Menyepi di sangkar ikan

Sungguh lama pokcik tidak mencatatkan apa-apa cerita di blog kesayangan pokcik ini.Sebabnya pokcik ingin menyendiri, bebas dari segala gangguan dan hubungan di dunia internet buat untuk sementara waktu.


Selesai kerja, sangkar ikan inilah tempat pokcik menyendiri... memancinglah aktiviti utama selain  dari aktiviti memberi makan ikan.


Cukup seronok memerhatikan keindahan setiap penjuru tasik dengan sinar kemilau mentari senja membias cahaya dipermukaan tasik. Sunyi, sepi dan damai.


Pondok kecil dengan ruang yang sempit inilah tempat berehat melunjurkan kaki, merebahkan badan, menyejukkan diri dari bahang kepanasan sang mentari.


Sebenarnya semuanya tidak dapat bertahan lama, dunia internet tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Facebook dan whatsapp tidak boleh dilupakan. Telefon pintar amat penting walau dimana berada.

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Agak lama pokcik menyepikan diri dari dunia blog... kesibukan yang melanda dan line internet yang bermasalah menyebabkan mood pokcik untuk berblogging merudum.

Jadi untuk entri pertama dibulan april ini pokcik menjemput rakan-rakan blogger untuk blogwalking ke blog rakan kita yang mengadakan segmen. Bagi sahabat yang ingin berblogwalking jom klik banner bawah untuk join