Langkau ke kandungan utama

Catatan

Giveaway SR! Saya Nak TNG eWallet!

Sesekali singgah juga Pokcik ke blog rakan-rakan blogger. Dalam dunia blog yang semakin sunyi ini, masih ada sahabat yang rajin menulis, berkongsi cerita dan menganjurkan aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Kali ini Pokcik terpandang satu hebahan menarik daripada rakan blogger SR melalui blog Syazni Rahim. Beliau sedang menganjurkan satu giveaway khas untuk rakan-rakan blogger Malaysia. Hadiah yang ditawarkan pun menarik juga. Tiga orang pemenang bertuah bakal membawa pulang kredit TNG eWallet seperti berikut: - Tempat pertama: RM50 - Tempat kedua: RM30 - Tempat ketiga: RM20 Pokcik pun tidak mahu ketinggalan. Mana tahu ada rezeki Pokcik kali ini. Kalau dapat RM50, bolehlah tambah nilai TNG eWallet. Sedikit sebanyak dapat juga meringankan belanja perjalanan. Bagi Pokcik, menyertai giveaway begini bukan semata-mata kerana hadiah. Lebih daripada itu, ia menjadi satu ruang untuk kita saling mengenali dan menghidupkan kembali suasana dunia blogging yang pernah meriah suatu k...
Catatan terbaharu

Bertahun-tahun Pokcik Takut, Rupanya Sedap

Ada satu jenis sayur yang sudah bertahun-tahun pokcik pandang dengan penuh curiga. Bukan sebab tak suka, bukan juga sebab tak mampu beli. Tetapi disebabkan cerita-cerita yang selalu pokcik dengar daripada orang sekeliling. Kacang botor. Kata orang, kacang botor ni sejuk. Orang yang ada uluran angin, medu atau GERD macam pokcik ni tak elok makan. Nanti macam-macam boleh jadi. Perut boleh meragam, angin boleh naik dan entah apa lagi cerita yang sampai ke telinga. Jadi, bertahun-tahunlah pokcik tak makan kacang botor. Tengok orang makan, pokcik tengok saja.. Maklumlah, bila bab perut ni pokcik agak berhati-hati. Perut pokcik ni bukan boleh dibuat main. Ada kalanya perangainya lebih sukar dijangka daripada cuaca musim tengkujuh. Kebetulan pula, pokcik ada menanam kacang botor di kebun. Pokoknya sudah mula mengeluarkan hasil. Buah-buah muda bergayut elok pada pokok. Setiap kali tengok, terliur juga dibuatnya. Akhirnya pokcik buat keputusan. Kali ni nak cuba juga! Pokcik dah beritahu Mo...

Rezeki Dari Anak Sungai Banar

Petang tadi, selepas balik dari kerja, Pokcik tak terus balik rumah. Terus singgah ke Sungai Banar, sebuah anak sungai yang terletak berhampiran dengan kebun getah Pokcik. Pakaian kebun memang dah sedia dalam kereta.. Sungainya kecil sahaja. Bukan tempat yang istimewa pun, tetapi sesekali ada juga rezeki yang menunggu di situ. Dapatlah Pokcik menghabiskan sedikit masa selepas seharian bekerja. Dua tiga hari ni hujan lebat dan air memenuhi anak sungai, cuma hari ini saja matahari muncul.  Kebiasaannya bila anak sungai memenuh, banyaklah ikan ikan akan mudik untuk bermain air dan bertelur. Tapi kali ini pokcik tak bawa pukat dalam bonet kereta hanya ada batang kail sahaja. Umpan pokcik guna cacing yang mudah didapati sekitar tebing anak sungai. Alhamdulillah, petang tadi ada juga hasilnya. Beberapa jenis ikan berjaya dibawa pulang. Antaranya ikan peras, ikan kawan, ikan tebal sisik dan ikan merah pipi. Macam-macam jenis bercampur dalam satu besen. Bukan ikan besar yang dicari. Dapa...

