Edisi Cari Bomoh

Edisi cari tok bomoh patah ni sukar juga..... ramai kawan-kawan yang mencadangkan nama-nama bomoh yang handal berkenaan ddengan tulang patah....... akhirnya ambo memilih untukl pergi ke  kampung Batu Tinggi

Perjalanan cukup mudah tapi bermasalah sedikit ..........lebih-lebih lagi kalau jalan tu ambo tidak biasa.. tambahan pula jurupandu arah ambo emak dua pupu yang berusia dalam lingkungan akhir 60an yang biasa datang kemari menaiki kereta anak-anak.. lagi bertambah sukar. 

Dari Jerteh - Pasir Puteh dan sampai di Selising terus menyusuri jalan ke Kok Lanas. Kata emak sepupu pedoman cukup mudah.. Jumpa tayar besar berwarna hijau tepi jalan sebelah kiri.. ikutlah lorong itu... kerana asyik berbual terlajak sampai ke Kg. Kuali sejauh 5 kilometer dari cabang ini.. Patutlah tak perasan tadi .........  rupanya warna dah luntur dah tiada warna hijau.. 


Dari Cabang ini terus ke kampung Batu Tinggi dalam 3 kilometer lebih kalau tidak silap ambo.... maklumlah ambo terlupa nak sukat.. Sampai di kampung Batu Tinggi ambo terlebih dahulu ke rumah anak saudara emak sepupu ambo kerana dia yang akan membawa kami ke rumah bomoh nanti.

Jarak Dari rumah anak sedara emak sepupu ni ke rumah bomoh ni adalah dalam 1 kilometer dan terpaksa melalui jalan ditepi parit air.

Sampai di rumah bomoh nin terpaksa menunggu giliran pula kerana sudah ada orang yang sedang berubat.



Orangnya dipanggil Paksu Nor berusia dalam lingkungan akhir enam puluhan.......... banyak juga petua-petua yang ambo dapat dari beliau. Tiada kerutan sakit dari si anak bila mendapat menerima sentuhan dari beliau. Tidak sampai setengah jam semuanya selesai....



Gambar ni  sengaja diupload....cabang lampu isyarat Selising, Pasir Puteh... sewaktu pulang dari edisi cari bomoh.


Khasiat kulit pokok Gongang

Ramai yang tidak mengenali malah jauh sekali untuk mengetahui khasiat disebalik pokok ini.  Berkebetulan sewaktu ambo pulang dari hutan selepas mengambil kulit  pokok ini bapa saudara datang ke rumah. 

Sepanjang usianya yang sehingga kini berumur 73 tahun tidak mengenali dan mendengar tentang pokok ini. Ambo bertuah kerana diperkenalkan ddan diperturunkan petua dan rahsia berkenaan pokok ini oleh arwah ayah




Pokok Gongang ini adalah merupakan spesis pokok balak tetapi ambo tidak mengetahui nama saintif pokok ini kalau ada sesiapa yang mengetahuinya boleh bagi info pada ambo. Pokok Gongang ini mempunyai kulit luar yang kering dan tebal. Untuk mendapatkan kulit yang  mengandungi getah,.... kulit yang tebal itu perlu dikikis dan dibuang


Membuang kulit yang mengandungi getah berwarna kuning..... Kulit ini yang akan dijadikan minyak



Kulit inilah yang berguna untuk dijadikan minyak... getah dari kulit ini kalau terkena jari agak susah untuk dihilangkan...




Getah yang kekuningan akan melekat dijari biasanya akan hilang selepas dua tiga hari dan kalau terkena dibaju atau pakaian getahnya tidak akan luntur




Proses akhir iaitu memasak kulit pokok ini bersama minyak masak dengan sedikit campuran herba... biasanya ambo akan memasukkan  sedikit pokok serai wangi.

Minyak pokok ini mempunyai khasiat untuk menghilangkan gatal-gatal kulit akibat gigitan serangga kecil, digunakan sebagai minyak mengurut.... gatal-gatal kulit ............ yang paling besar sekali kegunaannya ialah untuk kecederaan kulit akibat kemalangan.....  iaitu mengeringkan kulit yang berair dan mengurangkan parut  luka itu..

Ambo ambil kulit pokok ini dari hutan di bukit istimewa untuk kegunaan kecederaan kulit anak ambo yang kemalangan tempoh hari


Selepas 2 hari disapu dengan minyak kulit pokok gongang kecederaan kulit beransur kering dan berkuping

Khalis kemalangan

Lebih kurang pukul 4.30 petang ambo dimaklumkan oleh anak saudara ambo bahawa si Khalis (anak Sulong) telah kemalangan motorsikal di Kampung La. Dikatakan terbabas disebabkan pasir dan batu-batu kecil diatas jalan. 

Mendapat perkhabaran terus ambo ke Unit Kecemasan Hospital Besut dan melihat keadaan sebenar yang menimpa keatas anak ambo. Selepas di x ray didapati tulang bahu patah


Keadaan Khalis semasa diwad kecemasan Hospital Besut



masih berehat dan pening-pening

Hampir pukul 10.30 malam baru dihantar ke wad. Ramai rakan-rakan yang mencadangkan supaya ambo berubat cara kampung 



Beberapa kali minta air untuk minum dahaga katanya.... tapi tidak dibenarkan oleh doktor. Nasihat doktor senggang waktu untuk seketika sekurang-kurangnya enam jam



Edisi cari buluh

Seperti yang dirancang dan kerana bahang PRU semakin hampir ambo bersama-sama rakan - rakan sepakat untuk mencari buluh bagi digunakan sebagai tiang bendera nanti bagi peti undi ambo.  jom tengok gambar.... ambo kecek lebih kure jah




"Buluh hok so perdu tu kita perabis"


"Jangan kerat pendek sangat Mat, panjang lebih kurang dua depa"


          Tok Ngulu/Pengerusi JKKK (berbaju merah) sentiasa bersama setiap kali melakukan  sebarang aktiviti


"Kita susun dulu sini"



"Agak-agak kalu aku takir kut belakang golok ni tumbang ko dok pokok ni"

"Aku royat doh Adik Mat kena pakai baju, tahu doh kita dok tebang pokok buluh, nga miang la. Pah gak mula dok garu la"


"Teringat aku masa dalam askar dulu"



"kita ikat 10 batang 10 batang baru senang nok bilang"


 "cukup juga 500 batang petang ni"


"apa-apa pun kita minum air dulu"


"Kita ambil gambar masuk dalam facebook, tag YB biar dia tengok sapo dia jong wat kijonyo"


Majlis Perasmian Pelaksanaan Projek Jalan Keruak - Gunung Bongsu

Impian penduduk di Hulu Besut untuk melihat pembinaan jalan raya Keruak ke Gunung Bongsu di Hulu Terengganu akhirnya tercapai apabila Yang Amat Berhormat Dato Seri Ahmad b. Said Menteri Besar Terengganu telah merasmikan Projek Pelaksanaan Jalan ini di Kg. Keruak pada hari ini.

Jalanraya sepanjang 50 kilometer ini apabila siap nanti akan menjadi penghubung antara Keruak - Gua Musang, Keruak dan Keruak Kuala Berang. Jalan ini juga akan menjadi laluan alternatif bagi penduduk di Besut untuk Ke Kuala Lumpur.

Dengan siapnya jalanraya ini nanti akan memudahkan penduduk di Hulu Besut untuk membeli belah di kawasan bebas cukai Pangkalan Gawi Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Dengan kos sebanyak RM500 juta bagi keseluruhan jalan ini dan kerja-kerja pembinaan fasa pertama telah dilaksanakan sepanjang 10 kilometer dengan kos sebanyak RM106 juta.















Walk For Peace

Petang 20 Mac 2013 ambo berkesempatan menyertai Walk For Peace yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Besut dengan kerjasama UMNO Bahagian Besut dan badan-badan NGO daerah ini.

Program berjalan kaki yang bermula dari Jerteh dan berakhir di Dataran Kampung Raja dengan jarak 15 km ini disertai lebih dari 10,000 orang. Setahu ambolah program ini diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang bertugas menjaga keselamatan di Lahad Datu






















Resipi Abah

"Hari ini abah cuti, tak pergi kerja" menjawab pertanyaan anak perempuan ambo seorang ni.


"Kalau begitu, bolehlah abah masak buat lauk hari ni" anak lelaki ketiga ambo membuat permintaan. "Abah masak sedap" sambungnya lagi. Biasalah kalau dah ayik makan masakan emaknya dah cuba pula bertukar arah ingin merasa masakan air tangan abahnya pula



"Ok, balik sekolah nanti kita makan ikan keli bakar berempah, biar abah yang buat" Bagi ambo buat masakan ni cukup senang. Nak tahu resepinya..... Jom ikut ambo..



