Langkau ke kandungan utama

Pancit

Hari tu hampir pukul 12.00 tengahari aku bergegas turun dari pejabat ke SK Lubuk Kawah Jerteh kerana pukul 12.30 tengahari nanti anak aku yang sekolah pra disana akan keluar... sudah menjadi tugas aku untuk menghantar dan mengambil anak ini... memandangkan isteri tidak pandai kereta dan menguruskan kedai pakaian kami di bandar jerteh.....

Jarak dari pejabat aku ke SK Lubuk Kawah dalam 20 kilometer. Sesampai di kampung Padang Bual tetiba tayar belakang meletop....waduh.. time-time macam ni kau meletop..  teringat perbualan dengan seorang rakan yang memaklumkan bahawa tayar kereta kena tukar dan aku telah memberikan jawapan kepada dia yang menyebabkan kami sama tertawa.."Biar dia meletop dulu"..... haa kan sekarang dah meletop.

Tayar dah pancit... aku parking kat tepi jalan dibawah sebatang pokok jambu berhampiran dengan sebuah kedai runcit.. kepala buntu, tayar spare pun lama dah pancit...jam pula dah pukul 12.15 tengahari.... kalau terlewat nanti mau menangis anak kat sekolah tu... Kalau setakat tayar saja yang pancit tak apalah ni poket pun dah pancit sama..

Aku ambil keputusan untuk menumpang mana-mana kereta yang lalu atau menahan mana-mana teksi atau kereta sapu... tapi area ni memang susah untuk dapatkan teksi atau kereta sapu.. dalam dok fikir-fikir tu kaki terus melangkah... lebih kurang lima minit... sememangnya hari ini bernasib baik kerana seorang sahabat telah berhenti menumpangkan aku...

Sampai dirumah aku terus mengambil kunci motor kris terus ke sekolah anak.. dalam perjalanan pulang sebaik sahaja sampai berhampiran wakaf kampung Mata Air tayar belakang motor tiba-tiba kempis.. waduh pancit lagi....apa dosa ku hari ini.. sudah jatuh ditimpa tangga..

Aku menolak motor .... dalam pada itu anak pula menangis kepenatan dan kepanasan.... lebih kurang 300 meter menolak motor aku ambil keputusan untuk meninggalkannya disebuah rumah yang sememangnya tuan rumah itu aku kenal. Aku bernasib baik kerana anak saudara yang lalu menghantar pulang aku bersama anak...

Petang itu aku baiki kedua-duanya sekali... Tayar kereta tu aku tukar ketiga-ketiganya sekali.. kenapa tidak empat...... yang satu tu masih elok lagi boleh pakai lagi untuk dua tiga bulan lagi... lagi pun duit dalam poket tidak cukup ...

Iktibarnya ... kesilapan aku tidak menukarnya lebih awal dan suka melengah-lengah apa yang telah diberitahu oleh rakan

                      



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...