Petang tadi 4 Februari...dalam perjalanan pulang dari Jabatan Akauntan Kuala Terengganu atas urusan perkerjaan pokcik berhajat untuk ke rumah mertua di Kampung Sri Bayas, Ulu Seladang, Setiu. Hampir tiga bulan pokcik tidak berjumpa dengan mertua, kalau kebiasaannya sebelum ini boleh dikatakan setia minggu pokcik akan datang berkumpul dan menjamu selera bersama-sama. Tiba dijambatan menuju ke Kampung Sri Bayas terlihat air sedang melimpah dengan sampah-sampah yang dihanyutkan air tersangkut dijambatan. Hati mula berbelah bagi sama ada mahu teruskan hajat ke rumah mertua atau berpatah balik sahaja. Risau dengan pengalaman yang lepas bila terkurung di sana selama dua malam dengan pesalinan tidak dibawa bersama. Diatas jambatan pokcik terlihat seorang pakcik yang sedang meninjau-ninjau keadaan air. Pokcik menghampirinya dan bertanya khabar tentang keadaan air. Katanya paras air makin meningkat dan mengikut pengalamannya dalam masa sejam lagi ...