Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Pancit

Hari tu hampir pukul 12.00 tengahari aku bergegas turun dari pejabat ke SK Lubuk Kawah Jerteh kerana pukul 12.30 tengahari nanti anak aku yang sekolah pra disana akan keluar... sudah menjadi tugas aku untuk menghantar dan mengambil anak ini... memandangkan isteri tidak pandai kereta dan menguruskan kedai pakaian kami di bandar jerteh..... Jarak dari pejabat aku ke SK Lubuk Kawah dalam 20 kilometer. Sesampai di kampung Padang Bual tetiba tayar belakang meletop....waduh.. time-time macam ni kau meletop..  teringat perbualan dengan seorang rakan yang memaklumkan bahawa tayar kereta kena tukar dan aku telah memberikan jawapan kepada dia yang menyebabkan kami sama tertawa.."Biar dia meletop dulu"..... haa kan sekarang dah meletop. Tayar dah pancit... aku parking kat tepi jalan dibawah sebatang pokok jambu berhampiran dengan sebuah kedai runcit.. kepala buntu, tayar spare pun lama dah pancit...jam pula dah pukul 12.15 tengahari.... kalau terlewat nanti mau menangis anak ka...

Gambar pagi rabu - Tanam kacang panjang belakang rumah

kredit gambar :  http://zulbahrihussin.blogspot.com

Janji berpeluh

Selepas lama tidak bersiaran.. ambo tidak kemana-mana hendak katakan sibuk tidak lah sibuk mana... jauh sekali untuk menyibukkan diri cuma kemalasan yang melanda..... Kadang kadang semangat itu terus hilang untuk membuat sebarang posting kerana tiada perkara atau cerita yang menarik untuk dikongsi.. Kalau bercerita tentang kesihatan,..... kita ni kalau dah masuk bab umor 40an tentulah semuanya kena jaga makan, minum, tidur dan sebagainya ... aktiviti-aktivi yang mengeluarkan peluh kena sentiasa amalkan ... kalau tidak dijaga smuanya akan meningkat naik sebagaimana meningkat naiknya umor. Kalau bab bersenam ni.. sudah tidak melakukan aktiviti sewaktu muda dulu..  waktu tu tenaga masih gagah stamina masih tinggi jiwa penuh bersemangat..... sekarang ni buat ala kadar kalau dah penat, semput atau mengah ambo, berhenti sekejap..   petang-petang gini layan anak-anak main bola tepi rumah.. atau menyangkul tanah belakang rumah untuk ditanam dengan sayuran... Janji berpeluh ...