Lepas asar petang tadi, pokcik duduk termenung tepi jendela, isteri pokcik dan anak pokcik masih di hospital.. menantu pokcik belum lagi nak beranak... kesian, sekejap sakit sekejap ok.. orang perempuan tau macam mana sakitnya Tiba-tiba bau kopi dari rumah jiran baru sebelah semerbak sampai ke ruang tamu. Hati ni bergelora...sedapnya bau kopi tapi apakan daya, mulut dah tak boleh jamah, perut dah tak boleh terima, badan pun dah bagi isyarat . Kenapa pokcik tak boleh minum kopi? Ha... ni pokcik nak cerita sikit, mana tahu ada sahabat kita yang senasib. 1. Perut pokcik ni manja… sikit-sikit pedih Dulu masa muda, kopi o kaw pagi petang malam tak jadi hal. Tapi sepuluh tahu lalu bila minum je kopi, mula lah perut pedih. Rasa macam ada api menyala kat dalam dada. Doktor kata pokcik kena GERD , asid naik balik ke kerongkong. Maka bermulalah pantang... kopi dan nescafe masuk senarai hitam.. 2. Jantung laju, dada berdebar Sekali tu pokcik minum kopi semasa kenduri, kononnya nak lawan...