkan kecederaan dalaman. Alhamdulillah semuanya baik, tidak melibatkan dalaman.


Keesokkannya pokcik cadangkan pada sepupu pokcik supaya dia menyapu minyak gonggang yang pokcik buat pada anaknya. Nasib baiklah sepupu pokcik ini hendak cuba untuk sapu pada kecederaan kulit anaknya.

Tiga hari selepas itu pokcik datang untuk melihat kesan pada kulit anaknya itu. Kata anak sepupu pokcik ini. Minyak ini tidak pedih dan kulit tidak meregang dan air luka pada daging cepat kering.


Alhamdulillah... Minyak gonggang ini amat baik untuk kecederaan kecil pada kulit akibat kemalangan. Itu hanya sedikit dari kebaikan minyak gonggang ini. Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan minyak gonggang ni, boleh email pokcik damalkamis@gmail.com untuk keterangan sepenuhnya. Harga RM20.00 termasuk pos untuk Semenanjung dan RM30.00 bagi Sabah/Sarawak. 


20 batang 60 ringgit

Apa yang 20 batang 60 ringgit tu.. aahhaa.. itulah rezeki pokcik petang ini.

Bila jiran pokcik yang hendak mengadakan kenduri kahwin anaknya esok berkenan hendak membeli keladi pokcik.. Alhamdulillah rezeki hari raya. 

Dua guni besar tu.. batang keladi ni tingginya pun dah lebih dari ketinggian pokcik. Sayangnya keladi yang pokcik tanam ni tiada umbisi yang besar.


Keladi ni pokcik tanam dalam alor yang telah kering dibelakang rumah, itulah sebabnya menjadikan pokok ini subur tumbuhnya. Ada juga yang pokcik tanam atas darat berhampiran Alor.

Buku yang sedang dibaca #1 - Menggunung tulisan Helmi effendi


Sehari dua ni mood membaca pokcik datang lagi. Buku yang jadi mangsa bacaan pokcik ni dihasilkan oleh Helmi Effendy. Ini kali pertama pokcik baca hasilannya.. Apa yang pokcik boleh katakan.. cukup menarik..

Menggunung, pekan di mana khabar angin menjadi realiti. Syaratnya apabila ada manusia yang percaya pada khabar angin tersebut. Fenomena aneh ini bermula di sebuah portal dan laman web yang bercerita tentang kisah hantu yang berlatarkan pekan Menggunung yang berpopulasi 30 000 orang itu.

Setiap perkara yang dinaikkan di laman web itu menjadi realiti apabila tersebar dalam bentuk khabar angin. Namun, khabar angin itu menjadi semakin tidak terkawal apabila kemalangan, kehilangan bahkan kematian berlaku secara bersiri di Menggunung ini memaksa Izzat dan rakan-rakannya untuk menyelesaikan misteri ini, sekali gus menyelamatkan pekan yang terletak di tanah tinggi itu!

“Kalau kau dengar bunyi hilai tawa puntianak jauh, maksudnya dia dekat. Kalau kau dengar dia dekat, sebenarnya dia jauh." - Kamarul

“Dalam buku sejarah pasal Pertempuran Menggunung 500 tahun yang lalu, tok batin yang berperang dengan pengasas Menggunung seru makhluk serigala jadian dari kegelapan untuk membantu mereka." - Sofea

“Tak kisah. Sekarang ni ada artikel baru yang dinaikkan kat Dari Alam Lain. 10 Makhluk Terkenal Yang Menguasai Hutan Menggunung…” – Kamarul.

Sinopsis dari Goodreads

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2018

Pagi ini berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan di sekolah pokcik. Sekolah pokcik ni sekolah yang mana pelajarnya tidaklah ramai, hanya 178 orang sahaja dan gurunya tidak juga sampai berpuluh-puluh orang. 18 orang guru sahaja. 

Walaupun tidak ramai tapi setiap program yang dijalankan tetap meriah. Sentiasa mendapat kerjasama dari pelajar dan warga sekolah. seperti biasa, pokcik belanja beberapa keping gambar majlis tersebut