Isnin, 29 April 2019

Kemarau, air tasik pun mulai kering

Sudah agak lama pokcik tidak berkunjung ke Tasik Durian Telur ini. beberapa hari yang lalu pokcik sempat singgah ke tasik ini. Tujuannya hendak berjumpa seorang sahabat yang memelihara ikan sangkar. Hendak membeli sekilo dua ikan segar peliharaan beliau.

Tak sangka pula kemarau yang panjang sejak sebulan dua ini tanpa hujan yang lebat menyebabkan paras air tasik menjadi sebegitu cetek.


Dulu tasik ini menjadi satu tempat pancingan popular pokcik. Tapi dapat maklumat dari sahabat pokcik ini tempat ini memang popular untuk pancingan tetapi untuk mendapat ikan sebarau, lampam dan toman agak sukar. Ikan yang biasa ditangkap ialah jenis peacock bass. Peacock bass ini bukanlah  penghuni asal tasik ini sebaliknya ianya adalah ikan yang dilepaskan ke tasik ini dan cepat membiak serta cepat juga memusnahkan populasi ikan asal.


Tasik ini juga menjadi pilihan untuk pasangan yang baru berkahwin untuk merakamkan saat indah dalam hidup mereka.Waktu sampai sini pun ada dua pasangan pengantin sedang dirakam oleh jurufoto mereka.

3 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Cantik kawasan dan pemandangan tasik ni..tempoh hari PC balik kampung,,parit depan rumah pun kering..merekah tanahnya.Allahu.

Sha Mohamed berkata...

Makin panas sampai mengering air tasiknya ye pokcik..
Cantik gambar yang pokcik amik..

Warisan Petani berkata...

Indah pemandangannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Pokcik Blogger Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates