Program Jom Beli dan Makan Kuih Tradisional anjuran penduduk Kampung Raja Besut yang diadakan setiap Sabtu kini mula mendapat tempat dihati pengunjung sekitar sini. Program yang diadakan di Desa Ukiran Besut ini bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari sehingga kini telah pun berjalan selama empat kali (setiap Sabtu).
Memandangkan sambutan baik yang diterima dari pengunjung tidak salah rasanya suatu masa nanti program ini boleh dimasukkan dalam kalendar pelancongan daerah ini.
Pelbagai jenis kuih-kuih tradisional makanan masyarakat setempat tersedia untuk dibeli oleh pengunjung. Yang menarik perhatian pokcik ialah Ubi gadung tenyeh atau parut dengan harga RM2.00.Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan silat tari oleh persatuan silat tempatan.
Jadi apalagi.. jomlah berkunjung ke Besut dan masukkan program ini dalam kalendar lawatan anda.
Layan gambar sekeping dua kat bawah....
2 ulasan:
Bagus tau pokcik cara macam ni akan menaikkan martabat kuih tradisional kita...
wah..best tuh!
Catat Ulasan