Kenangan


Masa kecil, aku suka mengikut belakang traktor yang membajak tanah sawah.. Dengan kayu di tangan, bersama rakan seramai lima atau enam orang mengejar haruan, keli atau puyu yang kepeningan selepas terkena putaran tenggala.

Tidak hirau penat, tidak hirau kotor selut yang kadang hanya mata kami sahaja yang kelihatan. Kadang kami pulang dengan ikan di tangan, penuh satu plastik.

Tiada ibu atau bapa yang marah, ikan itu ibu yang siang kan dan menjadi lauk kami untuk berhari hari.

banjir 30 November - 2 Disember

Beberapa hari yang lalu daerah pokcik, Besut telah dilanda banjir. Ada beberapa kampung yang teruk dan ada juga tempat yang tidak dinaiki air. Berbeza dari beberapa siri banjir yang lalu, boleh dikatakan kampung pokcik tidaklah teruk walaupun dihulu daerah ini yang teruk dilanda.

Beberapa kampung dihulu Besut seperti Kampung La, Kampung Keruak  dan kampung Bekok yang teruk dilanda banjir. Ada kes yang melibatkan beberapa kenderaan yang ingin ke hulu daerah telah terkandas dan tenggelami oleh paras air yang naik secara mendadak.

Seperti kes lori pejabat daerah yang dalam operasi tenggelam sepenuhnya serta empat buah van yang yang membawa bantuan dari Kuala Lumpur terkandas dalam air dalam di Kampung Bekok.

Walau apa pun alhamdulillah tiada kejadian yang meragut jiwa berlaku. Bagi sebahagian, ianya seperti pesta banjir dan sebahagian lagi mengalami banjir yang teruk menganggapnya sebagai musibah dn bencana yang melibatkan kehilangan harta.

Pokcik kongsikan sedikit gambar disekitar kampung pokcik... 




Acanthosoma labiduroides


Acanthosoma labiduroides atau dalam bahasa mudahnya kesing dalam keluarga  Pentatomoidea .. Yang ni kesing jantan..  Kesing ini lebih besar dari kesing yang berwarna kelabu.

Banyak berkeliaran disekitar kebun sayur pokcik. Menghisap air dari batang pokok lada dan kangkung yang akhirnya pokok menjadi layu atau batang menjadi hangus  menyebabkan kematian pokok tanaman.

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com


Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com bermula pada hari ini, 20 November 2019, iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 November 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

5 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan akan dimasukkan ke bloglist Mia selama setahun pada tahun 2020. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2019.

** jom support Mia Liana....


Mentadak mentadu



Wah, lama benar pokcik tidak menjengah blog ini...blog kesayangan yang ditinggalkan.
Mentadak mentadu, ditempat pokcik ni orang panggil sudu senor. Waktu dizaman kanak-kanak dulu pokcik sukalah menangkap serangga ni untuk dibuat permainan. Sekadar suka melihat gelagat dan gerakan serangga ni.

Gerakan dua kakinya yang sungguh cantik...  dalam cerita-cerita kungfu cina pun ada gerakan mentadak ni. Dalam gambar ni... benda yang dipegang oleh mentadak itu adalah sayap kupu-kupu, badan kupu-kupu ini sudah habis dimakannya. Sayangnya waktu pokcik menemuinya peristiwa mentadak ni menangkap kupu-kupu telah berlaku. kalau tidak dapatlah pokcik rakam video dia menangkap mangsanya. Satu moment yang indah terlepas... 

Burung bangau kecil


Dua keping gambar ni pokcik rakam petang tadi sewaktu ronda ronda kawasan sawah bendang. Bukan senang untuk menghampiri burung ini.. Lebih kurang 300 meter jaraknya dari burung ini. Menjadi liar dan agak culas akibat dari aktiviti berburu yang dilakukan di kawasan sawah terutama pada musim tengkujuh. 

Kiranya tadi pokcik bernasib baik, bila motosikal dihentikan burung ini tidak terbang lari tetapi berada dalam keadaan berjaga jaga. 

