Sukan sempena hari guru

Entri kali ini cuma pokcik nak kongsikan sekeping dua gambar aktiviti sukan sempena hari guru yang diadakan pada ahad lalu. Diadakan secara ringkas dimulai dengan aktiviti senamrobik dan suakaneka pula dengan tiga acara iaitu boling buah kelapa, tiup belon dan sambut belon berisi air..

bagi acara dewan pula akan diadakan pada 2 Mei ini iaitu khamis. .. temanya, tunggulah pokcik update gambar nanti





Kemarau, air tasik pun mulai kering

Sudah agak lama pokcik tidak berkunjung ke Tasik Durian Telur ini. beberapa hari yang lalu pokcik sempat singgah ke tasik ini. Tujuannya hendak berjumpa seorang sahabat yang memelihara ikan sangkar. Hendak membeli sekilo dua ikan segar peliharaan beliau.

Tak sangka pula kemarau yang panjang sejak sebulan dua ini tanpa hujan yang lebat menyebabkan paras air tasik menjadi sebegitu cetek.


Dulu tasik ini menjadi satu tempat pancingan popular pokcik. Tapi dapat maklumat dari sahabat pokcik ini tempat ini memang popular untuk pancingan tetapi untuk mendapat ikan sebarau, lampam dan toman agak sukar. Ikan yang biasa ditangkap ialah jenis peacock bass. Peacock bass ini bukanlah  penghuni asal tasik ini sebaliknya ianya adalah ikan yang dilepaskan ke tasik ini dan cepat membiak serta cepat juga memusnahkan populasi ikan asal.


Tasik ini juga menjadi pilihan untuk pasangan yang baru berkahwin untuk merakamkan saat indah dalam hidup mereka.Waktu sampai sini pun ada dua pasangan pengantin sedang dirakam oleh jurufoto mereka.

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed


Jom sertai Giveaway ini. Tamat pada 10.5.2019. Hadiah pun menarik, himpunan cerpen dari seorang penulis yang pokcik minat.
Klik banner untuk join.

Abam Kie's Birthday Giveaway

Alhamdulillah masih berkesempatan lagi untuk menyertai  Abam Kie's Birthday Giveaway.
Jadi bagi yang belum menyertainya bolehlah klik banner bawah tu


Semoga Abam Kie diberi kesihatan yang sempurna, dimurahkan rezeki dan 
dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat.

Burung kelicap


Burung kelicap ini sempat pokcik rakam gambarnya pada hari jumaat lepas. Burung ini membuat sarangnya pada pokok renek berhampiran dengan rumah mertua. Tak taulah kelicap apa, sebab burung kelicap ni banyak jenis. Pokcik panggil burung ni kelicap hijau sebabnya dibahagian bawah bulunya berwarna hijau..


Cantikkan burung ini.

Gambar Hari Rabu #58 - LMG


Apa itu LMG. LMG ialah singkatan pada Latihan Memberus Gigi. Hari ini anak-anak kecil kami ditunjukkan oleh pegawai dari pejabat pergigian bagaimana memberus gigi dengan cara yang betul.

Gambar Hari Rabu #57 - 0.45x Wide Angle Macro Lens


Alhamdulillah dah sampai dah, minggu lepas buat pembelian melalui laman Shopee. Harganya tak lah mahal tak sampai seratus pun. Lepas ni bolehlah main-main dengan lens ni..



Dalam sakit, aktiviti berkebun tetap diteruskan


Agak lama pokcik menyepikan diri tanpa menulis sedikit catatan di blog ini. Hari ini Alhamdulillah kaki pokcik makin bertambah baik.

Hendak bercerita sedikit disini tentang kejadian yang menimpa dan menyebabkan kecederaan pada kaki pokcik sebagai tanda peringatan atau berhati-hati sewaktu melakukan sebarang kerja.

Tiga minggu yang lalu sewaktu pokcik ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk berurusan. Tiba ditempat parking kereta, tiba seorang pemuda dalam lingkungan usia pertengahan 30an datang.

"Abang, boleh minta tolong tolak kereta saya. Abang yang bawa saya yang tolak" kata pemuda itu pada pokcik. Pokcik pandang pemuda itu dan pandang kereta itu. Dalam hati 'aahh.. kereta kancil ok lah'.

"Tak apa awak yang pandu, biar abang aje yang tolak" pokcik menolak permintaan pemuda itu untuk memandu kereta itu memandangkan hanyalah sebuah kereta kancil dan pokcik sudah biasa menolak kereta kancil yang mati, pokcik pun ada sebuiah kereta kancil. Pemuda itu berkeras supaya pokcik yang masuk dalam kereta itu dan pokcik juga tetap berkeras.

Akhirnya pemuda itu mengalah dan pokcik menolak mengundur dan seterusnya menolak kedepan. Dalam lebih kurang lima langkahan dengan keupayaan dan kudrat seorang diri kereta itu akhirnya hidup dan disaat dan masa yang sama pokcik terdengar seakan letupan kecil dilabu betis pokcik yang hanya pokcik seorang sahaja mendengarnya. Kaki pokcik sudah tidak dapat bergerak dan sakitnya bukan alang kepalang.

Pemuda itu terus keluar dari kereta tadi dan datang memapah pokcik serta meminta maaf dan menyatakan kekesalanya kerana pokcik tidak mahu berada didalam kereta dan membiarkan dia yang menolaknya. Pokcik menyatakan bahawa dia tidak bersalah dan ini hanya sebab dan asbab sahaja tuhan ingin memberi pokcik pahala. (dalam gurauan walaupun sakit).

Beberapa orang yang datang selepas itu membantu pokcik dan sahabat pokcik yang datang selepas itu membawa pokcik ke unit kecemasan hospital dan kereta pokcik dihantar oleh kawan sahabat pokcik tadi kerumah pokcik.

Dihospital, doktor menyatakan tisu otot betis pokcik koyak sedikit dan meminta pokcik berehat kerana tisu ini memerlukan masa yang panjang sedikit untuk pulih.

Alhamdulilah, hari ini rasanya dah masuk minggu ketiga dan kaki ini makin bertambah baik. Dalam sakit, aktiviti berkebun tetap diteruskan kerana kangkung pokcik itu sudah sampai masanya untuk dituai dan memenuhi permintaan beberapa kedai yang menjual sayur dibeberapa tempat sekitar kampung pokcik dan kampung berjiran.