HASIL PANCING PETANG KELMARIN

Petang kelmarin, Pokcik turun memancing di kawasan sawah padi.. Dapat ikan puyu agak banyak, diselang-seli dengan beberapa ekor ikan haruan. Petang ini pokcik mula menyiang ikan ikan itu. Ikan puyu ini bukannya boleh dibuat kerja sambil lewa. Sisiknya keras, durinya tajam. Kena pandai pegang dan hati-hati ketika menyiangnya. Sambil menyiang, Pokcik teringat kembali suasana petang kelmarin. Keseronokan ketika mengangkat ikan. Bila semuanya selesai, ikan yang sudah dibersihkan dikumpulkan. Ada juga yang agak besar saiznya. Cukuplah untuk dibuat lauk di rumah. Ikan puyu kalau digoreng garing atau dibakar tawar cicah budu memang membuka selera.  Mokcik dah rancang sedikit untuk dibuat pekasam.

Jangan Sapu Sampah Waktu Malam, Nanti Rezeki Ikut Keluar

Pernah dengar orang tua-tua berpesan, jangan menyapu sampah keluar dari rumah pada waktu malam. Katanya, nanti rezeki pun ikut tersapu keluar. Pokcik percaya ramai antara kita pernah mendengar petua ini. Ada yang masih mengamalkannya sampai hari ini. Kalau malam-malam nampak sampah di lantai, simpan dahulu penyapu. Esok pagi sambung kerja. Tetapi pernahkah kita terfikir, mengapa orang tua-tua dahulu berpesan begitu? Adakah benar kalau kita menyapu sampah pada waktu malam, rezeki akan berkurangan? Kalau hendak difikirkan dari sudut akal, pokcik rasa petua ini ada kaitan dengan cara hidup masyarakat dahulu. Zaman dahulu rumah tidak diterangi lampu seperti sekarang. Ada yang hanya menggunakan pelita minyak tanah. Cahaya pun samar-samar. Kalau menyapu pada waktu malam, mungkin duit syiling, barang kemas atau benda kecil yang terjatuh di atas lantai turut tersapu keluar tanpa disedari. Gambar Janaan AI Lebih-lebih lagi lantai rumah dahulu banyak yang beralaskan tanah atau papan. Barang...

Rezeki Puyu Di Bawah Laluan ECRL

Lepas asar tadi Pokcik turun ke baruh bersama Mokcik. Bawa joran dan umpan, mencari ikan di parit kecil yang memanjang di kawasan sawah berhampiran jalan ECRL. Kawasan ini masih dipenuhi rumput dan semak samun. Ada bahagian parit yang airnya hampir tidak kelihatan kerana ditutupi rumput yang tumbuh meliar. Sedang asyik memancing, kedengaran pula bunyi kereta api ECRL melintas di atas jalan. Sekejap sahaja bunyinya berlalu. Pokcik terus melayan joran. Ikan puyu agak galak memakan umpan petang ini. Seekor demi seekor berjaya dinaikkan. Ada juga beberapa ekor ikan haruan yang turut tersangkut. Alhamdulillah, dapat juga hasil yang agak banyak. Mokcik pula bukan main gembira petang petang, banyak juga dapat diangkat olehnya petang ini. Begitulah petang kami di baruh. Di atas jambatan kereta api lalu, di bawahnya Pokcik mencari rezeki dengan joran di tangan.

Sembang Kedai Kopi # 20 - Musim Tengkujuh, Musim ikan Darat

Pagi itu hujan turun renyai-renyai. Awan masih tebal menutupi langit. Di warung kecil di hujung kampung, Pokcik, Mat Rizal, Mail Towing dan Tok Awang sedang menikmati kopi panas. "Musim tengkujuh dah mari. Tahun ni nampaknya kena bersedia sikit," kata Pokcik sambil mengacau kopi. Mat Rizal mencapai telefon bimbitnya. "Aku ada baca laporan METMalaysia. Monsun Timur Laut musim 2026/2027 dah bermula pada 27 Oktober dan dijangka berterusan sampai Mac tahun depan. " Mail Towing menyampuk. "Habis tu, berapa lama kita nak hadap hujan ni?" "Menurut ramalan Jabatan Meteorologi, antara November hingga Januari dijangka berlaku tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan. Kawasan Pantai Timur macam Kelantan dan Terengganu memang antara kawasan yang perlu diberi perhatian. Kawasan rendah dan berhampiran sungai berisiko banjir," jawab Mat Rizal. Tok Awang mengangguk perlahan. "Patutlah orang kampung kena mula bersiap. Parit kena bersihkan, ba...