Alhamdulillah walaupun jauh gambar dapat dirakam tanpa getaran atau dengan getaran yang kecil. 


Kubung


Gambar Kubung ini pokcik rakamkan petang semalam. Sebelum hujan mencura-curah turun membasahi tanah kampung halaman pokcik. Bergayut tinggi nun dihujung pokok nangka dihadapan rumah jiran.

Sudah agak sukar untuk melihat keberadaannya dikawasan kampung kini berbanding sewaktu pokcik kanak-kanak. Sudah dikategorikan sebagai spesis hampir pupus dan terancam dan dilindungi dibawah akta hidupan liar. Kubung ini merupakan seekor kubung betina. Ada seekor anak yang berlindung dan bergantung diperut. Cuma pokcik tidak dapat merakam gambarnya.

Kubung (Malayan flying Lemur) ialah salah satu daripada haiwan colugo, yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Cynocephalus variegatus.[1][2] Terdapat satu lagi spesies iaitu Kubung Filipina - Cynocephalus volans yang hanya terdapat di Filipina.
Sungguhpun nama Inggeris Kubung adalah The Malayan Flying Lemur ia bukannya lemur dan tidak terbang. Sebaliknya, ia meluncur ketika melompat antara pokok. Ia sepenuhnya arboreal, dan aktif pada waktu malam, dan makan tumbuhan lembut seperti daun muda, pucuk, bunga dan buah. Selepas bunting dalam tempoh 60-hari, seekor anak dibawa pada perut ibu dipegang oleh membren kulit yang besar. (Sumber : Wikipedia)



Burung Gerek


Semasa kecil dahulu, iaitu di alam sekolah rendah akhir tahun 70an pokcik suka mencari sarang burung ini yang biasanya membuat sarang didalam pasir halus lembut dikawasan tebing tebing sungai dikampung. Suka mengambil telur-telurnya dengan tanpa tahu apa tujuannya kerana mengikut perbuatan kawan-kawan yang lebih tua. Waktu itu burung  ini mudah dijumpai dikawasan sungai dikampung.

Gambar ini dirakam dikawasan belakang rumah tempat pokcik biasa bertanam kangkung. Kerana adanya pokok pokok getah tua dan tinggi yang rantingnya telah mati dan menjadi tempat burung ini bertenggek. Spesis ini sudah jarang ditemui dibeberapa tempat. Pokcik tidak tahu dalam kategori mana burung ini tapi pokcik berpendapat mungkin burung ini dalam spesis layang-layang kerana bentuknya yang tirus dan cara pemakanan yang terbang dan menyambar serangga-serangga kecil yang sedang terbang.

Pokcik sedang tercari-cari istilah sains bagi 'burung gerek' ini atau apa-apa panggilan atau nama yang berbeza ditempat atau dinegeri yang lain. 

Burung - Lineated Barbet



Lima petang pokcik memburu burung ini. Kawasan permainannya disekitar kawasan kampung, gambar ini pun dirakam dibelakang rumah pokcik. Makanan utamanya adalah ulat dan buah-buahan.

Pokcik tidak tahu apakah nama panggilan bagi burung ini di Malaysia. Orang kampung pokcik panggilnya dengan nama burung 'keput' atau 'kutup' dan ada yang panggil dengan nama burung 'guntun'. mungkin ini disebabkan suara burung ini yang seakan menyebut bunyi itu setiap kali berbunyi. 

Lineated Barbet ini adalah dari spesis burung belatuk. Bersarang dirongga batang kayu reput yang telah ditebuk atau ditinggalkan sebelum ini oleh burung belatuk yang lain.

Family day Prasekolah

Alhamdulillah kali ini pokcik hanya nak kongsi gambar kejadian pada Sabtu 28.9.2019. Prasekolah pokcik telah mengadakan hari Keluarga bertempat di Pantai Bukit Keluang.. Tempat yang makin popular aktiviti hiking.

Seramai lapan belas keluarga pelajar Prasekolah telah memeriahkan program ini, guru pra dan pembantunya serta pengurusan sekolah turut hadir sama..

