Langkau ke kandungan utama

Kebun Bersih, Hati Pun Lapang

Kadang-kadang kita tak sedar, kebun bukan sekadar tempat tanam pokok. Bagi Pokcik, kebun ni macam ruang terapi. Tempat lepas lelah, tempat tenangkan fikiran. Tapi satu benda Pokcik pegang—kalau kebun tak bersih hati pun tak tenang, kepala makin serabut.. hendak tak hendak kena bagi bersih kebun.

Contohnya kebun tebu Pokcik ni. Kalau dibiarkan daun-daun kering berselirat kat batang, berserak atas tanah, rasa macam semak. Nak jalan pun rasa malas. Tapi bila Pokcik rajin buang daun-daun tu, bersihkan lorong, trim sikit mana yang perlu—Subhanallah, terus rasa lapang dada.

Bila kebun bersih:

- Mata sedap memandang

- Fikiran jadi tenang

- Semangat nak turun kebun pun datang

Pokcik suka duduk hujung lorong tebu, hirup udara pagi yang berkabus. Dengar bunyi daun bergesel, bau tanah lembap, rasa macam dunia berhenti sekejap. Tak perlu spa mahal, cukup kebun yang bersih dan damai.

Jadi, kalau rasa stress, sakit kepala mokcik kamu membebel 😁🤭, pokcik lari ke sini.. fuuh tenang rasanya.  Bila kita jaga kebun, imbal baliknya datang kepada kita juga.

Ulasan

Suria Amanda berkata…
Wah..dah besar pokok tebu tu ye Pokcik..betul la tu..sape aje yang suka semak- semak ni...
Puan Hazel berkata…
Faham sangat Pokcik. Sy pokok dlm pasu pun suka potong/buang daun² kering. Nampak kemas je pokok²
Etuza berkata…
Rajin wak bersihkan kebun, berbudi kepada tanah..memang terapi sihat turun ke kebun..
namakucella berkata…
Kalau ikut kebiasan cuaca,Ramadhan kali ni belum musim hujan...Rezeki ramadhon la tu...in shaa Allah
DinoHauz berkata…
Cantiknya kebun. Memang terapi mata dan jiwa ni

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...