Banyak kumpulan yang dibina sama ada kumpulan di facebook ataupun whatsapp dengan pelbagai tujuan. Sebenarnya banyak kebaikan dengan tertubuhnya group-group seperti ini. kumpulan atau group yang dibina di whatsapp atau sebenarnya mendekatkan lagi hubungan sesama ahli di dalam kumpulan. Berbalik kepada asal penubuhan kumpulan-kumpuan ini. Sebagai contohnya, kumpulan yang dibina pada asasnya adalah kumpulan atau group sekolah, bertujuan untuk mengeratkan silatturahim sahabat-sahabat alam persekolahan dahulu. Sebaiknya usahlah digunakan group atau kumpulan ini dengan pelbagai iklan dan segala jenis perniagaan. Kadang-kadang kita sendiri sudah terlalu muak dengan iklan-iklan. Buka sahaja facebook segala bentuk iklan sudah terpamer di timeline kita. Group whatsapp juga dilambakkan dengan iklan. Bagi pendapat pokcik, kalau ingin sangat beriklan sebaiknya bina kumpulan dengan nama atau bentuk perniagaan dan jemput sahabat atau rakan menjadi ahli kumpulan dan seperkara la...