Mula-mula kita gi pasar beli ikan keli sekilo, agak-agak dalam lima ekor sekilo, biar dia siang.

pastu kita g beli arang .. pastu lagi yang ni jangan lupa kalu tidak memang tak sedap.. heeee..hee.. Rempah ikan bakar satu paket..


Yang ni nak masuk bab bakar pula.. cuci ikan keli tadi sebersih-bersihnya dan diperah asam limau sedikit supaya hilang lendir dan bau hanyir ikan keli tersebut. Lepas tu basuh dengan air kembali dan sejatkan untuk membuang air



Perap ikan keli dengan rempah, masukan sekali garam secukup rasa berserta gula dan sebahagian dari rempah tadi akan dibuat tumisan. Perap selama sejam...



Untuk tumisan pula sediakan bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan lada/chili padi dua biji di blender sampai hancur.



Panaskan kuali dan masuk bahan yang dihancurkan tadi ke dalam kuali tanpa menggunakan minyak masak. Masukan  garam, bahan perasa, asam keping dua keping dan gula. Pastikan gula itu banyak sedikit. Biar tumisan kita itu terasa manis dan pedas sedikit.........  biar tumisan itu mendidih sehingga masak.



Bakar ikan keli yang diperap tadi sehingga masak dan letakkan diatas pinggan.....lepas tu kan curah lah tumisan tadi keatas ikan keli tu ....... hah.., tu lah resepi abah untuk anak-anak abah...



Sapa-sapa yang nak cuba pun boleh resepi ini...






Tabiat makan

Hanya sekadar ingin berkongsi maklumat yang ambo dapat waktu mengunjungi Unit Diettetik HUSM Kubang Kerian baru-baru ini Ambo dinasihatkan menjaga amalan pemakanan harian dengan mengamalkan pemakanan seimbang.

Pegawai Unit Dietetik menunjukkan ambo carta piramid makanan dengan memberi beberapa garis panduan berkaitan dengan pemakanan.  Maklumlah sekarang ni dah masuk era usia 40an semuanya kena jaga.

1.   Mempelbagaikan jenis makanan dari paras bawah piramid

2.   Mengekalkan berat badan dan membuat aktiviti fizikal iaitu bersenam 
      sekurang-kurannya 3 kali seminggu selama 20-30 minit setiap kali

3.   Lebihkan makanan bijirin seperti beras, oat, barli, jagung, sekoi dsbnya.  
     Jenis kekacang seperti kacang pea, kekacang lentil kacang soya dan 
      produk soya. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

4.   Mengurangan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dan 
      memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. dalam hal ini ambo 
      diminta supaya mengurangkan makanan yang berasaskan kari dan gulai 
      serta makanan yang bergoreng.

5.   Meminimumkan penggunaan garam dalam penyediaan makanan

6.   Menggurangkan penambilan gula 

7.   Minum air yang banyak setiap hari.

itu yang ambo dapat kongsi apa yang ambo dapat dari unit dietetik HUSM Kubang Kerian baru-baru ini.

Santai petang bersama anak-anak

Tiada perancangan dan sememang kebiasaannya ambo tidak merancang ianya tiba-tiba terlintas difikiran untuk pergi memancing dan tempat yang biasa ambo pergi ialah di Kuala Besut. Sekadar untuk bersantai dengan anak-anak.

Jam 3.30 ptg bertolak dari rumah dan sehingga sebentar di Supermas Gong Kepas  untuk membeli sedikit makan. hajat di hati untuk memancing di tempat biasa iatu di bawah jambatn Kuala Besut tidak kesampaian apabila  sudah ada pemancing lain yang terlebih dahulu sampai.

Akhirnya ambo dan anak-anak memancing di bawah jeti berhampiran dengan komplek Perikanan. janji dapat memancing dan mengelak dari berjemur kepanasan cahaya matahari. 


Akhirnya dibawah jeti inilah tempat kami berteduh dan memancing



Telah banyak perubahan/kemajuan yang berlaku di kawsan ini



....... yeahh.. dapat ikan. tak apalah buntal pun buntallah,.. janji ikan... yang akhirnya dilepaskan semula. Hasil pancingan hari ini .. empat ekor ikan bulus dan seekor ikan bawal pinang