Cukup meriah, itu yang pokcik katakan... Makanan pun cukup banyak yang dibawa oleh ibu bapa anak anak Prasekolah dan pengurusan kelas pra.

Aktiviti yang dijalankan turut disertai oleh ibu bapa penjaga.. Jom layan gambar yang sempat pokcik rakam sewaktu acara berlangsung.. 







Sepakat membawa berkat

Alhamdulillah, Program Bubur Asyura yang dirancang sebelum ini dengan jayanya terlaksana diawal pagi ini. Bermula jam 3.45 pagi kawah mula diletakkan tungku dapur.

Dengan penglibatan dari guru-guru yang tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah bersama dengan komuniti PIBG dan kerjasama dari Kontraktor kantin sekolah, jam 9.30 bubur asyura mulai dapat dihidangkan kepada guru-guru dan pelajar serta PIBG yang terlibat.

Hasil dari kerjasama... SEPAKAT MEMBAWA BERKAT





Penutup Majlis sambutan bulan kemerdekaan

Majlis penutup Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah pokcik telah diadakan pada 19.19.19 ... 

Disambut secara sederhana tetapi tetap meriah. Aktiviti dimulakan dengan solat hajat dikuti senamrobik, basikal berhias, perarakan berhias, perarakan mengelilngi sekitar kampung (FELDA). 

Selepas itu, acara dewan pula yang melibatkan pertandingan mewarna (prasekolah sahaja), pertandingan sajak, pertandingan lagu patriotik dan pertandingan pakaian beragam patriotik..

Pokcik kongsikan sedikit gambar acara berkenaan kat sini..









Keladi dah boleh dijual


Keladi yang pokcik tanam beberapa bulan yang lalu telah mendatangkan hasil. Beberapa pohon telah dijual, memenuhi kehendak pelanggan yang merupakan rakan dan sahabat pokcik sendiri. 

Anak sulur keladi ini telah pokcik pindah dan tanam ditempat yang lain. Sehingga kini keseluruhan keladi pokcik sebanyak tiga ratus pohon termasuk kecil dan besar. Alhamdulillah pokcik menerima tempahan dari sahabat pokcik katanya hendak sebanyak tiga periuk besar untuk dibuat kenduri pada bulan november nanti.

Harapan pokcik, semoga permintaan dari sahabat ini dapat dipenuhi.. Kerana bukan sedikit yang diinginkannya. Banyak tu...Rasa macam nak pencen awal dan nak fokus pada bidang pertanian pula, terutamanya dalam bidang tanaman sayuran memandangkan apa yang pokcik usahakan secara kecilan selama ini tidak cukup menampung permintaan yang kadang-kadang itu banyak.


Nasi Tupe



Nasi Tupe (nasi tumpang), dah lama benar pokcik tidak merasanya. pagi ini, alhamdulillah rakan pokcik yang tinggal di area Kota Bharu, Kelantan datang ke sekolah dengan membawa nasi ini.

Dapatlah kita orang merasanya. Kawasan pokcik ini, di daerah Besut ... rasanya tiada pengusaha yang mengusaha makanan ini.


Ini kali kelima rasanya pokcik dapat merasanya... kali terakhir empat tahun yang lalu (lama tu)... Nak tau resepi nasi tupe.. pokcik tak pandai tapi boleh saja search kat google resepinya..

ABS Six Pack Care Exercise Bench Sit Up Gym



Beberapa hari yang lalu,.. sebelum cuti Hari Kebangsaan dan Maal Hijrah, Pokcik membuat pembelian Abs Six Pack Care Exercise Bench Sit Up Gym kat Shopee. Tu pun berkenan bila tengok harganya yang murah pada perkiraan pokcik. 

Bila makin tua ni kan, hendak berlari berjogging macam dulu-dulu rasanya cepat sangat mengahnya. Perut pun dah makin membuncit, lemak diperut makin melambak.. dalam bermalas-malasan pokcik letak benda ni depan tv, sambil nonton tv pokcik hayunkannya.

