MERDEKA... MERDEKA


'MERDEKA... MERDEKA'.. itulah laungan keramat pokcik bersama kawan kawan sambil membawa bendera kebanggaan, berbasikal kelilingi kampong.. Itu nostalgia puluhan tahun yang lalu. Cukup indah untuk dikenang..

Pertahankan apa yang dimiliki, hindari lah provokasi oleh segelintir pihak yang berkepentingan.. dan jangan jadi bodoh. Kenali sejarah kepelbagaian.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN dan SALAM MAAL HIJRAH..

Hadiah dari Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway dah sampai

Alhamdulillah, petang semalam hadiah dari blogger Shuhaidasaad sempena 3rd giveaway yang dianjurkan oleh beliau selamat sampai.  Pokcik berikan hadiah ini buat bini pokcik dan corak serta warna ini menjadi pilihannya. Cantik itu yang hendak dikatakan.



Terima kasih buat blogger Shuhaidasaad atas hadiah ini semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan berikan kesihatan yang sempurna.

Gambar bawah itu lah corak dan warnanya.. Dhia Cotton. IG cottonkurungs





Gambar Hari Rabu #61 - Sarapan Pagi


Apa yang sahabat semua makan bila sarapan? Adakah mencukupi ikan kering dengan nasi?..

Giveaway-02 by Ematunz

Lepas umum pemenang untuk first giveaway, ematunz.blogspot.com terus buat second giveaway.

Hadiah kali ni lain machiam sikit, iaitu gambar portrait digital. Jika terpilih, uols boleh dapatkan sendiri punya gambar siap edit, ala ala lukisan gittuw, boleh guna letak kat wallpaper ke, default photo pun boleh tau. 

Klik gambar di bawah kalau nak join Giveaway-02:


Hadiah apa tu? Hah, pinjam japp gambar ematunz, ini adalah contoh hadiah (dalam bentuk gambar siap edit) seperti dibawah:

Lukisan digital oleh Aeisha Lisa

Semoga terpilih. Thankyou sudi join giveaway ematunz.blogspot.com.

Pemenang Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Hati gembira tidak terkata bila dapat tau blog pokcik jadi pemenang Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway yang pokcik sertai beberapa minggu yang lalu.


Kerana apa pokcik gembira? Tentulah kerana hadiahnya iaitu kurung moden eksekutif. Pokcik gembira bukannya sebab pokcik nak pakai. Kalau pokcik pakai nanti apa pula dikatanya pokcik ni. Sebenarnya pokcik nak hadiah kat bini pokcik, lama benar dah tak bagi hadiah kat dia. Dapat hadiah nanti tentu bukan main gembira dia, pokcik pun lagi gembira.. mana tau dapat pulak hadiahnya nanti .. kan..kan.. eheeem ehemm..



Program Rehat Minda sebelum UPSR

Program rehat minda untuk pelajar-pelajar tahun 6 sekolah pokcik telah diadakan pada 23 Ogos yang lalu. Program bagi pelajar ini mengurangkan tekanan pembelajaran dalam bilik darjah.

Aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah BBQ dan karaoke untuk pelajar-pelajar ini. Program secara santai ini berjaya menceriakan hati pelajar. Diharap pelajar ini dapat menghadapi UPSR yang bakal tiba nanti dengan hati yang tenang.






Giveaway Merdeka 2019


Giveaway ini berlangsung dari 26 Ogos 2019 hingga 9 September 2019 iaitu selama 2 minggu sahaja. Cepat join, 

Hadiah pun menarik. Hadiah Giveaway Merdeka 2019 ini adalah 5 helai tudung bawal chiffon shimmering bidang 50" dan 60" (random size and colour) untuk 5 orang pemenang.

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim... Sempena bulan kelahiran Shu, Shu "mengistiharkan" giveaway ke-tiga bermula pada detik kelahiran Shu iaitu 04/08 6.16 pagi hingga 22/08/2019 6.16 pagi. Pemenang akan diumumkan tiga hari kemudian (25/08).


Terma dan Syarat :
1. Follow blog shuhaidasaad.com
2. Buat satu entri bertajuk Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway
3. Letak banner dalam entri, dan link kan ke blog shu.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Pemilihan Pemenang : Random

Pemenang Pertama
Pemenang Kedua

Pemenang Ketiga & Keempat :
(akan diberitahu kelak)



jom support..