Kenapa pokcik pilih benda ni..

  - boleh lakukan sit up 100-200 kali dengan mudah dan berkesan sambil nonton tv.
  - Kiranya benda ni macam mini Gymlah bagi pokcik, boleh guna bila-bila masa.
  - Bakar kalori dibahagian perut dengan lebih berkesan
  - Kerusi dia 360 darjah, boleh berpusing

Pendek kata boleh buat macam-macam untuk mengeluarkan peluh tu sambil nonton tv... Tidaklah hendak buat sampai perut tu jadi six pax... setakat mengempiskan sedikit pun dah kira ok.. lagi best bila pokcik beli dumbell set 5kg sebelah.. berpeluh dan bersakit urat sakan..

MERDEKA... MERDEKA


'MERDEKA... MERDEKA'.. itulah laungan keramat pokcik bersama kawan kawan sambil membawa bendera kebanggaan, berbasikal kelilingi kampong.. Itu nostalgia puluhan tahun yang lalu. Cukup indah untuk dikenang..

Pertahankan apa yang dimiliki, hindari lah provokasi oleh segelintir pihak yang berkepentingan.. dan jangan jadi bodoh. Kenali sejarah kepelbagaian.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN dan SALAM MAAL HIJRAH..

Hadiah dari Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway dah sampai

Alhamdulillah, petang semalam hadiah dari blogger Shuhaidasaad sempena 3rd giveaway yang dianjurkan oleh beliau selamat sampai.  Pokcik berikan hadiah ini buat bini pokcik dan corak serta warna ini menjadi pilihannya. Cantik itu yang hendak dikatakan.



Terima kasih buat blogger Shuhaidasaad atas hadiah ini semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan berikan kesihatan yang sempurna.

Gambar bawah itu lah corak dan warnanya.. Dhia Cotton. IG cottonkurungs





Gambar Hari Rabu #61 - Sarapan Pagi


Apa yang sahabat semua makan bila sarapan? Adakah mencukupi ikan kering dengan nasi?..

Giveaway-02 by Ematunz

Lepas umum pemenang untuk first giveaway, ematunz.blogspot.com terus buat second giveaway.

Hadiah kali ni lain machiam sikit, iaitu gambar portrait digital. Jika terpilih, uols boleh dapatkan sendiri punya gambar siap edit, ala ala lukisan gittuw, boleh guna letak kat wallpaper ke, default photo pun boleh tau. 

Klik gambar di bawah kalau nak join Giveaway-02:


Hadiah apa tu? Hah, pinjam japp gambar ematunz, ini adalah contoh hadiah (dalam bentuk gambar siap edit) seperti dibawah:

Lukisan digital oleh Aeisha Lisa

Semoga terpilih. Thankyou sudi join giveaway ematunz.blogspot.com.

Pemenang Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Hati gembira tidak terkata bila dapat tau blog pokcik jadi pemenang Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway yang pokcik sertai beberapa minggu yang lalu.


Kerana apa pokcik gembira? Tentulah kerana hadiahnya iaitu kurung moden eksekutif. Pokcik gembira bukannya sebab pokcik nak pakai. Kalau pokcik pakai nanti apa pula dikatanya pokcik ni. Sebenarnya pokcik nak hadiah kat bini pokcik, lama benar dah tak bagi hadiah kat dia. Dapat hadiah nanti tentu bukan main gembira dia, pokcik pun lagi gembira.. mana tau dapat pulak hadiahnya nanti .. kan..kan.. eheeem ehemm..



Program Rehat Minda sebelum UPSR

Program rehat minda untuk pelajar-pelajar tahun 6 sekolah pokcik telah diadakan pada 23 Ogos yang lalu. Program bagi pelajar ini mengurangkan tekanan pembelajaran dalam bilik darjah.

Aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah BBQ dan karaoke untuk pelajar-pelajar ini. Program secara santai ini berjaya menceriakan hati pelajar. Diharap pelajar ini dapat menghadapi UPSR yang bakal tiba nanti dengan hati yang tenang.